Ucapan penggulungan Dato’ Dr Haron Din Dlm Muktamar Tahunan PAS ke 60:

haron dinCatatan ini dibuat ketika Timbalan Murshidul Am PAS, Dato Dr Harun Din membuat penggulungan di akhir Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 60. Semoga saranan dan nasihatnya dipatuhi oleh semua pihak.

Kita datang ke muktamar untuk perbetulkan keadaan, muhasabah, maka tidak boleh bertelingkah, bertelagah.  Sebab itu saya peringatkan semalam terutama isu Majlis Syura Ulama yang  tidak perlu lagi dipanjangkan

Kasihilah sebanyak mana pun PAS, PR tetapi akhirnya kena ada reserve kemungkinan kita berpisah dengan PAS, samada dipecat, kita tinggalkan perjuangan, mati. Begitu juga kena ada reserve kemungkinan PAS  terkeluar atau dikeluarkan dari PR, ibarat talaq terhadap isteri. Ada syarat dan rukun tentang tahaluf, termasuk Majlis Syura Ulama sediakan kertaskerja kaji positif negatif tahaluf.

Hukum tertinggi kita Quran, Hadis, Ijmak Ulama, Qias, bukan muktamar, Dewan Ulama atau yang lainl

Majlis Syura Ulama ada kuasa buat keputusan kesinambungan tahaluf samada terus atau tidak

Perkasakan Majlis Syura Ulama dengan cara patuhi keputusan yang telah dikeluarkan

Ini dibuat melalui peruntukan dalam perlembagaan, dengan tujuan untuk pastikan kesatuan dalam jemaah

Jangan ada tanazu’ (pertelingkahan)

Kesimpulan:

Buang yang keruh, ambil yang jernih

Kukuhkan perpaduan dalam jemaah

Bermaaf-maafan, tampung menampung di antara kita

Berlapang dada untuk bermaafan

PAS kukuh bila semua patuhi arahan

Hantar Komen Anda