Intisari ucapan dasar Presiden PAS Muktamar Tahunan PAS Pusat ke 60:

perwakilan PAS Kemaman ke Muktamar PAS Pusat kali ke 60Saya mencatat point-point dari ucapan dasar yang disampaikan oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke 60: (ada 12 subtopik. Saya catat yang sempat)

(Gambar: Antara perwakilan PAS Kemaman ke Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 60)

Ucap takziah keluarga mangsa MH370, MH17. Minta kerajaan Malaysia bersungguh tangani isu ini.

Dalam tahun 1920 pengaruh partai sarikat Islam sampai di Johor dari Singapura

Tema terus Istiqamah sahut firman Allah: Inilah jalanku, jalan yang lurus, ikutlah

Istiqamah dalam perjuangan memahamkan kita untuk terima amanah, melalui PAS, berdasarkan Quran dan Hadis.
Kita syukur kepada Allah kerana letak kita dalam PAS.

Walaupun banyak cabaran, fitnah samada dari luar seperti Islamophobia dan lain-lain serta dari dalam dapat dihadapi.


Dasar dalam perlembagaan PAS: hukum paling tinggi Quran, Hadis
Sebarang tindakan mesti dalam panduan hukum tertinggi ini.
Pemimpin dahulu sebenarnya telah meletakkan asas kukuh dalam perlembagaan PAS, termasuk Majls Syura Ulama

Sepanjang sejarah PAS, banyak ujian, perjuangan bermula dengan sifar, bersendirian, jadi kerajaan, kerjasama dan lain-lain
PAS tidak pernah rugi kerana terus istiqamah

Mereka yang bersama dengan PAS sahaja dapat Istiqamah

Letak agenda ilmu dan beramal, konsep tarbiah, hubungan dengan yang lain

Kita berjaya gabungkan pelbagai latarbelakang ilmu, mesti ditingkatkan dengan tarbiah

Dalam negeri, PAS pilih muwajah silmiyyah walaupun sistem demokrasi tempang

Hadis mengenai perumpamaan mereka yang berada dalam bahtera
Ahli PAS wajib teguh dan bersabar

Perjalanan PAS membersihkan anasir dari golongan gelojoh, tidak sabar
Matlamat jauh, jangan gopohSejarah panjag PAS bekalkan kepada kita pengalaman dan ilmu. PAS ada kelebihan dari segi pengalaman politik berbanding dengan gerakan Islam lain dari luarnegeri

Tahaluf mesti menguatkan parti bukan sebaliknya
Kerjasama politik bukan bermakna kita terpengaruh dengan orang lain, hilang prinsip
Perjuangan PAS ada nilai besar dosa pahala
Tahaluf mesti berdasarkan konsep taawun dalam kebajikan, taqwa
PAS terus Istiqamah dengan PR selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat tahaluf
Kita tidak pernah khianat rakan tahaluf, rakan lain jangan khianat kepada kita.
Keputusan mesti dibincang bersama
Kita tidak akan masuk BN. Itu hanya tohmahan. Mereka yang perlukan kita, bukan kita yang mahukan mereka

Ekonomi Malaysia
Kerajaan salah urus ekonomi dan sumber asli. Lebih setengah abad terabai. Kita merdeka tapi terjajah pemikiran
PAS terima masyarakat pelbagai kaum, asasnya untuk kenal mengenali. PAS mahukan konsep masyarakat madani menurut ajaran Islam
PAS berpegang dengan konsep adil terhadap semua
Kedatangan Islam ke negara lain disebut futuhat, pembukaan, tidak ambil hasil mahsul bukan seperti penjajah oleh kuasa imperialis
Islam hormat kepada bukan Islam dan bangsa lain

Bahasa Melayu sepatutnya diperkasa, hormati bahasa ibunda masing-masing
Konsep pendidikan sekular rosakkan pendidikan sebenar. Konsep Islam disebut dalam ayat iqra’.

PAS wajib Istiqamah dalam acuan Islam, tidak peduli acuan orang lain. PAS mesti jadi benteng pertahankan dari ideologi asing
PAS Istiqamah perjuangkan pelbagai isu- politik, ekomomi dan lain-lain
PAS Istiqamah dengan sistem ekonomi adil, negara berkebajikan, adil
PAS desak kerajaan batal GST, kaji cukai pendapatan
Rakyat Sabah, Sarawak, Terengganu masih miskin walaupun negeri kaya
Isu hutang MAS yang tinggi. Bagaimana kerajaan urus?
Pembahagian kontrak secara tidak adil
BN tidak yakin dengan ekonomi berkat? Rasuah, Riba dan lain-lain berlaku

Muktamar lalu ialah pemantapan Dewan himpunan. Kena muhasabah dan nilai balik.
Dewan-dewan mesti dibajai dengan pengalaman, fahami realiti politik.
Cabaran teknologi alam maya

Mesti tarbiyyah, bukan sahaja pemimpin ada fikrah yang baik, tetapi mesti ada persediaan sebagai pemimpin

Media sosial jadi fitnah, ujian. Sepatutnya digunakan untuk dakwah
Tangungjawab pemimpin mesti pikul amanah dan mesti bertanggungjawab dengan tulisan yang datang dari diri sendiri
Manfaatkan media rasmi
Sentiasa pantau media untuk kurangkan fitnah
Harakahdaily mesti ambil tindakan, bentuk fkrah, acuan parti yang telah distrategikan
Jangan terpengaruh dengan promosi songsang, murahan
Ayat Quran; berhati-hati dengan berita dari orang fasiq

PAS tersentuh dengan tragedi umat Islam Gaza. Ucap tahniah kepada HAMAS. PAS bersama intifadhah Palestin.
Isu Syria sangat mendukacitakan. PAS tolak IS. PAS tolak campurtangan asing di negaea bergolak seperti Mesir, Syria dan lain-lain.
Isu-isu negara lain umat Islam juga disentuh
Badan dunia tidak ambil peranan sebenar

Fokus 3 halatuju:
1-Organisasi parti-istiqamah dengan dasar, matlamat, fiqh wala/taat, tarbiyyah
2-Istiqamah PAS dalam perjuangan dalam negara dalam pelbagai aspek
3-PAS berperanan pro aktif di luarnegara

Hantar Komen Anda