‘Tak boleh baca Yaasin malam Jumaat’ dan dia pun tak baca apa-apa

yaasin‘Ustaz, boleh baca Yaasin malam Jumaat?’ tanya seorang kepada saya. ‘Kenapa?’ tanya saya kembali. ‘Orang kata bid’ah.’ jawabnya. ‘Jadi malam Jumaat buat apa?’ balas saya. ‘Tak buat apa-apalah ustaz. Tengok tv je’, jawabnya. Anda pernah bertemu situasi ini atau dialog sepertinya? Dalam dunia moden yang ramai manusia tenggelam dalam hiburan, kelalaian, dunia yang tak beri manfaat kepada Akhirat, sekularisme yang mencengkam, hedonisme yang meratai, tiba-tiba ada orang yang memfokuskan kepada perkara furu’ yang menjadi khilaf, yang telah diselesaikan lama oleh para ulama terdahulu. Saya pun sebenarnya tidaklah berminat sangat untuk terus membahas isu-isu khilafiah ini yang SEPATUTnya telah di ‘aman sentosa’ kan tetapi kerana ia ditimbulkan balik, maka perlu dijelaskan.

Hadis tentang Yaasin sebagai qalbulQuran dijadikan antara asas meminggirkan manusia dari bacaan al-Quran khususnya Yaasin pada malam Jumaat. Saya tertarik dengan apa yang dikupas oleh Prof Madya Dr Zawawi Ahmad tentang asal-usul baca Yaasin pada malam Jumaat dan pendekatan berhikmah yang dibuat oleh ulama terdahulu dalam menangani isu khurafat atau warisan Hindu dalam budaya Melayu. Huraian tentang tafsir surah Yaasin itu juga menarik keseluruhannya. (Download di sini. Cuma mungkin ada sedikit perbahasan tentang baca Yaasin kepada orang hampir mati atau selepas mati)

Saya sendiri mengadakan kuliah tafsir dan fiqh selepas solat Maghrib malam Jumaat. Acapkali saya beritahu kepada ahli jemaah, bukan di situ sahaja tetapi juga dalam sempena-sempena yang lain apabila diadakan bacaan surah Yaasin, bahawa membaca Yaasin khusus malam Jumaat tidak dibuat oleh Nabi. Saya tidak menyebut secara ‘totok’ apa yang tuan-tuan buat ini bid’ah. ‘Bid’ah’ dalam kepala masyarakat Melayu agak sensitif (dengan menyedari bahawa ulama telah membahagikan bid’ah kepada beberapa kategori, melainkan mereka yang mengingkari pembahagian tersebut)

Saya katakan baca Yaasin bagus kerana ia al-Quran. Baca al-Quran adalah sunnah yang baik. Yang thabit dalam hadis ialah sunat membaca surah al-Kahfi malam Jumaat atau siangnya. Tuan-tuan sebaik-baiknya membaca surah al-Kahfi-samada tuan-tuan baca Yaasin malam Jumaat atau tidak. Ahli jemaah boleh menerima perkara itu dengan baik. (Tafsir surah Yaasin yang saya kupas 2006)

Saya tahu ada yang menerangkan perkara ini dengan baik dan berhikmah sehingga boleh diterima, tetapi ada juga yang menggunakan pendekatan yang tidak mendekatkan tetapi menjauhkan.

Saya tahu ada juga orang yang kuat membaca surah Yasin bahkan ada skuad baca Yaasin terutama musim pilihanraya tetapi perjuangan yang dibawa dan disokong jauh dari roh dan semangat serta pengajaran yang boleh dikutip dari surah Yasin itu sendiri.

Satu kes lagi yang pernah berlaku ialah apabila AJK sebuah masjid mengadu kepada saya. ‘Ustaz, ahli jemaah berpecah dua.’ adu AJK masjid itu. ‘Kenapa?’ tanya saya.  ‘Ada ustaz tu mengajar, bersalam lepas Asar bid’ah. Jadi lepas solat Asar ahli jemaah pecah dua, ada yang bersalam, ada yang tak bersalam. Yang bersalam pandang semacam je pada yang tak bersalam. Dulu ada silaturrahim, sekarang dah ada masalah.’ keluhnya.

