Presiden PAS Di PiDR: Guna ICT Untuk Bawa Mesej Islam

ICT dan data rayaAmanat TGHH dlm majlis penutup Persidangan ICT & Data Raya 2015
12 Dec 2015

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” Surah Fussilat: 33-35

1. Kita umat akhir zaman dikurniakan oleh Allah sedikit ilmu & teknologi.

2. Kita menyambung tugas utk menyampaikan risalah dakwah yg dibawa oleh para rasul kpd seluruh ummah.

3. Tiga kategori ummah:
Ummah dakwah – seluruh manusia
Ummah ijabah – yg terima seruan islam
Ummah ittiba’ – penganut setia
Kita perlulah melaksanakan tanggungjawab kita utk mnyampaikan mesej Islam kpd seluruh manusia dgn menggunakan semua alat, teknologi dan pendekatan.

4. Islam adalah ajaran yg sempurna; ajaran Islam mesti disampaikan mengikut mawdhuk2 nya yg menyeluruh – bukannya secara terpisah.
- Fahami dahulu apa yg kita nak sampaikan agar kita tidak menyampaikan ajaran yg salah.

5. Mesej Islam mesti disampaikan melalui uslub yang baik & sesuai
- seruan dakwah kita adalah utk menarik & mendekatkan manusia kpd Islam
- kejayaan menarik org kpd Islam adalah sgt besar
- dosa menyesatkan org dgn ucapan @ tulisan kita adalah sgt besar

6. Gunakan teknologi maklumat sbg senjata lembut yg menyampaikan Islam agar masuk dlm hati2 manusia – mencari ahli yg sebanyak2 , bukan membuat musuh.

Hantar Komen Anda