Hujah TV9: Setuju dan tak setuju dgn pandangan Dr Uthman el-Muhammady

hujahtv9Malam tadi 2 panel dijemput dalam program Hujah, Prof Madya Dr Zaid dari UPM dan Dr Uthman el-Muhammady. Perbincangan berkisar Tamadun Islam. Dari banyak soalan, saya ingin beri komentar kepada dua soalan yang ditanya kepada Dr Uthman el-Muhammady. Pertama tentang mazhab dan Wahabi, kedua tentang kerjasama PAS-DAP, UMNO-MCA.Untuk soalan pertama, saya setuju dengan jawapan Dr Uthman bahawa aliran utama/ mainstream yang telah sedia ada di Malaysia sudah mencukupi dan tak perlu dibawa aliran luar. Ulama pun telah lama menulis dan berdebat tentang perkara ini. Dr Zaid pun setuju supaya ‘kita’ tidak menjadi punca masalah.

Kedua tentang kerjasama PAS-DAP. Dr Uthman menyatakan bahawa kerjasama itu akan memudaratkan ugama sebagai salah satu ad-dharuriat al-khamsah (5 perkara asas) yang perlu dijaga.

Di sini perlu dibincang. Ia bukan seperti isu aliran mainstream tadi. Penulisan ulama terdahulu tentang politik ada. Tetapi bentuk kerjasama PAS-DAP ini adalah ijtihad politik yang memang tidak mudah diambil keputusan. Moderator Dr Agus menyebut sepintas lalu tentang kerjsama UMNO-MCA. Tidak sempat dijawab panjang oleh Dr Uthman.

Pada pandangan saya kerjasama PAS-DAP membuka ruang baru dakwah, sementara kerjasama UMNO-MCA memang selari kerana kedua-duanya tidak mahukan Islam yang syumul. Atau boleh juga dikatakan PAS dakwahkan Islam kepada DAP, UMNO dakyahkan Islam kepada MCA seperti tulisan saya malam tamatnya Konvensyen pertama PR. Lim Guan Eng boleh sebut Amar makruf Nahi Mungkar, Nga Kor Ming boleh biasa dengan salam. Karpal boleh pakai baju ada lambang PAS. Kit Siang tak mustahil terima Islam kerana dia pun baca tentang sejarah politik Islam.

UMNO boleh hina hukum hudud terutama semasa pemerintahan Dr Mahathir. Lama dahulu, tulisan Tengku Abd Rahman dalam The Star banyak memberi gambaran buruk tentang hukum Islam. Hansard Parlimen semenjak tahun 1960an ada mencatatkan jawapan Menteri UMNO/BN undang-undang Islam masih dikaji. Selepas lebih 40 tahun, ke mana yang dikaji itu? 50 tahun memerintah, UMNO/BN bawa kemajuan kepada Islam?

Komen (2)

  1. Md Sabri says:

    Mohon ustaz berlapang dada.

    Sila rujukan tulisan ustaz,”Pada pandangan saya kerjasama PAS-DAP membuka ruang baru dakwah”.

    Itu adalah pada pandangan ustaz.

    Mohon ustaz berikan pandangan Islam (yakni berikan sumber rujukan dari Al Quran atau Al Hadis atau Ijmak Ulamak atau Qias).

    Elakkan berhujjah berdasarkan “pada pandangan saya”. Kerana bercakap dan berhujjah serta menulis berdasarkan sudut pandangan akal maka banyak silapnya. Lebih dari padangan Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan Qias.

    Sila tulisan dari sumber yang sohih dan muktabar.

    Mohon jawapan bertulis kepada saya. E melkan kepada irbas71@yahoo.com.

  2. syahmi says:

    saya lihat bile pas bersama dap ..impak yg dpt dilihat dap mula kenal hukum hudud ..dap kenal dgn ayat allah biorpun tak beriman lg tp skrgnya pas tlh berjaya memperkenalkan islam yg sebenar..malaahan ader dikalangan dap yg mula menerima hukum hudud..dulu semasa tdk bersama pas dap memganggp pas adalah parti yg extream agama sehingga digambarkan ala pengganas tp sekarang mereka mla melihaat keadilan islam yg sebenar..ayat2 allah juga mereka dah praktikkan dlm uucpan mrk..umar al khattab masuk islam krn terdgar adiknya mmbaca surah thoha…mgkin terdetik di hati mereka nk mengenal islam dgn lebih dekat dan allah mmbuka pintu hati mereka..tp berbeza dgn umno yg selama 52 tahun bersama mca mic tp tak pernah lagi terjadi perkara sedemikian ..malahan bersatu hati dgn mca dan mic benolak hukum hudud ..sepatutnya biler brsama cubalah berdakwah sama tp dgn rasuah,racist ,fitnah ,umno mnunjukkan cntoh hodoh pada org bkn islam ..perjanjian hudaibiyah juga adalah bukti mnunjukkan nabi bekerjasama dgn org kafir madinah dgn mmbuat satu perjanjian ..maka perjanjian pas dan dap adalah utk menumbangkan parti umno dan bn ..

    ijtihad diakui sendiri oleh Rasulullah S.A.W yang terkandung didalam dialog Baginda dengan Muaz bin jabal yang telah dilantik sebagai Gabenor Yaman.
    Baginda bertanya kepada Muaz bin jabal:
    “Dengan apakah kamu akan memutuskan sesuatu perkara?”
    Jawabnya: “Dengan Kitab ALLAH.
    “ Nabi bertanya lagi: “Jika kamu masih tidak temui/ketahui?”
    Jawabnya: “Dengan Sunnah Rasulullah.”
    Rasulullah bertanya lagi: “Jika tidak kamu dapati juga?”
    Jawabnya: “Aku berijtihad dengan fikiranku.”
    Lalu Rasulullah telah bersabda: “Alhamdulillah Dia telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah dengan apa yang dicintai oleh ALLAH dan RASUL Ny

Hantar Komen Anda