Saya termenung sekejap. Saya menjawab dan ada jawapannya, cuma saya mahu saudara juga termenung sekejap….

Komen (11)

  1. Md Sabri says:

    Sila rujuk tulisan berikut ,

    ‘Ustaz, boleh baca Yaasin malam Jumaat?’ tanya seorang kepada saya. ‘Kenapa?’ tanya saya kembali. ‘Orang kata bid’ah.’ jawabnya. ‘Jadi malam Jumaat buat apa?’ balas saya. ‘Tak buat apa-apalah ustaz. Tengok tv je’, jawabnya.

    Mohon ilmu dari ustaz berdasarkan pandangan Islam (Al Quran atau hadis atau Ijmak ulamak atau Qias)bukan pandangan akal ustaz.

    Sila rujuk ‘Tak buat apa-apalah ustaz. Tengok tv je’, jawabnya.

    Soalan saya, bersetujukah ustaz bahwa jawapan itu adalah sebenarnya bidaah sesat ? Kalau tak baca yasin dan tak buat apa-apa, bukankah membuang masa ! Sedangkan Nabi tegah kita buang masa dengan tidak buat apa-apa.

    Bersetujukah ustaz, kalau semua promosi bahwa – Tidak buat apa-apa itu adalah bidaah sesat?

    Mohon jawapan.

    Sekian. Terima kasih.

  2. khairul says:

    Assalamualaikum..
    Md Sabri…maaf jika mencelah , apa yang di maksud setengah golongan menyatakan baca yasin itu bidaah di malam jumaat ialah memastikan bahawa yassin hanya di baca pd mlm jumaat.Meletakkan kifiyat ataupun fadhilat ,sedangkan ia tidak ada dalamhadis nabi adalah suatu dakwaan terhadap agama dengan sesuatu yang tidak ada dalil,iaitu mendakwa seolah-olah Allah SWT menjamin satu pahala ,sedangkan Nabi SAW dan Allah SWT sendiri tidak pernah menyatakannya.Sesungguhnya dalam masalah agama atau membuat tambahan dan rekaan sesuatu yang tidak pernah ada atau tidak pernah dinyatakan oleh Rasullullah.

    Sila rujuk http://www.al-wahidah.com/artikel/yasin2.html

  3. Ustaz Nik Nasri says:

    ‘tak buat apa-apa, tgk tv aje’ tidak semestinya bid’ah sesat. program tv macam-macam. mungkin dia tengok program agama. maksud saya ialah pendekatan yang dibuat.

  4. Md Sabri says:

    INI ADALAH RESPON KEPADA JAWAPAN USTAZ NIK NASRI, 29-12-2009 JAM 2:47 PM.

    SAYA SETUJU DENGAN USTAZ, MEMANG BENAR HUKUM TENGOK TV PADA ASALNYA ADALAH HARUS. CUMA YANG PERLU DIPERBETULKAN ADALAH ISI ATAU PROGRAM DALAM TV YANG PERLU DI PERBETULKAN DENGAN KEHENDAK ALLAH SWT.

    SETAKAT HARI INI, APA YANG USTAZ LIHAT, MANA BANYAK, RANCANGAN YANG SAMA DENGAN KEHENDAK ALLAH ATAU RANCANGAN YANG ALLAH MURKA DI DALAM TV-TV DI MALAYSIA.

    MOHON PENILAIAN USTAZ.

    TERIMA KASIH

  5. Md Sabri says:

    RESPON UNTUK SAUDARA KHIARUL, SAYA TELAH MEMBACA ARTIKEL PADA LINK YANG SUDARA TUNJUK ITU.

    TETAPI MENGAPA BERSUMBERKAN DARI DR ASRI ?

    MOHON BERIKAN PENJELASAN.

    (SAYA TIDAK BRMAKSUD NEGATIF).

    CUMA NAK ILMU(ATAU SEBAB MENGAPA SUADARA CADANGKAN KE LINK ITU)

    TERIMA KASIH

  6. Ustaz Nik Nasri says:

    Program TV? Saudara boleh nilai sendiri. Cuma saya husnuzzan kepada orang yang tgk malam Jumaat tu.

