Tuan Guru Dan Ulama Pondok Seluruh Kelantan Ikrar Pertahan PAS Dari Musuh

ijtimak ulama pondokKELANTAN, 16hb Oktober 2015 : Perhimpunan seluruh para ulamak dan guru pondok semalam memberikan satu penghormatan yang besar bagi PAS. Sempena Ijtima‘ Ulama dan Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan yang berlangsung semalam menyaksikan kesungguhan ulamak dalam mendokong perjuangan Islam . Pondok Pasir Tumbuh menjadi saksi tekad dan ikrar mereka untuk memberikan peringatan kepada musuh Islam, sama ada merancang menghancurkan Islam serta memusnahkannya.

Antara intipati ikrar mereka , akan terus istiqamah dalam perjuangan Islam, memberikan wala’ kepada pimpinan selagimana dasar serta pegangannya Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Mereka juga berjanji , komited menyokong kepimpinan ulamak menjadi teras utama memimpin gerakan Islam ini. Tidak akan bertolak ansur dengan  mana-mana pihak untuk menghancurkan Islam.

Menghapuskan segala entiti asing, dengan hanya berkiblatkan matlamat memecah belahkan jemaah dan menyuntik fahaman songsang dalam minda aktivis Islam. Memperanankan institusi pondok dalam melahirkan ilmuwan Islam yang membantu gerakan dakwah serta menyampaikan wajah fikrah Islamiyyah sebenar.

Berikut adalah ikrar penuh ulama-ulama pondok :

IKRAR ULAMA DAN GURU-GURU PONDOK NEGERI KELANTAN 1437H

Sempena Ijtima‘ Ulama dan Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan yang berlangsung pada 4 Muharram 1437H bersamaan 16 Oktober, 2015M bertempat di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan:

Pertama:

Memberi sokongan dan dukungan padu dengan beristiqamah bersama Jemaah Islam PAS dalam usaha memartabatkan Islam dan syariatnya di negara ini.

Kedua:

Memberikan kesetiaan (wala’) dan ketaatan kepada kepimpinan Jemaah Islam selama mana arahan mereka tidak bercanggah dengan ajaran Al-Qur’an dan Al-Sunnah.

Ketiga:

Tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk usaha sama ada daripada dalam mahupun daripada luar untuk memecahbelahkan kesatuan Jemaah Islam.

Keempat:

Mendukung Kepimpinan Ulama yang sedang mentadbir kerajaan negeri Kelantan dan mempertahannya dari sebarang anasir yang cuba untuk menjatuhkannya.

Kelima:

Bersama kepimpinan kerajaan negeri Kelantan untuk memartabatkan pengajian pondok yang merupakan benteng utama kekuatan Islam di negeri Kelantan.

Keenam:

Bertekad untuk sama-sama berganding bahu untuk memastikan kemenangan Jemaah Islam dalam pilihan raya umum ke 14.

Ketujuh:

Menolak Parti Amanah Negara (PAN) bersama kepimpinannya dan kami menyeru semua mereka untuk kembali bersama PAS.

~BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN~

Hantar Komen Anda