Kalau BTN betul, kenapa rombak modulnya?

biro-tatanegaraSaya pernah sertai kursus Biro Tata Negara (BTN) lebih 20 tahun lepas. Ketika itu di UKM. Kalau tak silap ingatan saya, Dr Kamarudin Kachar ada di situ. Modul, ceramah dan pengisian banyak membangkitkan sentimen memperkukuhkan ke’Melayu’an anda. Sejarah kemerdekaan, nasib anak bangsa khususnya Melayu, ekonomi Melayu..dan banyak pasal Melayulah ringkasnya diceramahkan. Maaf, di’doktrin’kan.

Dalam seminggu ini, timbul isu BTN. Kerajaan Selangor boikot BTN (dan bagusnya kalau negeri-negeri di bawah Pakatan yang lain pun ikut sama boikot). Dalam keadaan demikian, pemimpin kerajaan, termasuk media utamanya mempertahankan BTN. Dicanangkan: Kursus Biro Tata Negara pupuk perpaduan, Kursus BTN padat ilmu kenegaraan, Kursus Biro Tata Negara cetus semangat cintakan tanah air dan macam-macamlah.

Tiba-tiba Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz berkata Kurikulum BTN akan dirombak semula supaya lebih serasi dengan konsep 1Malaysia. Yang mana satu nak pakai ni? Mana yang benar? BTN dah elok, BTN dah sesuai, BTN pupuk perpaduan atau memang BTN doktrinkan ideologi UMNO/BN sahaja atau apa sebenarnya?

Ini celaru namanya. Yang satu pihak kata dah elok, Nazri kata kena rombak. Memang nampaknya kurikulum BTN ada masalah. Kalau sungguh seperti kata para Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan media utama, maka kurikulum BTN jangan dirombak.

Biarkan sahaja BTN dengan modul usangnya dan biarkan kerajaan di bawah Pakatan yang memboikot program BTN kerana memang ia men’doktrinkan’ ke’Melayu’an anda tanpa peduli Islam dan kaum lain.

Komen (2)

  1. syin says:

    BTN = Program brainwash untuk suruh sokong BN.. hehehe…

  2. Ustaz A says:

    Tu nak buat formula brainwash baru la
    coz hok lama ….rakyat dah imun
    apa pun asobiah
    tak nak formula dari langit (Islam)

Hantar Komen Anda