Subsidi Petrol Kurang: BN Terus Gagal Jaga Kebajikan Rakyat

harga minyak naikAyat al-Quran di antaranya menegaskan tentang keadilan pemerintah. Adil bererti meletakkan sesuatu di tempatnya. Hadis Nabi pula di antaranya menekankan sumber dan hasil negara yang diurus dengan baik. Sirah perjalanan Nabi SAW dan para khulafa ar-Rashidin dipenuhi dengan pemerintahan yang sangat mesra rakyat dalam pelbagai sudut. Kaedah fiqh pula menyebut: ‘Tindak-tanduk pemerintah dikaitkan dengan kepentingan rakyat’.

Namun, pemerintahan BN berlandaskan apa? Al-Quran? jauh rasanya. Hadis Nabi SAW? Tak juga. Sirah perjalanan Nabi dan khulafa ar-Rashidin? Tak nampak jalan juga.

Hakikatnya kerajaan BN terus gagal dalam sejarah pemerintahannya mengurus segala sumber asli dan lain-lain nikmat yang Allah berikan untuk kepentingan rakyat teramai. Saya bukan ahli ekonomi, namun petunjuk dari al-Quran dan Hadis yang menjadi panduan buat seorang yang mengaku Islam nampaknya tidak diikuti dalam menguruskan ekonomi negara, termasuk dalam isu subsidi petrol dan disel yang dikurangkan semalam, sekaligus menjadikan kos hidup dan pelbagai kos lain meningkat dan akan meningkat.

Ada orang yang membuat analisa kronologi harga minyak di Malaysia sebelum tahun 1990 (RM0.89 seliter) hingga 2 Okt 2014 (RM2.30 seliter). Ia mengalami 17 kali kenaikan dan hanya sekali penurunan. Yang lawaknya pula ialah di saat dunia luar memperkatakan tentang harga minyak yang jatuh, tetiba dalam negara tumpah tanahnya darahku ini, subsidi petrol dan disel dikurangkan atas nama rasionalisasi yang tak berapa nampak rasional.

 Bagi yang berpendapatan tinggi, bergaji mahal, barangkali boleh absorb kesan pengurangan subsidi ini. namun bagi mereka yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan malam, ia hanya menambahkan sengsara hidup mereka. BRIM hanyalah seperti panadol buat menghilangkan sakit kepala rakyat buat sementara.  Negara tanah tumpahnya darahku ini sudah bertukar tema sejak malam tadi: ‘negara tanah naiknya darahku’.

KRONOLOGI HARGA MINYAK MALAYSIA

Sebelum 90 – RM 0.89
Tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 – RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 – RM 1.80 (TURUN RM 0.90)
16/07/2010 – RM 1.85 (kenaikan RM 0.05)
04/12/2010 – RM 1.90 (kenaikan RM 0.05)
03/09/2013 – RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)
2/10/2014 – RM 2.30 (kenaikan RM 0.20).

berita luar negara mengenai harga minyak:

1) kejatuhan harga minyak baik untuk pemandu – telegraph UK (16 jam yang lalu)

2) harga minyak dijangka turun pada paras plg rendah dlm lingkungan suku tahun sejak 2012 – bloomberg
(sehari yg lalu)

3) harga minyak mentah jatuh teruk dalam tempoh 4 tahun – Wall street (18 jam yg lalu)

4) menteri minyak risau harga minyak yg rendah akn mengurangkan pelaburan – reuters UK (1 hari yg lalu)

5) harga minyak jatuh teruk kerana lebihan penawaran – the globe and mail (14 jam yang lalu)

6) saham tenaga jatuh kerana harga minyak turun – edmonton journal (14 jam yang lalu)

7) bank negara rusia bersedia dgn keadaan harga minyak yg dijangka turun – daily mail (14 jam yg lalu)

8) harga minyak turun dan ekonomi dunia semakin mampan – business week (1 hari yg lalu)

9) HARGA MINYAK DI MALAYSIA NAIK. – Kerajaan Malaysia (2 jam yg lepas)

Hantar Komen Anda