UNESCO iktiraf Batu Bersurat Terengganu, UMNO belum tentu iktiraf hukum di Batu itu

rais_batubersuratUNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik Dan Kebudayaan PBB) mengiktiraf Batu Bersurat Terengganu. Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan menyebut bahawa ia akan menarik minat pengkaji, penyelidik untuk membuat kajian tentang Batu Bersurat, sebagai pemangkin kedatangan pelancong, menggalakkan inisiatif pemeliharaan khazanah wrisan negara pada masa depan. Soalnya adakah Batu Bersurat bersejarah itu hanya tinggal sebagai WARISAN dan SEJARAH untuk dikaji begitu sahaja?

khutbah Jumaat Batu Bersurat 04 dec 09

PAS Terengganu bukan sahaja mengiktiraf Batu Bersurat sebagai warisan, tetapi telah memartabatkan hukum yang ada pada Batu Bersurat itu iaitu Undang-undang Islam- al-Quran, as-Sunnah, al-Ijmak dan al-Qias sebagai undang-undang tubuh diri kerajaan negeri Terengganu. Malang sekali kerajaan Islam yang mendaulatkan Islam itu dijatuhkan oleh rakyatnya sendiri di sebuah negeri bernama Daaarul Iman.

Hantar Komen Anda