Miliki Buku ‘Ringkasan Berfaedah Menghuraikan Permata Tauhid’

jauharah tauhid coverAlhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang mengizin dan mentaqdirkan akhirnya buku guru saya, almarhum Sheikh Dr Nuh Ali Salman al-Qudha: ‘Al-Mukhtasar al-Mufid fi Syarh Jauharah at-Tauhid’ dapat diterjemahkan. Ia telah diterbitkan, Alhamdulillah awal bulan Nov 2014

Buku ini perlu dimiliki atas beberapa faktor:

-Ia berkaitan aqidah tauhid yang mesti dipelajari setiap mukallaf

-Ia ditulis dalam bahasa Arab yang mudah difahami dan diterjemahkan juga-insyaAllah- dengan bahasa yang difahami.

-Buku ini dipenuhi ayat al-Quran dan hadis sahih sebagai dalil perbincangan. Hujah akal digunakan dengan sewajarnya pada tempat tertentu.

-Buku ini akan dijadikan teks pengajian dan kuliahnya akan dimuatnaik dalam portal ini-dengan izin Allah- bagi memudahkan pembeli/pembaca buku ini memahami kandungan buku.

-Buku ini boleh dibeli dari saya sendiri sebagai penerbit.

Saya mengambil masa agak lama dari yang dirancang pada awalnya untuk menerbitkan kitab terjemahan ini. Beberapa masalah dan karenah syarikat penerbit buku menyebabkan saya, akhirnya menerbitkan sendiri buku ini. Kekadang berusaha sendiri tanpa bantuan pihak lain lebih memuaskan hati, walaupun sedikit sukar.

Saya telah menceritakan latarbelakang penulisan kitab ini dalam kembara ilmu saya di portal ini (rujuk: kembara ilmu 7 )  iaitu ia asalnya keinginan saya ingin menghabiskan pengajian kitab Syarah Jauharah Tauhid yang pernah dipelajari di pondok ketika di Malaysia.

Kebetulan dimaklumkan Mufti Jordan ketika itu, almarhum Dr Nuh telah kembali ke Eidon, kampungnya di Irbid, Jordan. Saya dengan beberapa orang kawan menemuinya untuk meminta beliau mengajar kami, pelajar Malaysia kitab tersebut.

Pengajian bermula. Namun selepas beberapa masa, pengajian tersebut terhenti seketika.

Akhirnya hanya saya dan beberapa orang teman, bahkan sesekali saya seorang yang berulang-alik ke Masjidnya di Eidon yang terletak kira-kira 2 atau 3 km dari rumah saya di Duwwar Nasim, Irbid dalam cuaca panas, hujan, salji, angin kuat dan sebagainya.

Saya rakam semua kuliah tersebut. Sheikh Nuh kemudian dilantik menjadi duta Jordan ke Iran. Beliau meminjam semua kaset yang saya rakam. Rupa-rupanya 2 tahun selepas itu beliau kembali dengan menulis sebuah kitab yang diberi judul ‘Al-Mukhtasar al-Mufid Fi Syarh Jauharah at-Tauhid’ hasil pengajaran beliau kepada kami dan saya yang saya rakamkan dalam bentuk kaset ketika itu.

Beliau meminta saya membaca naskhah asal kitab tulisannya itu. Lalu ditanya bagaimana dengan bahasanya? Mudah difahami oleh pelajar Malaysia/ Saya jawab insyaAllah mudah. Kitab tersebut kemudian dicetak. Alhamdulillah, kitab itu telah tersebar di merata tempat-dalam dan luarnegara.

Saya pernah bercadang membawa sheikh ke Malaysia melihat suasana pengajian tradisional di sini tetapi keadaan tidak mengizinkan. Beliau juga sudah meninggal lebih awal tanpa sempat melihat kitabnya diterjemahkan oleh anak muridnya ini.

Walaupun baharu jilid pertama siap, insyaAllah saya berdoa Allah mudahkan untuk menterjemahkan jilid ke 2 nanti.

Sesiapa yang ingin mendapatkan buku atau membuat diskusi buku tersebut di tempat masing-masing boleh hubungi saya melalui email: niknasrimalek@gmail.com

Komen (10)

  1. khalil says:

    Assalamualaikum

    saya berminat untuk memiliki kitab terjemahan tersebut. Sila maklumkan jika ia telah diterbitkan.

  2. mohd harith says:

    Salam..ust..boleh bg no contact pada sy.. Mgkin sy nk oder byk naskhah nnti
    Ni no phone saya…0133098709

  3. AFIQ says:

    saya berminat

  4. ibnu abdullah says:

    assalammualaikum ustaz.. mohon izin menadah kitab ni secara pjj.. cuma masalahnya kitab tak jumpa cari.. kalo dapat diupload.. alhamdulillah…

  5. ibnu abdullah says:

    kalau dpat talaqi kitab arabnya secara pjj pon lagi cantik ustaz..

  6. Ustaz Nik Nasri says:

    tak sempat lagi utk baca yg arab tu, tapi idea bagus

  7. Mohd Shahrizan bin Kamarol Zaman says:

    Bagaimana saya boleh dapatkan naskhah ini. Boleh bunyi saya di telefon / Whatapps wasap.my/+60136023032

  8. Mohd Shahrizan bin Kamarol Zaman says:

    Bagaimana saya boleh dapatkan naskhah ini. Boleh bunyi saya di telefon / Whatapps +60136023032

  9. nabilah says:

    salam ustaz.. bagaimana untuk saya dapatkn buku ny?? sutk rujukan thesis saye..harap ustaz respon..terima kasih

  10. norull94 says:

    dimana boleh didapati kitab ini?

Hantar Komen Anda