Kembara Ilmu 4: Tok Guru Hj Najmuddin-ulama pakar 4 mazhab

fiqh islamiSelepas 2 tahun di Pondok Pak Teh, Keroh, Perak, saya menuju ke Pondok al-Falahiyyah, Pondok Paku, Kerandang, Besut, Terengganu untuk meneruskan pencarian ilmu. Saya ke sana bulan 11 tahun 1990.  Dengarnya Tok Guru Hj Najmuddin pakar 4 mazhab. Bukan itu sahaja ilmu usulnya juga hebat. Beliau orang Fatani. Tinggal dan belajar lama di Mekah. Mengikut katanya, dia dipuji oleh gurunya di Mekah kerana kepintaran dan kekuatan ingatannya. Arwah Tok Guru Hj Abdul Rahman Bombanj adalah sahabatnya. (artikel tentang Tok Guru Hj Abdul Rahman Bombanj insyaAllah akan ditulis kemudian).

Di Pondok al-Falahiyyah, nampaknya ramai juga bekas pelajar ‘tua’ atau ‘lama’ Pondok Pasir Tumbuh yang datang belajar di situ. Tok Guru dibantu oleh seorang ustaz berasal dari Selatan Thai. Kami mengaji dengannya kitab al-Iqna’ (fiqh mazhab Shafie-jangan ada yg senyum sinis)  hampir setiap awal pagi dan selepas zohor. Jilid-jilid besar al-Iqna’ banyak juga dihabiskan.

Dengan Tok Guru kami belajar beberapa buah kitab:

1. Tauhid-Taqrib al-Ikhwan,   Matan Jauharah at-Tauhid,  Bakurah al-Amaani,  al-Bajuri, as-Syarqawi, Taqrib al-Ikhwan,   al-Aqaid ad-Durriyyah,  Kifayah al-Atqia’  (setengah kitab dikenali dgn nama pengarangnya)

2. Fiqh-Fath al-Qarib, wisyah al-Afrah, Matla’  al-Badrain,  Sullam al-Mubtadi, I’anah at-Talibin, Fath al-Wahhab,  al-Mahalli, (semuanya fiqh mazhab Shafie Arab dan jawi), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (kitab fiqh perbandingan kontemporari 4 mazhab Dr Wahbah azZuhaily)

3. Tasauf- Hidayah assalikin, Hikam Ibn Ataillah

4. Tafsir-Tafsir al-Jalain

5. Hadis- Bulugh al-Maram

6. Usul Fiqh-Waraqat, al-Luma’ (usul fiqh-kitab yang agak mencabar akal)

7. Nahu, sorof-Mutammimah,  syarah Ibn Aqil, Shazuruzzahab

Sebahagian kitab di atas adalah kitab ‘kecil’. Di sesetengah pondok, barangkali kitab itu adalah antara yang awal dipelajari, tetapi yang penting adalah huraian yang cukup ilmiah dan mendalam oleh Tuan Guru terhadap perbahasan-perbahasan di dalam kitab-kitab tersebut.

Saya menimba ilmu di sini sekitar 2 tahun. Banyak yang dipelajari terutama keterbukaan dalam bidang fiqh dan ilmu usul fiqh yang hebat itu.

Sekitar tahun 1992, ibubapa pernah bertanya: ‘Tak mahu belajar di Mesir ke?’ Saya sebenarnya tidak pernah terfikir hingga ke situ. Tetapi dengan soalan itu membuatkan saya solat Istikharah. Di Mesir, pelajar Malaysia dah ramai. Cakap bukannya Arab tetapi Melayu dalam dialek masing-masing. Di Jordan, ketika itu dengarnya pelajar Malaysia masih kurang, tak sampai seribu orang lagi, hanya beberapa ratus sahaja. Lagipun kemasukan ke universiti di Jordan masa itu masih boleh menggunakan sijil SPM. Saya menggunakan sijil SPM saya tanpa bahasa Arab itu dan dalam bidang pure science (Maths, Add Maths, Physics, Chem, Bio..) untuk mencuba nasib di Jordan pula.

Terakhir, sekitar beberapa tahun lepas, dengarnya Tok Guru Hj Najmuddin meninggal dunia di bulan Ramadhan. Qiila, peluh menitis dari mukanya, di mukanya yang jernih itu. Moga Allah berkati ilmunya dan meletakkan beliau bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin. Aamin.

Bersambung..

Komen (17)

  1. anwar says:

    Salam ustaz…salam ta’aruf…jazakallah atas jemputan ziarah blog ustaz.boleh bknalan lbih lanjut slpas ini,insyaAllah.ustaz tinggal di mana?..

