Pemuda bakal dibunuh Dajjal sudah lahir?

messiahwarDalam satu wawancara di youtube, dikatakan seorang bayi di Palestin memberi salam, kemudian memberitahu bahawa dia adalah orang yang akan dibunuh oleh Dajjal. Kemudian tidak ada lagi orang lain yang akan dapat dibunuh oleh Dajjal. Benarkah itu bayi dan bakal pemuda yang dibunuh Dajjal? (Biodata ringkas Dajjal)

Dalam hadis agak panjang tentang Dajjal, diceritakan Dajjal itu akan menemui ramai orang, mengajak semua orang menurutinya, dari satu negeri ke satu negeri. Dalam riwayat Bukhari dan beberapa riwayat lain (Fath al-Bari jilid 13 ms 145 dan selepasnya, no hadis 7132), …

apabila Dajjal hampir sampai ke Madinah dan terus hendak masuk, tiba-tiba didapatinya Malaikat menunggu di pintu masuk/terowong dengan pedang terhunus. Dajjal berhenti di luar Madinah dan keluar kepadanya seorang lelaki pada hari itu dari Madinah. Lelaki itu adalah sebaik-baik lelaki dan sehabis-habis soleh dan bertaqwa kepada Allah.

Apabila ia melihat Dajjal di luar Madinah, ia berkata kepada Dajjal itu: ‘Hei Dajjal! Aku naik saksi bahawa engkau itu Dajjal yang diceritakan kepada kami oleh Rasulullah SAW.’ Dajjal berkata: ‘Hei laki-laki! Kamu mesti taatkan aku atau aku belah engkau menjadi dua.’ Lelaki itu berkata: ‘Wahai sekalian manusia! Inilah dia Dajjal yang pembohong. Bila didengar oleh Dajjal perkataan itu, ia berkata kepada orangnya: ‘Apa pendapat kamu jika aku bunuh orang yang membantah aku ini, kemudian aku hidupkan dia balik, adakah kamu syak tentang dakwaan bahawa aku adalah tuhan?’ Jawab pengikut Dajjal: ‘Kami tidak syak, bahkan kami makin yakin.’

Dajjal membunuh lelaki itu, kemudian dihidupkannya kembali. Inilah yang disabdakan oleh Nabi SAW: ‘…Kemudian Dajjal itu menyeru seorang lelaki yang sangat muda. Disuruh lelaki itu mengaku Dajjal bahawa dia adalah tuhan. Ia enggan, lalu dipancung dengan pedang, dipotong dua hingga mati. Diserunya lelaki yang mati itu supaya bangkit, lalu hidup ketika itu juga. Dipanggilnya datang kepadanya. Maka orang muda itupun datang dengan berseri-seri wajahnya. Dajjal itu berkata kepada lelaki itu: ‘Hei laki-laki! Adakah engkau percayakan aku?’ Jawab lelaki itu. Demi Allah! Tidaklah engkau terlebih pandai dari aku pada hari ini.’ Kemudian dia berkata: ‘Tidak ada lagi seorang pun yang akan terbunuh selepas ku ini. Wahai sekalian mnausia! Inilah Dajjal yang pembohong itu. Sesiapa yang taatkannya, maka ia berkekalan di dalam api neraka, dan sesiapa yang tidak menurutinya, maka ia tinggal berkekalan di dalam syurga.’

Dajjal meninggalkan lelaki itu, dan kemudian ia masuk ke Syam, dalam keadaan Dajjal menyeru manusia menurutinya, ketika itulah Nabi Isa turun…hingga akhir hadis (Bahr al-Mazi j15 ms 196)

Komentar:

1. Lelaki yang dikatakan dibunuh oleh Dajjal sebagai lelaki terakhir itu keluar dari Madinah, bukannya Palestin. Adakah ini  bermakna bayi yang baru lahir ini sampai masanya ia akan tinggal atau berada di Madinah? Madinah pula dikatakan sudah mempunyai 7 terowong sebagai jalan masuk seperti dalam beberapa riwayat hadis. Inikah terowong-terowongnya yang disebut hadis itu?

2. Lelaki yang bakal dibunuh Dajjal ini bukan Imam Mahdi. Seingat saya ketika mempelajari hadis akhir zaman daripada arwah Dr Walid al-Aani, pakar hadis berasal dari Iraq yang pernah mengajar di Universiti Yarmouk, Jordan sebelum kematiannya mengatakan Imam Mahdi muncul di Mekah. Orangramai akan berbaiah kepadanya ketika musim haji.

3. Jika benar bayi yang dikatakan bercakap itu lelaki tersebut, bererti kemunculan Dajjal juga begitu hampir. Menurut beberapa riwayat, Dajjal sudah ada di sebuah pulau seperti hadis Tamim ad-Dari semenjak zaman Nabi SAW. Cuma dalam beberapa riwayat Dajjal akan muncul di Isfahan, Iran atau Khurasan. Pengikutnya yang paling ramai pula di kalangan orang Yahudi.

