Seminar Penghayatan Hududullah: K.kerja 1: Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993

perasmian Seminar HududullahSaya membuat catatan selari dalam Seminar Penghayatan Hududullah yang berlangsung di Permai Inn, Kuala Terengganu pada hari Ahad 2 Muharram 1436 H (26 Okt 2014). Kertas kerja 1: Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993: Rang Undang-Undang Persendirian- Selangkah ke Arah Perlaksanaan disampaikan oleh YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj Hassan. Di bawah beberapa point yang sempat saya catat:

-Jenayah syariah terdiri dari hukum hudud, qisas, takzir

-Hukum hudud datang dalam bentuk qat’i dilalah, qat’i thubut. Tiada khilaf di kalangan ulama.

-Hukum Allah berkait puasa, ibadat boleh diterima tetapi kenapa hukum berkait jenayah ditolak.

-Penjajah hapuskan undang-undang Jenayah Islam, diganti dengan undang-undang Inggeris “The Common Law Of England’

-Undang-undang dari England itu sebenarnya asing dari rakyat tempatan, majistret dari England tetapi akhirnya rakyat tempatan boleh terima. Sebaliknya undang-undang Islam pula dianggap asing sedangkan kita beragama Islam

-Di Kelantan, antara sebab rakyat pilih PAS dlm PRU 1990 ialah kerana mahu tegakkan hukum Islam.

-Soalan: Kenapa Kelantan lambat laksanakan hukum Jenayah ini?

-Malaysia negara persekutuan. Undang-undang, kuasa ada 2 iaitu Pusat dan negeri.

Bidangkuasa kerajaan negeri dalam jadual 9-bataskan kepada aspek tertentu

Bidangkuasa kerajaan Pusat lebih besar.

Perkara berkait Jenayah bawah bidangkuasa Pusat.

Halangan 1- perkara 3 dalam Perlembagaan. Agama Islam Agama Persekutuan, tetapi tidak bermaksud negara ini menjadi negara Islam. Islam dalam adat tertentu sahaja. Pemimpin, hakim mentafsirkan perkara 3 sebagai Malaysia sebagai negara sekular.

Cadangan: Perkara 3 mesti ditafsirkan sebagai Islam Agama persekutuan dengan erti Malaysia sebagai negara Islam.

Yang boleh mentafsirkannya ialah hakim di mahkamah.

Halangan ke 2- bidangkuasa Jenayah di bawah bidangkuasa Pusat

Halangan ke 3- akta mahkamah syariah hadkan kuasa mahkamah syariah. Bidangkuasanya hanya berkait dengan urusan kekeluargaan. Hukum yang ada dalam akta mahkamah syariah hanya 3 tahun penjara, 6 sebat, RM5000

Hubungan kerajaan Pusat dan Kelantan genting pada 1993. Pusat bila-bila masa mahu ambil Kelantan. Oleh itu Tok Guru ketika itu bersama pemimpin lain sangat berhati-hati supaya negeri tidak hilang.

Sehingga apabila ada menteri yang buka peluang termasuk Kelantan jika mahu laksanakan hukum Jenayah Islam.

Perkara 76 A (1) boleh digunakan untuk beri peluang kepada Kelantan laksana.

Perlu sokongan 112 undi dalam Parlimen

Ubah peruntukan mahkamah syariah supaya boleh hukum hingga 100 sebatan-simple majority dalam Parlimen

Kelantan buat Manual untuk jatuhkan hukuman kepada penjenayah secara teknikal dibincang. Doktor, mufti dan lain-lain dipanggil, beri pandangan.

(maklumat lanjut boleh didapati dari kertaskerja atau pembentangan melalui youtube yang akan disiar kemudian)

 

Catatan:

Ustaz Nik Nasri

Ketua Lajnah Media Baharu

DUPNT

12.03 tghri

26 Okt 2014

Hantar Komen Anda