Intisari Ucapan Perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke 54 Dato Dr Harun Din:

Ust Nik Abdu, Ust Hasan MdSaya membuat catatan selari ucapan Dato Dr Harun Din. Intisarinya seperti di bawah:

1. Kita bermuktamar dgn penuh iltizam, hayati arahan, panduan Nabi:

‘Wajib kamu berjemaah, hati2 jgn sampai berpecah. Syaitan goda seorg, kalau dua org susah goda. Kalau nak mewah syurga mesti dlm jemaah.’
Mafhum hadis.

2. Perjuangan PAS bukan hanya utk berjaya di dunia shj. Kalau perjuangan x berteras kpd wahyu, tentulah dunia akan jadi mtlmt.  Allah sebut:

Sesiapa yg mahu berjaya di dunia shj, kami segerakan utknya di dunia. Sesiapa yg Kami kehendaki..’

3. Kemenangan tidak  boleh dibuat2, direka2. Ia milik Allah.
‘tidak ada kemenangan melainkan dari sisi Allah’

4. Mintalah dgn Allah. Taati Allah. Kempen mesti patuh syariat.
Syarat capai kemenangan:

‘Jika kamu tolong martabatkan hukum Allah, Allah tolong kamu.’

Perkara di atas adalah prinsip dan asas bantuan (nusrah) Allah.

5. Kita bermuktamar dlm keadaan isu politik panas. Rakyat melihat. isu 1MDB.
PM, TPM bertelingkah.
Mantan PM desak PM letak jawatan kerana gagal urus isu besar ekonomi negara. Apakah sebenarnya yg ada di sebalik 1MDB?
Isu GST-Kita tentang kerana ia melampau. Pelbagai jenis cukai dikenakan

6. Tahun 1209, sultan nak kenakan cukai ‘ala GST’ kpd rkyt Baghdad melawan Tartar. Sultan jumpa ulama besar ketika itu Izzudin Abd Salam minta beliau sokong cukai itu. Izzudin jwb saya setuju. Tuanku dgr khutbah Jumaat saya nnti. Masa khutbah: ‘Saya setuju dgn syarat sultan dan kaum keluarga jual segala alsesori, kelengkapan.mewah, tak perlu dlm istana dahulu’
Izzudin ditangkap, dibuang negeri ke Gaza. Wakil Sultan akhirnya dtg jumpa Izudin. ‘Kamu balik semula jadi mufti dan lebih dari itu, kamu tunduk, cium tgn sultan tanda berdamai.’
Izzudin jawab: ‘wahai bedebah, kalau raja dtg cium tgn aku pun, aku x sudi, apatah lagi aku cium tgnnya’
Sultan akhirnya akur, ajak balik hadapi Tartar, beri peluang kpdnya tanpa syarat.

7.Dalaman ada sedikit kelainan. Unsur fitnah terhadap MSU. Kononnya MSU nak bawa PAS kpd umno.

8.Jgn ikut rentak politik sekular. Matlamat x halalkan cara. Patuhi syariat.

9. Gerakerja kita bermatlamat mardhatillah, termasuk dlm politik, bertahaluf.

10. Kalau x takut dgn dosa, balasan Allah, hilanglah redha Allah. Sia2lah kerja politik di dunia. Utk cari mardhatillah,
tahaluf adalah wasilah, bukan matlamat.
Tahaluf kena ambilkira redha Allah.
Prioriti adalah lurus syariah atau tidak. Menang pilihanraya sahaja tanpa redha Allah, rugi besar di akhirat.

11. Oleh itu, MSU keluarkan kertas bincang Tahaluf. PR adalah salah satu medan strategi. Buka ruang kpd bukan Islam dekati Islam dll. MSU ambilkira pelbagai aspek ttg Tahaluf ini. Ayat Quran sebut ttg glgn yg dibenarkan Tahaluf & tidak.

12. Mjls Syura Ulama ambil maklum dan teliti dlm Sirah. Cth dlm Badar, ditolak. Dlm Khaibar, tahaluf. Semua yg berlaku dlm Sirah ttg tahaluf diteliti. Kadang2 harus, kdg2 tidak.

13. MSU buat kptsn tahaluf ini mesti ikut syarat:

i. Tahaluf mestilah dijadikan sebagai platform untuk tegakkan Islam, perkukuh umat Islam, buka ruang utk laksana Islam.

ii. Tahaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dpt dipertahan.

iii. Intima’ wajib diberi kpd pucuk pimpinan PAS, bukan kpd pimpinan pakatan Tahaluf.

iv. Tahaluf wajib dijadikan ruang dan medan utk sampaikan dakwah.

v. Matlamat kemenangan Islam tak boleh halalkan Tahaluf secara mutlak.

vi. Majlis Syura Ulama punya kuasa buat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siyasi berdasarkan kepentingan dan ancaman syara’ dari masa ke semasa.

14. Tahaluf bukanlah hukum yg berdiri sendiri, ia cuma wasilah.

15. Tahaluf skrg tahaluf siyasi, bukan muwadaah (perjanjian setia)
Maslahah pula mesti muktabarah (yg diambilkira dari segi syarak), bukan mafsadah. Allah sebut:

aali-imran-118

‘jgn kamu ambil satu glgn org selain.kamu jadi ‘org dlm’ yg              dipercayai. Mereka x henti usaha dtgkan bencana kpd kamu.        Mereka suka apa yg menyusahkan kamu. Tanda benci nmpk        pd tutur mereka. Yg dlm hati lbh besar lagi’
Aali imran: 118

 

16. kesimpulan, kita mesti terus iltizam, pertahankan PAS supaya utuh, teguh dari pelbagai serangan, cabaran.

Catatan:
Ust Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek
TYDP PAS Kemaman
Ketua Ljnh Media Baharu
DUPNT
3 Jun 15

 

Hantar Komen Anda