Afghanistan: Inikah bumi ‘pemuda Syuaib’ pembantu Mahdi akhir zaman?

afghanistanPresiden AS, Obama mengerah 34000 lagi askar AS  ke Afghanistan. Sebelum Bush dan selepas Bush, bumi Afghanistan yang jauh dari AS, tidak kena mengena dengan AS terus menjadi pertaruhan politik presidennya. Misi ketenteraan AS di Afghanistan nampaknya tidak mudah. Soviet Union pernah kecundang di bumi yang sentiasa berperang ini. Kalau ia tidak bergolak sepanas Palestin pun, setidak-tidaknya ia terus menjadi target musuh Islam.

Saya cuba-cuba mengingat pengajian hadis akhir zaman atau Hadis al-Fitan yang berkait dengan bumi Afghanistan, 14-15 tahun lepas oleh seorang pakar hadis dari Iraq, arwah Dr Walid al-Aaani, pensyarah di Universiti Yarmouk, Jordan sebelum meninggal akhir 90an.

Dalam satu kupasannya tentang Imam Mahdi, beliau menyebut tentang kemunculan ‘pemuda Syuaib’. Bumi tempat lahirnya pemuda Syuaib ini adalah bumi yang sentiasa panas dengan perang. Bukan seperti pertunjukan maritim LIMA di Langkawi, tetapi ia adalah bumi yang menjadi medan sebenar peperangan. Bentuk mukabuminya juga dikatakan bergunung-ganang. Orangnya hebat-hebat dan teguh pendirian.  Ada beberapa ciri lagi yang disebutkan, saya lupa. Arwah membuat andaian bahawa bumi itu adalah bumi Afghanistan. Bentuk mukabuminya yang bergunung-ganang, ketabahan rakyatnya yang menghadapi peperangan, kecekalan yang tidak mudah menghadapi tentera AS dan sekutu yang celaka, operasi ketenteraan yang tidak surut seakan-akan mengiakan pandangan Dr. Walid al-Aaani itu. (Kalau ada pakar-pakar hadis yang boleh membantu, silakan.)

Ketika pergolakan dan perjuangan mujahidin di bumi Afghanistan di tahun 1980an, saya masih teringat ceramah Tok Guru Haji Hadi ketika itu yang memetik kata-kata Sheikh Amir Syakib Arsalan tentang denyut nadi bumi Islam yang belum mati iaitu Afghanistan.

Jika benar semua telahan ini, bermakna bumi Afghanistan tidak akan berhenti dengan siri-siri peperangan. Apatah lagi, peperangan yang banyak menjadi salah satu tanda akhir zaman. Ada yang secara sinis berkata, kalau asyik dengan berperang, tak jadi kerja lainlah. Kita semua tidak mahukan perang. Ia bukan suatu yang menyeronokkan. Tetapi peperangan memang berlaku, di antara Islam dan jahiliah, iman dan kufur, hak dan batil, benar dan salah.  Setidak-tidaknya perang itu berlaku di dalam hati kita di antara ‘parti syaitan’ dan ‘parti Malaikat’. Mahu nafikan?

Komen (5)

  1. Muhammad says:

    salam ustaz….sy adalah bkas student ustaz di TATI….trima kasih atas curahan ilmu kpda saya..saya harap dpt brjmpa lagi ustaz di akan dtng..insyallah..

  2. Ustaz Nik Nasri says:

    bekas anak murid ramai..Muhammad yang mana satu ya? Tentang ilmu yang dicurahkan, itulah tanggungjawab pendidik. Bukan hanya beri atau sampaikan tetapi mendidik..

  3. Tajudin says:

    Assalamualaikum ustaz.
    Saya pun dapat merasa bahawa Islam akan mula bangkit dari bumi Afgahnistan,jika kita kaji betul2 maksud hadis nabi.Disinilah tempat mulanya pergerakan pasukan muslimin bergerak utk membantu imam mahdi.Dan disini juga tempat apa yg dinyatakan olih nabi,timbulnya dajal(penipu besar iaitu AS dan sekutunya) dari arah timur semenanjung arab.Pada fikiran saya dajal itu bukan mahluk yang besar,kerana ia mempunyai kenderaan utk mengelilingi dunia.Jika ia besar,ia bolih berjalan kaki dr satu tempat ke tempat yg lain ke serata dunia.Dalam Al-Quran tidak disebut pun tentang dajal.Tapi pada pendapat saya,dajal itu adalah Yajuj Majuk.
    Ini adalah pendapat saya.Yang benar datang dari ALLAH.Yang salah datang dari saya.
    Wassalam

  4. Ustaz Nik Nasri says:

    Dajjal lain, Yakjuj Makjuj lain. AS dan sekutu dajjal kecil. Dajal sebenar akan muncul kemudian. dengar kuliah saya surah al-kahfi. Wallahua’lam.

  5. faizuul mamat says:

    saya rasa pemuda bani tamim dah ada cuma tunggu mandat kot… X sabar nk lihat islam memerintah… Ada artikel kata yahudi berkuasa 40thn je. Tahun depan ke 40. Tahun ini pulok haji akbar. Allah lebih mengetahui. Harap saya dipilih bersama pejuang2 islam.

Hantar Komen Anda