Kemaman Tuanrumah Hari Kecemerlangan DAR (Sek Ren Islam)

majlis kecemerlangan DARChendor 25 Nov 15-Dewan Ulama PAS Terengganu melalui Lajnah Persekolahan mengadakan hari kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) peringkat negeri pada hari ini.

Sekolah Rendah Islam Darultaqwa Kemaman yang menjadi tuanrumah pada tahun ini memilih sebuah resort di Chendor bagi memberi keselesaan kepada semua.

Seramai 45 pelajar menerima anugerah kecemerlangan UPSRI, dari 12A, 11A dan seterusnya.
30 orang pelajar dari Sekolah Rendah Islam Darultaqwa Kemaman juga menerima sijil khas.

Perasmian dibuat oleh YB Ustaz Satifulbahri bin Mamat, Pesuruhjaya PAS Terengganu. Turut hadir ialah Dato Hj Husin Awang, ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Abdullah Suhaimi, SU DUPNT, YB Hj Hanafiah Mat, ADUN Cukai yang mewakili YB Ustaz Md Nor Hamzah, Ustaz Alias Hamid, YDP PAS Kemaman, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek, AJK DUPNT yang juga pengerusi ALP Dtaqwa Kemaman, Ustaz Zahari Draman, pengarah program yang juga Mudir SRIDT Kemaman.

Dewan juga dipenuhi lebih 350 orang terdiri dari seluruh tenaga DAR pelbagai peringkat Negeri Terengganu, ibubapa dan pelajar.

Hantar Komen Anda