Bapa Saudaraku (Ustaz Wan Hasan) Pula Mengadap Penciptanya

kuburPagi Rabu 30 Dis 2015, adik-beradik bersiap mahu pulang ke destinasi masing-masing selepas selesai membantu Ma menguruskan pelbagai dokumen pasca kematian ayah. Ibu saudara telefon bapa saudara kami (adik Ma) meninggal pagi ini di Pusat Pengajian Taman Islam, Kemaman. Adik-adik yang kebetulan bersiap pulang singgah menziarahi keluarganya sebelum pulang. Anak-anak perlu diurus persekolahan mereka pula.

Pak Zali yang memandikan jenazah ayah pada pagi Isnin, hari ini sekali lagi memandikan jenazah bapa saudara, Ustaz Wan Hasan. Pak Zali sebut di hadapan ahli keluarga: ‘Saya kenal Taman Islam, antaranya yang awal ialah Ustaz Wan Hasan’ sambil mencium dahi almarhum. Solat jenazah selepas solat Zohor di Masjid Taman Islam. Anak sulungnya Ustaz Wan Zawawi mengimamkan solat jenazah. Pengkebumian di perkuburan Jabur Kubur. Batu nisannya tidak jauh dari batu nisan ayah. (gambar: kubur bapa saudara paling kiri batu nisan putih. Kubur bapa di hadapan anak lelaki sedang membaca alFatihah untuk tokkinya)

Ma kehilangan suaminya pada hari Isnin. Pagi ini kehilangan adiknya. Kain hijau bertulis ayat al-Quran yang menghiasi keranda ayah juga digunakan pada hari ini untuk menutup keranda bapa saudara saya. Moga rohnya, roh ayah saya, roh mereka yang telah meninggal di kalangan orang mukmin dirahmati Allah sentiasa.

Hantar Komen Anda