  2. Ustaz Nik Nasri says:

    ana tinggal di Cukai, Kemaman, Terengganu. Boleh rujuk profil

  3. albaqir says:

    Assalaamu’alaykum, TAHNIAH atas pandangan pertama blog yg menarik manakala ini adalah kali ke-3 saya jenguk gara-gara berkenan membaca artikel yang diutarakan. Ingatkan USTAZ NIK orang Kelantan dan aktif di sana, rupa-rupanya berada di Terengganu. Saya di area Kerteh. Petang esok kebetulan ada urusan ke Kemaman beberapa jam. Nanti, saya memerlukan Jadual Kuliah USTAZ NIK. Saya jua bercadang memberi ruang USTAZ NIK ke Jemputan Ceramah Khas kepada khayalak khas di bawah penyelarasan saya, jika USTAZ NIK sudi, insya ALLAH. Semoga di dalam mardhatiLlah tiap situasi & kondisi.

    albaqir TKO

  4. Ustaz Nik Nasri says:

    Selasa malam Rabu saya kuliah maghrib- sirah Nabi (guna kitab Nur alYaqin) di Masjid Mizan Kerteh. Jemputlah jika ada kelapangan

  5. [...] buah pondok (Pondok Tuan Hj Ali, Kg Siliau, Rantau, N.S, Pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu, Perak dan Pondok al-Falahiyyah, Besut, Terengganu) serta ilmu yang dipelajari dari beberapa tok guru yang lain termasuk arwah [...]

  6. hasanulddin mohd says:

    assalamualaikum ust,
    ana nk kumpul mklumat ttg pengajian usul fiqh di pondok2 trg, cdgnya utk pengajian phd.stkt yg ana kaji, pengajian ini agok krg ditekankan d sana.di falahiyah sendiri, ana prnah ziarah selepas baba najmudin meninggal, skrg disambung oleh menantunya ust kasim. tp tak byk maklumat yg ana dpt. jadi, kalu ust boleh bg sdkt lontaran utk isu ni, fa jazakumullah khaira…

    utk makluman ust, ana seorang pensyarah syariah di udm kampus kusza. jazakallah…

  7. Ustaz Nik Nasri says:

    ana dah lama tinggalkan institusi pondok. Di Pondok Falahiyyah, almarhum tok guru memang ngajar al-luma’. Ust Kasim ana tak tahu. tak ramai ustaz/tok guru di pondok dalami usul fiqh ni. Anta kena cari kat pondok negeri lain juga, mungkin ada.

  8. hasanulddin mohd says:

    syukran respon ust. ana nak tau jg, ust dang ke nadah dua2 kitab usul tu dgn almarhum tok guru? kl ana nak buat kajian perbandingan antara dua buah kitab tu n kajiannya di pondok2 ok x? jazakallah khaira..

    p/s kl tak silap, ana pernah jumpa ust ketika kita hadiri muqabalah tenaga penceramah tabung haji akhir thn lepas, betul ke ya? atau ana tersilap orang…)

  9. Ustaz Nik Nasri says:

    waraqat dan al-luma’ sempat belaka ngaji, tp kalau nak tanya perbandingan kena baca semulalah, lama x tengok. muqabalah haji? ye kot

  10. hasanulddin mohd says:

    syukran.kl ada masa ana gi nnadoh dgn ustz ya. x sempat dgn tok guru, dgn anak muridnya pun boleh dah…)

    seingat ust, ada x pndangan khusus almarhum trhdap ilmu usul fiqh ni? atau trhadap kedua2 kitab usul tu?

    sbg contoh, ana pernah temuramah seorang tuan guru pondok (dirahsiakan), beliau prnah kata ilmu usul ni ibarat rempah n feqh tu gulai yg telah masak. maka, keutamaan peringkat pondok ni hanya gulai tersebut, bukannya rempah.

    justeru, kalu ana boleh dptkan pandangan beliau dlm hal ini, mg2 bertambahlah data awal ana ni utk dijadikan follow up seterusnya. jazakumullah…

  11. Ustaz Nik Nasri says:

    tok guru hj najmudin pernah sebut, tok gurunya kata hj najmudin ni pandai usul fiqh, kalau naik sikit lagi boleh jadi mujtahid. mujtahid bahagian mana x tahulah. ibarat gulai dan rempah tu betul rasanya kerana usul fiqh perlukan pengajian secara mendalam dan khusus

  12. hasanulddin mohd says:

    ma sya Allah, hebat ya, rugi xdang nadah dgn almarhum. rasa makin semangat nak nuntut dgn ust, ganti yg dh tiada…)

    boleh ana tau siapa gurunya? kl khusus utk usul fiqh, beliau berguru dgn siapa?

    seorang shbt n guru ana yg jg seorang tok guru pondok ada cadangkan ana buat kajian ttg dhabit2 tok2 guru pondok, kumpulkan n rekodkan. mungkin ana boleh mula dgn kitab usul ni. apa pendapat ust?

    jazakumullah khaira.

  13. Ustaz Nik Nasri says:

    nama guru x pasti, x ingat. dhabit? bagus juga idea tu

  14. Hamdi says:

    Baba Najmuddin bin Muhammad

  15. mohd zaki says:

    ASSALAMU’ALAIKUM nak tanya tuan guru masih boleh ditemui lagi ke

  16. Ustaz Nik Nasri says:

    telah lama meninggal dunia.

  17. [...] Rujuk:  Kembara Ilmu 4: Tok Guru Hj Najmuddin-ulama pakar 4 mazhab [...]

Hantar Komen Anda