PAS Kemaman Serah Rumah Kepada Mangsa Banjir

rumah banjir1Batu Jong, Kuala Krai 10 Nov 15-PAS Kawasan Kemaman hari ini menyerahkan sebuah rumah secara rasmi kepada mangsa banjir 2014,  Abdul Kadir bin Teh.

Rumah yang dibina dengan kos RM40,000 hasil sumbangan orangramai disiapkan dalam tempoh 2 bulan.

Rumah Abdul Kadir rosak teruk dalam bencana banjir di Kelantan tahun lepas.

Penyerahan dibuat oleh YDP PAS Kemaman, Ustaz Alias Hamid kepada tuan rumah disaksikan oleh YB Ustaz Abdul Latif Abd Rahman, ADUN Mengkebang yang juga YDP PAS Kuala Krai serta Timb YDP PAS Kemaman, Ustaz Nik Nasri Nik Malek, SU Md Hafiz Adam, YB Hj Hanafiah, ADUN Cukai, ketua Urusan Ulama Ustaz Ali Muhammad, ‘Tok Ngulu’ Batu Jong serta rombongan masing-masing.

Gambar-gambar lain:

rumah banjir4

rumah banjir7

rumah banjir3

rumah banjir8

..

Hantar Komen Anda