Ucapan Penggulungan DSTG Presiden PAS di Muktamar Tahunan PAS Pusat ke 60:

Muktamar Tahunan PAS ke 60Patah-patah ayat penggulungan Tok Guru Presiden bukanlah ayat-ayat yang kosong. Ia penuh makna dan erti. Kalau disyarahkan ia boleh menjadi satu hashiah pula dari sebuah matan. Saya catat di antara isi penggulungan ini. Fahami, taat dan laksanakanlah agar parti terus berjalan dengan penuh Istiqamah:

(Gambar: Perwakilan Kemaman di dalam khemah besar persidangan)

Mula dengan ayat al-Quran: “Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu orang Islam, Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah, jangan berpecahbelah”

Muktamar berlangsung dengan baik, walaupun ada gelombang, ombak

Saya ucap terimakasih kerana semua tegaskan untuk berdiri di belakang Presiden, tidak ada yang berdiri di hadapan, tetapi bimbang bila berpaling belakang tengok  tidak ada org.

Pergolakan yang berlaku baru-baru ini datang dari orang lain,  menjadi tarbiah untuk kita.

Perintah Allah supaya berpegang dengan Islam, mati dalam Islam, bukan kerana si fulan, orang itu, orang ini atau yang lain.  Contoh Parti Istiqlal dan beberapa parti lain berubah menjadi secular. Bahkan ada tulisan dan artikel yang sebut galakkan tubuh parti Islam sekular

Mufti Johor tahun 1950 an pernah sebut supaya sokong parti Islam

Yang penting kita bersama Islam. Cari redha Allah, bukan redha manusia seramai-ramainya

Di sini beza kita dengan parti-parti lain

PAS memaku dengan sekuat-kuatnya dalam perlembagaan tentang hukum tertinggi parti iaitu al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias

Kita mesti tafsir perlembagaan PAS  dengan aqidah parti kita

Bila bertelingkah,  balik kepada al-Quran, Hadis

Begitu juga dalam Piagam Madinah, bila ada masalah mesti baiik kepada Allah dan Rasul

Ahli Majlis Syura Ulama dipilih dengan berhati-hati. Peranan Majlis Syura Ulama sebagai  ombudsman, qadha (menjatuhkan hukum) kalau perlu

Walaupun kita hebat dalam ilmu kita tapi mesti tunduk kepada al-Quran, Hadis.

Majlis Syura Ulama berijtihad secara kolektif. Contoh terima orang bukan Islam jadi ahli PAS.

Demokrasi: Majlis Syura Ulama tidak berkuasa mutlak, kita bukan teokrasi, kita bincang dalam mesyuarat, paling tepat ialah yang paling kuat hujah, dan ketua tidak semestinya terima pandangan majoriti

PAS pilih muwajahah silmiyyah dalam negeri dan luarnegeri. Kita mahu undi sebanyak-banyaknya

Ada 8 bentuk muamalah: Di antaranya:

Tahaluf-wajib bersama kumpulan  Islam. PAS satu-satunya dalam wadah politik, jangan jadikan PAS seperti hotel (makan sedap, tumpang sementara)

Tahaluf dengan bukan Islam harus dalam titik persamaan.  Kita ada perbezaan dengan PKR, DAP dari segi dasar  perjuangan dan beberapa isu lain.

Bentuk  muamalah lain seperti Istianah, himayah

Isu Selangor: PAS tidak berebut jawatan MB, tetapi ada hukum syarak (yang mesti diambilkira), ada Raja (yang mesti dihormati),

Hukum syarak mesti lantik orang yang layak.

Kenapa curi wakil rakyat?  Saya  tidak mahu tarik orang PAS ke dalam neraka.

Taawun (kerjasama)-contoh PAS masuk JKuasa Perpaduan Nasiomal, ahli Parlimen PAS sertai forum antarabangsa dan lain-lain

Wala-bocor rahsia, seleweng, bantu musuh haram

Ramaikan kawan tapi tetapi mesti Istiqamah

Tidak berpecah walaupun berbeza pendapat

Dalam berbeza pendapat, jangan ikut perangai munafiq. Hadis tentang sifat munafiq, bila bertelingkah melampaui batas.

Jangan sampai DHPP pula beri nasihat kepada kita

Rakan jangan ganggu kita

Harungi perjuangan sampai mati

Hadis: ‘zaman Kenabian berlaku ikut lama mana kehendak Allah, ia tamat, diganti khilafah, naik pula kerajaan yang menggigit, naik kemudiannya kjeraaan kejam paksa rakyat,  naik selepas itu kerajaan yang ikut Nabi..’ Islam tetap ada masadepan

Tutuplah muktamar ini dengan semangat dari ayat al-Quran: “terus sabar hadapi isu dalaman, luaran, tetap teguh di tempat sendiri, dan bertaqwa kepada Allah”

4.40 ptg

20 Sept 14

Hantar Komen Anda