Kembara Ilmu 5:Masuk Fakulti Syariah, Univ Yarmouk guna SPM sains

JordanSaya ke Jordan berbekalkan ilmu dari 3 buah pondok (Pondok Tuan Hj Ali, Kg Siliau, Rantau, N.S, Pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu, Perak dan Pondok al-Falahiyyah, Besut, Terengganu) serta ilmu yang dipelajari dari beberapa tok guru yang lain termasuk arwah datuk. Sijil yang diterjemahkan dan digunapakai ketika itu ialah SPM. Kerajaan Jordan ketika itu tidak mengambilkira subjek Bahasa Arab untuk masuk ke universitinya. Saya mengambil peluang itu mencuba nasib di bumi Urdun.

Untuk masuk ke Kulliyyah Syariah, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan mesti melalui ujian bertulis. Semua pelajar Malaysia diuji dahulu. Alhamdulillah saya lulus dan terus masuk ke Kulliyyah Syariah  peringkat ijazah pertama tanggal 19.9.1992.

Antara masalah awal yang dihadapi ialah komunikasi. Belajar kitab pelbagai disiplin ilmu di pondok dalam bahasa Arab tidak semestinya dapat menguasai komunikasi dalam bahasa Arab dengan cepat. Untuk tempoh beberapa bulan pertama, soalan dari orang Arab dan apa yang dikata difahami tetapi agak sukar menjawab kembali. Mujurlah penguasaan tatabahasa Arab, mufradat/vocabulary yang tidak sedikit telah dikuasai ketika belajar di pondok dahulu banyak membantu mempercepatkan proses penguasaan komunikasi bahasa Arab.

Jordan adalah di antara negara Arab miskin. Tiada hasil minyak, cuma proses minyak negara lain. Ia masyhur dengan pelancongan. Gua ashabulKahfi, Laut Mati, Medan Peperangan Mu’tah dan pelbagai tempat menarik ada di Jordan. Percakapan dalam dialek Jordan mudah difahami. Majoriti penduduk Jordan berasal dari Palestin.

Universiti Yarmouk berada di Irbid, bandar kecil di utara Amman, ibunegeri Jordan. Saya tinggal bersama beberapa orang sahabat bujang di luar Universiti Yarmouk. Saya namakan rumah yang kami tinggal ‘Taman Melewar’ (full stop).

Belajar di universiti tak sama dengan belajar di pondok. Masa di pondok dipenuhi dengan ilmu. Pagi sampai malam. Di universiti, sistem ‘credit hours’ menjadikan masa anda begitu banyak. Alhamdulillah aktiviti berjemaah banyak.

Untuk ilmu, saya rasa belum cukup. Saya bukan sahaja membantu sesama pelajar Malaysia tetapi mencari di luar. Saya membacakan kitab I’anah atTalibin, fiqh Shafie dan beberapa buah kitab kecil lain kepada pelajar baru yang rata-rata datang dari lepasan SPM.

Walaupun saya sendiri menggunakan slip SPM tetapi saya ke Jordan ketika berumur 25 tahun. Agak lewat kerana masa dihabiskan di pondok sebelum itu. Di antara yang minat dengan pencarian ilmu ketika itu ialah Ustaz Zahazan Muhamad, Ustaz Suki (Shauqi) Othman, Ustaz Wan Muhammad Wan Sulong, Ustaz Khairudin Aman Razali dan beberapa orang lagi. Di Amman, saya kenal Ustaz Asri Zainul Abidin, Ustaz Azhar Yaakob, Ustaz Baihaki Atiqullah, Ustaz Zulkifli Yusof, Ustaz Hasrizal (ketika itu kerana nasyidnya) dan ramai lagi yang tak sempat disenaraikan.

Untuk ilmu di luar universiti, saya bertemu dengan Sheikh Dr Nuh Ali Salman Qudha, Qadhi al-Qudhah (ketua Qadhi) Jordan. Banyak cerita menarik bersamanya-kisah pengikut Ustaz Ashaari Muhamad bertemu dengannya, kisah belajar dengannya, pengalamannya sebagai Duta Jordan ke Iran dan lain-lain.

Bersambung…

Komen (14)

  1. [...] belajar di bumi Jordan, saya terdedah kepada pelbagai aliran. Aliran pemikiran, mazhab dan jemaah. Untuk jemaah, [...]

