Ucapan Dr Abdul Mu’ti wakil HAMAS dalam Muktamar Dewan Ulama ke 53:

ex jordanian di muktamar ulamaWakil HAMAS, DR Abdul Mu’ti Zarqut berucap dan berkongsi pengalaman sempena Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat kali ke 53 baru-baru ini. Ucapan tersebut dalam bahasa Arab, tanpa diterjemah. Saya catat beberapa intipati ucapannya untuk perkongsian bermanfaat kita bersama:

(Gambar: Sahabat-sahabat sepengajian di Jordan suatu masa dahulu di Muktamar DUPP kali ke 53)

Allah yang beri nikmat iman, nikmat persaudaraan

Kalau tidak kerana nikmat ini, tentulah nikmat lain lebih kecil lagi

Moga Allah berkati segala usaha yang dicurahkan untuk Islam dan umat.

Saya sampaikan salam daripada umat Palestin terutama daripada Khalid Misyaal, Ismail Haniyah dan lain-lain dari Gaza.

Bumi Gaza dan sekitarnya ialah bumi Isra dan Mikraj yang mulia. Ada beberapa ayat al-Quran yang sebut tentang bumi yang berkat itu. Banyak kelebihan Masjid Al-Aqsa dalam hadis.

Inilah tempat yang kami perjuangkan, dari Sheikh Izzuddin Al-Qassam hingga sekarang,juga Amin Al-Husin, Sheikh Ahmad Yasin yang uzur dan orang kurang upaya, hanya lidah sahaja yang mampu berjihad, meninggalkan di belakangnya Kataib Al-Qassam yang dididik dengan ibadat, solat berjemaah, hidup yang payah, jihad kerana pertahankan bumi Palestin.

Yahudi datang hanya membawa kerosakan.

Allah sebut: golongan Yahudi ini dilaknat

Sheikh Ahmad Yasin didik tentera Al-Qassam dan pemuda Palestin cinta mati sebagaimana regim zionis cintakan hidup.

Perang di Gaza baru-baru ini oleh regim zionis dari darat, laut, udara.

Gaza hanyalah kawasan yang sempit tetapi selepas 51 hari Alhamdulillah Palestin menang, sekalipun Gaza musnah teruk meliputi pengeboman rumah, masjid, bangunan dan lain-lain.

Allah akan balas regim zionis yang musnahkan masjid tanpa sebab

Perang Gaza sekarang selesai. Pertarungan seterusnya ialah untuk bina balik dan bangunkan Gaza

 

17 Sept 14

6.16 ptg

Hantar Komen Anda