  7. buhur says:

    assalamualaikum…
    kepada ahli forum.. saya cdgkan beri penjelasan yg sbenarnya.. baca yassin malam jumaaat rasanya lebih byk manfaatnya dgn tengok tv kat rumah.. boleh fikir sendiri..
    jelaskan kpd jemaah.. baca yassin boleh tp jgn dikatakan mesti baca hanya malam jumaat ( masukkan sekali amalan yg disbut dlm hadis- surha al kahfi)

    yg lain .. perlu dijelaskan hadis yg menyebut baca yassin malam jumaat.. kedudukannya..

  8. buhur says:

    yg lebih bidahh rasaya banyak.. yg mendatangkan mudharat.. membaca yassin setakat tidak mendatng mudaharat bahkan digalakkan daripada melalak depan tv… mentor sana sini… remaja dan budak kecil yg tak tahu baca al Quran.. rasanya itu lebih penting utk diajak di masjid.. bukan nak pertikaikan amalan yg tidak bertentangkan dng syara’..

    fikirkanlah bersama.. bersama berapa ramai lagi yg tak solat, kurangkan bilangan solat, tak reti baca Quran…arak.. perkara ini lebih diperhatikan.. udah2 le tu

  9. abu razeen says:

    jawapan diatas semuanya betul, semuanya ada hujah, namun tidak semua hujah praktikal untuk dipaksa setiap individu baik ustaz, imam mahupun masyarakat yasinan. sebagai value add kepada baca yasin malam-malam, ustaz-ustaz boleh bagi tafsir surah yaasin.. kalau nak tukar try buat baca al-kahfi pula.. tapi takleh paksa. betulkan bacaan yaasin pun ok jugak. kalau orang kampung suruh baca yasin kat rumah deorang.. pergi aje. berikan kuliah barang 10 minit, cerita apa yang adalam surah yasin, ceritakan juga bahawa kenduri arwah 7 hari, 40 adalah tiada asas… bukanlah wajib. kalau ban terus, macammana kita nak berdakwah kalau awal-awal lagi orang pangkah kita. (bukan pangkah kertas undi). saya sedih ulama’ ustaz masyarakat kampung pecah sebab bende remeh macam ni, datang kita pulak menambahkan gasolin dalam masyarakat… sebab tu kita kena ada fatanah, hikmah bukan ilmu semata-mata.

  10. khaliq says:

    Post subject: Re: TABLIGH : kenapa tak berPARTI???
    Posted: Mon Oct 11, 2010 10:00 am
    jangan salahkan kalau orang nak solat.. betulkan orang yang tak solat..

    jangan salahkan orang yang solat berbeza dengan cara kita solat .. betulkan orang yang berbeza dalam hal tak mahu solat ..

    jangan salahkan orang yang berbincang bagaimana nak baiki solat.. betulkan orang yang berbincang macam mana nak elak solat.

    balik balik gaduh pasal biadaah itu, bidaah ini. cube fikirkan bagaimana jalan utk mengalakkan ramai melayu islam kat luar sana yang lansung tak baca yassin daripada hentam orang yang amal baca yassin. fikir macam mana nak selamatkan umah yang tiada amalan agama.

  11. nurulhuda azizan says:

    Salam..saudara penulis,belajar ilmu hadith kerana selepas memahami hadith baru anda akan faham persoalan yg ustaz bincangkan…tanpa ilmu tapi berani menulis artikel berkaitan perbahasan hadith amat menakutkan seperti mana sepatutnya anda tahu “sesiapa yg berdusta kepada nabi maka dia siapkan tempat duduknya di dalam neraka..wallahu a’lam

    Jawapan: Alhamdulillah, saya belajar kitab-kitab Hadith Sunan Sittah ketika di pondok, kemudian di Universiti di Jordan termasuk ilmu Mustalah hadis. Cuma tidaklah sehingga menjadi pakar hadis atau ulama besar yang lain. WallahuA’lam.

Hantar Komen Anda