  2. Mohd Syukri says:

    assalamualaikum ustaz..sye nak tnye,ujian b’tlis sblm lyk ke u ssh x?..klau xllus xlyak msk u ke?..n p’blnjaan tuk setaun d sne bape ribu?..aggran kasar..

  3. Ustaz Nik Nasri says:

    pandai bhs arab ok je. kalau x lulus, masuk markaz lughah (Language Centre) dulu. Sekarang mungkin x boleh pakai SPM dah. Kena pakai STAM rasanya atau yg setaraf. Anggaran RM1000 sebulan-sewa rumah, belanja dapur, yuran dll. Sekarang jauh lbh mahal. Semak dgn pelajar sana

  4. arcadaxe says:

    salam ustaz…
    ustaz pergi ke jordan semasa brumur 25,adakah ustaz mggunanakan spm yg sudah lama???
    ada cara lain untuk ke jordan???sy tidak boleh pergi kerana spm sudah lapuk…pada tahun 2005
    ada cara lain ustaz tahu??

  5. Ustaz Nik Nasri says:

    masa tu SPM masih digunapakai. Sekarang guna STAM. Cara lain x tahu. Lama dah tinggal

  6. safwah says:

    assalamualaikum ustaz…

    saya penuntut di malaysia,tetapi jika saya ingin menyertai markaz lughah di jordan boleh ke? bagaimana caranya?

  7. Ustaz Nik Nasri says:

    saya rasa boleh. tapi saya tak ada akses ke arah itu, tiada maklumat, dah lama tinggal

  8. cheni says:

    masyallah, bgitu kagum sya melihat usaha ustaz mnuntut ilmu agama dan mningalkan bidang akademik…. ustaz sya sdang mnghadapi situasi yg sama iaitu ingin beralih arah kpada bidang agama ttpi sya brupa 21 thun, adakah sudah terlambat….?? dan sya ingin mendalami ilmu agama di pondok, pondok mna yg ustaz ingin syurkan…?? sya tidak mmpunyai asas bhasa arab ttpi itu tdak mnjdi penghalang utk sya blajar, dan agama adalah mklamat sya wlaupun sya bkal menjdi jurutera ttpi tidak bermkna bgi sya… tolong sya ustaz… sya kurang mklumat ttng smua ni…

  9. Assalamualaikom wrt,
    Y.bhg. Ustaz,
    Mohon nasihatkan saya yang punyai anak lepasan spm 2013 untuk dihantar ke jordan yarmok universiti. Bagaimana cara terbaik untuk saya dapatkan tempat ke universiti berkenaan? Bagaimana pula dgn tajaan, apakah mudah hidup tanja tajaan.?

    Nasihat dan pandangan ustaz amat2lah ihargai.

    Jazakumullah

  10. Ustaz Nik Nasri says:

    waalaikumussalam, Tahniah buat tuan dan anak tuan. Saya sudah tinggalkan Jordan 13 tahun lepas. Ketika itu SPM mudah digunakan. Saya tak pasti keadaannya. jika tuan ingin tahu lebih lanjut barangkali perlu dapatkan maklumat dari pihak Kementerian atau pihak yang terbabit secara langsung dengan urusan kemasukan pelajar.

  11. ramli says:

    salam… ana prnh blaja bahasa arab ngan ust kat mjd tengku mizan kerteh….mgkn ust tk ingt lg..dh lama… walau msh x pandai2 lg nk ckp arab tp pluang berguru ngan ustaz tk mgkn dilupakn… saya di kedah skrg ni… jazakallah…

  12. Nurul Azman says:

    ustaz, kalau takde STAM macam mana? kelayakan untuk ke sana memang beraliran agama semata mata je ke? saya aliran sc tapi ingin sangat menyambung pelajaran ke yarmouk .. bagaimana ye?

  13. hafezin jamil says:

    ustaz saya teringin nak ke jordan jadi saya nak tanye ustaz apakah kelayakan peringkat universiti jordan????

  14. Ustaz Nik Nasri says:

    Maaf, saya dah lama tinggalkan Jordan. Mungkin boleh dapatkan maklumat dari mereka yg lebih tahu.

Hantar Komen Anda