PAS Kemaman Lancar Khidmat Malaysia (Kemaman) Persediaan Hadapi Banjir

khidmat2Jumaat 11 Dis 2015- PAS Kemaman melancarkan Khidmat Malaysia (kawasan Kemaman) sebagai persediaan awal menghadapi banjir yang mungkin melanda Kemaman akhir Disember ini. (Tentulah kita bermohon dengan Allah agar Allah menjauhkan kita dari banjir yang membinasakan).

PAS Kemaman sudah bergerak sebelum ini dengan nama ERT (Emergency Response Team) PAS Kemaman. Kali ini dengan penjenamaan semula.

Program diadakan petang ini jam 3 petang di pekarangan Surau Feri, Kemasik. Dr Azman Ibrahim, Ketua Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Terengganu merasmikan program ini.

Turut hadir ialah Dr Suhazeli, wakil Yayasan Amal Malaysia, Terengganu, Hj Zulkifli Mat Yakim, Pengarah operasi bagi Pantai Timur, Ustaz Alias Hamid, YDP PAS Kemaman, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek, TYDP PAS Kemaman, Hj Nik Rahim, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kemaman yang juga Pengarah Operasi Banjir PAS Kemaman serta para hadirin di kalangan anggota PAKAT 4×4, Radio Amatur Kemaman (RAK) dan para petugas. Kehadiran dijangka lebih dari 300 orang.

Hantar Komen Anda