Nostalgia Mengaji Pondok Dlm Perjalanan Ke Program FASTAQIM

kubur tuanguru hj najmudinDalam perjalanan ke program FASTAQIM di Kota Bharu, Kelantan pada hari Sabtu 17 Okt 2015, sempat singgah di Madrasah Falahiyah, Kg Pondok Paku, Kerandang, Besut, Terengganu, membawa anak-anak melihat sejarah bapanya yang pernah mengaji di sini pada tahun 1991. Madrasah agak lengang. Pondok-pondok lama yang pernah kami diami pada tahun 1990an sudah buruk dan tiada penghuni. Rumah seorang ustaz dari Hadyai (terlupa nama) yang menjadi tempat pengajian kitab fiqh Shafie FathulMuin dengan syarahnya I’anatuttalibin juga sepi dan mula memburuk.

(gambar: Di sisi kubur Tuan Guru Hj Najmudin)

Saya bawa anak-anak ziarah kubur almarhum Tuan Guru Haji Najmudin yang meninggal pada 17 Ramadhan 1427 H. Di saat beliau meninggal, dikatakan peluh membasahi dahinya. Kami sedekahkan Fatihah buat Tuan Guru dan ‘penduduk barzakh’ di situ, moga Allah jadikan persemadian mereka satu taman dari taman-taman syurga, bukannya satu jurang dari lembah api neraka.

Pondok-pondok warga emas masih setia di bahagian hujung sana. Ada beberapa bangunan baharu yang mungkin didiami pelajar tetapi saya tidak sempat bertanya lanjut. Masa agak singkat mahu menuju ke Kelantan. Ziarah singkat yang mengembalikan nostalgia mengaji pondok di sini 27 tahun lepas.

Rujuk:  Kembara Ilmu 4: Tok Guru Hj Najmuddin-ulama pakar 4 mazhab

pondokmadrasah falahiah, pondok paku, kerandang

Rumah Ustaz ? dari Hadyai, tempat kami mengaji kitab I’anah.      Di belakang sana, pondok saya.

 

Hantar Komen Anda