Kata arwah guru saya itu: ‘Orang Yahudi akan beramai-ramai pada akhir zaman nanti berkumpul di Isfahan, Iran.’ Soalnya, polisi luarnegeri Iran sekarang cukup anti-Yahudi. Bilakah sebenarnya peristiwa ini, dan benarkah tentang bayi ini? Wallahua’lam bissawab.

Komen (14)

  1. indra putra nirraja says:

    sekadar renungan mahluk bergelar insan…
    1. titip hujan mengalun atap,
    titip kasih mengalung rindu,
    manis madu sisik di santap,
    manis kata susuk hempedu.
    2. layang burung merentang angin,
    layang jiwa merentas sepi,
    karam dilaut dasaran dingin,
    karam di hati dataran api.
    3. bayang gemilang sering di impi,
    bayang sendiri tidak di peduli,
    pahat mahligai sokongan sendi,
    pahat kenangan catatan abadi.
    4. selangkah pencak melenggok tari,
    selangkah mara menggoncang naluri,
    sangka diri manusia sejati,
    sangka hidup tiada mati.
    5. putih kain selimut badan,
    putih hati selendang rohani,
    genggam erat janji tuhan,
    genggam urat ratsa kusani.
    6. janganlah membuak marah di hati,
    janganlah coretan di salah erti,
    hapuslah musuh yang bersembunyi,
    hapuslah takbur didalam diri.
    7. andainya mata dapat melihat,
    andainya dunia masih selamat,
    umurnya manusia semakin singkat,
    umurnya dajjal menjelang kiamat.
    >>>manusia yang bijak serta pandai menggunakan dan mengawal akal serta hati yang dapat menyempurna dan membezakan mahluk (manusia) tersebut dengan mahluk yang lain, sifat atau pekerti manusia itu akan menjadi lebih dungu dan lebih bebal lagi dari binatang sekiranya dibiarkan terus dikawal oleh nafsu serakah yang tidak dapat membezakan warna yang putih dan yang hitam, manusia yang bersungguh mengerjakan segala amalan dan kebajikan dengan penuh keredhoan dan keikhlasan hati yang tulus dan suci adalah hampir sama atau lebih mulia dan lebih terpuji kedudukan serta darjatnya di antara malaikat, dan mereka yang bersungguh mengerjakan segala perkara atau perbuatan menurut segala kemahuan diri (nafsu), sama ada yang di ketahui atau tidak terhadap sesuatu yang jelas memesong dan di tegah adalah hampir sama dan malahan lebih keji dan lebih hina lagi di antara mahluk yang bergelar iblis.
    >>> dan janganlah membiarkan diri ini terus tenggelam dan hanyut ditelan arus kegelapan, pimpin dan bawalah ia menyusuri jalan mencari erti serta panduan terhadap kebenaran, semoga kecahayaan kembali menyinar di dalam jiwa, yang dapat menghapus dan menentang dan menghapus segala unsur kebatilan.

  2. man says:

    sebenarnya iran bukanlah anti yahudi tetapi sekutu yahudi sebenarnya, iran anti yahudi adalah untuk mengaburi mata umat islam seluruh dunia. bandar isfahan di iran adalah pusat nuclear iran yang kebanyakan rakyatnya syih (Parsi) manakala sunnah di tindas seperti d iraq palastin dan afganistan, kekalahan sunnah d 3 tempat ini oleh amerika di bantu oleh iran yang anti sunnah. syiah seperti kita tahu adalah kaum yang kufur dan sesat. dajjal diikuti 70,000 yahudi di asfahan memakai jubah al-tayalisah (parsian shawls-jubah2 orang parsi (syiah hari ini) yang tidak berjahit rujuk sahih muslim: pemakaian imam syiah sama dengan para rambai ulama yahudi israel

  3. Pyro says:

    Salam…

    Sebenarnya berita tentang kelahiran Imam Mahdi sudah saya dengar dari khutbah solat jumaat di De Palma Hotel, Ampang.Diceritakan bahawa Imam Mahdi sudah pun lahir pada tahun 1986…sama tahun masa kejadian komet halley (kalau ingat)…itu pun juga tanda-tanda kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dulu…

    Juga diceritakan bahawa semua tanda-tanda kecil kiamat sudah pun berlaku…cuma tunggu tanda-tanda besar jee..

    Cuak gak dengar…

  4. sty says:

    salam smua…mahdi memang sudah ada cuma tahun kelahiranny byk yg salah..memang susah hendak mengenaliny sebab dia bukn target yg senang di kenali…begitu juga dng namany…Imam mahdi manusia biasa dan bukan EASY TARGET …NAMA DAN SEGALA TENTANG DIRINY..adalah rahsia…Klau ada yg bijak cuba renungkn bersama…NAMANY MUHAMMAD…LELAKI…WAJAH SEIRAS degn Junjungan Nabi Muhammad…??? Di akhirat nanti…adakah ada manusia yg serba serbi sama dngn Nabi kita…??? ? tkada yg sama seperti yg lain…semua lahir berbeza …Di sini apa yg sy hendak huraikn adalah SAMA TAPI TAK SERUPA…!!! Cuba renungkn bersama…

  5. Shah says:

    salam, dari pembacaan saya, pemuda yang bakal di bunuh oleh dajjal adalah nabi khidir a.s. wallahualam.

