Buku Ku Damba Cintamu Ya RasulAllah Di Pesta Buku Antarabangsa 2015

Pesta Buku AntarabangsaBuku ‘Ku Damba Cintamu Ya RasulAllah’ masih lagi dijual di booth PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa yang sedang berjalan sekarang di PWTC.

Saya juga menjadikan buku ini sebagai teks kuliah tengahari saya di sebuah syarikat.

Saudara boleh dapatkan buku tersebut di booth tersebut dan boleh mendengar huraian dan kupasannya melalui kuliah audio di sini.  Setakat 19 Mac 2015, kuliah sudah mencapai siri ke 60.

Sinopsis:

“Tak kenal maka tak cinta,” Pepatah Melayu sudah lama menyebut demikian.

Allah menyebut, “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi (kepada umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang ingkar) dan juga penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan petunjuk yang diberikan-Nya dan lampu yang menerangi.” (surah al-Ahzab: 45-46)

Ayat ini dimulakan dengan bentuk kemuliaan daripada Allah. Dia menyeru Muhammad bin Abdullah dengan panggilan ‘Nabi,’ dengan tugas, dengan pangkat kenabian, pangkat yang tidak boleh dicari sendiri di atas dunia ini seperti pangkat dan kebesaran lain.

Sekiranya ada seorang raja yang hebat, baginda akan menghantar utusan yang hebat, Begitu juga Allah, raja bagi segala raja, pastinya Dia mengutus utusan yang terbaik di kalangan hamba-Nya. Beliau mengutuskan Muhammad, manusia yang paling baik dan mulia di kalangan manusia.

Buku Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah, adalah himpunan yang khusus mengenai Nabi Muhammad dengan olahan tersendiri. Ia bagi menarik perhatian pembaca khususnya generasi muda supaya mengenali Nabinya, mengetahui latar belakangnya, melahirkan rasa cinta sekaligus menurut jejak langkahnya. Dengan cinta kepada Nabi Muhammad, cintanya tersusun dan terarah. Mungkin cinta umatnya kini terpisah antara alam dunia dan alam akhirat, namun cintanya akan mempertemukan dengan Nabinya, kekasihnya di akhirat kelak.

Hantar Komen Anda