Khutbah: Jasa PAS Letak Hukum Allah Paling Tinggi Di Terengganu

Masjid Kg Rhu  Muda MarangSaya berkhutbah Jumaat di Masjid Kg Rhu Muda, Marang pada 17 Oktober 2014 sempena dengan Hari Hududullah yang akan disambut di peringkat BPPNT pada 1 muharam 1436H/ 25 Okt 2014 depan. Dewan Ulama PAS Terengganu menyusun jadual pengkhutbah di sekitar masjid di Terengganu.

Saat tiba di masjid, hujan baharu sahaja berhenti. Masjid dalam pembaikan. Ruang tengah masjid dan di tepinya basah. Alhamdulillah walaupun dalam keadaan masjid masih dalam pembaikan, penuh dengan besi, palang dan lain-lain, ia tidak merencatkan khutbah yang disampaikan dengan fokus kepada jasa PAS Terengganu yang memartabatkan hukum Islam dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu, sekaligus dapat menggubal, melulus dan mewartakan Enakmen yang berkait tentang hukum hudud dan qisas. Saya kongsikan khutbah tersebut di bawah:

sempena Hari Hududullah (373)

Hantar Komen Anda