  6. Ustaz Nik Nasri says:

    Sumber bacaan?

  7. Nik Akhtar says:

    Salam Ustaz,

    Sekiranya benar Dajjal bakal muncul pada zaman ini, pastinya ramai umat Islam yang benar-benar beriman akan terbunuh baik oleh Dajjal dan pengikutnya ataupun melalui perang akhir zaman. Pada pandangan Ustaz, bagaimanalah kiranya mereka yang berhutang Ustaz? Sesungguhnya ramai orang telah menzalimi diri sendiri dengan berhutang termasuklah saya ustaz. Alangkah risaunya saya memikirkannya ustaz.. namun sudah tentu saya Mohon Allah melindungi kita semua daripada fitnah Dajjal. Lebih baik dibunuh daripada syirik kepada Allah. Mohon pandangan ustaz.. jika nak selesaikan hutang dalam tempoh 4 – 8 tahun ni mungkin x sempat ustaz.. paling kurang perlukan 10 tahun utk selesaikan semua. Saya mohon Allah tunjukkan jalan keluar tapi mungkin ustaz ada pandangan melalui pembacaan dan ilmu ustaz. Terima kasih

  8. Ustaz Nik Nasri says:

    hutang wajib dibayar. kalau niat sungguh nak bayar insyaAllah Allah mudahkan utk selesaikan

  9. erwin says:

    kalau benar arab saudi membela umat islam dan palestina,raja abdullah cukup dengan menghentikan exspor minyak kenegara negara produksi,insyaallah amerika g akan berkutik,israel pun akan mengangkat bendera putih,..

  10. erwin says:

    saya kira pasukan dajjal nanti orang” munafik dan sebagian lagi yahudi,kalau benar arab saudi membela umat islam dan palestina,raja abdullah cukup dengan menghentikan exspor minyak kenegara negara produksi,insyaallah amerika g akan berkutik,israel pun akan mengangkat bendera putih,..

  11. eSuriya says:

    DUNIA ISLAM & ALAM KENABIAN… Dunia Islam telah disalah fahamkan, hingga disangka Nabi Isa AS akan turun semula dari langit membunuh Sang Dajjal Al-Masikh. Itu Hadis Israeliat / Nasaniliat utk mengelirukan Dunia Islam. Zaman gemilang Yahudi dan Nasrani sudah tamad berakhir, ditutup buat selama2nya. Kesemua 25 Para Nabi sudah wafat, maka Alam Kenabian telah ditutup buat selama2nya, tidak akan diutuskan lagi bertugas semula. Kalo ada orang yg mengaku dirinya Nabi atau Rasul, ternyata dia itu Nabi Palsu atau Rasul Palsu. Hingga zaman kebangkitan Imam Mahdi Sejati, telah ramei yg mengaku dirinya Imam Mahdi. Malangnya ramei yg percaya terpedaya, walo pun dia sebenernya Imam Mahdi Palsu..

    IMAM MAHDI & ALAM KEWALIAN… Namun Alam Kewalian tetap berterusan berpanjangan. Maka keberadaan Ahlulbait Imam Mahdi AS itu diAlam Wali dibilang menjawat Qutubul Alam Akhir Zaman. Setelah kewafatan Baginda Nabi SAW, Kesatuan Dunia Islam telah retak, akhirnya pecah berderai bermazhab2 berpuak2 dsbnya. Akibatnya seperti apa yg sedang berlaku dlm Dunia Islam yg sentiasa ditindas dibunuh dirundung malang. Disamping itu dialah merangkap Muhammad Ke2, membimbing semula Dunia Islam yg sudah tonggang langgang tenggelam dilanda gelombang Fitnah Akhirul Zaman, gara2 terperangkap terjebak dgn konspirasi Yahudi Dajjal2 Illluminati dsbnya…

    DAJJAL AL-MASIKH & YAKJOD MAKJOD… Siapakah sebenernya mereka itu Sang Dajjal Al-Masikh dan Sang Yakjod Makjod…??? Dimana jua adanya itu peradaban dan tamaddun Manuisa, maka disitu adanya itu Dajjal dan pengaruh2 Dajjal. Dimana adanya itu pengaruh2 Dajjal, maka sudah pasti disitu ada juga bersamanya tentera2nya Makhluk Perosak Yakjod Makjod. Namun wajah2 dan ciri2 mereka sentiasa berubah bentuk bersesuaian dgn perubahan zaman, sehinggalah Dunia Islam sedang diambang Akhir Zaman. Maka dlm Dunia Islam jua ada itu Dajjal dan ada Yakjod Makjoda berupa Musang Berbulu Ayam, yg hidup berpura2 sereban dlm Dunia Islam. Kalo Tok Musang Berjanggut bisa dikenali terperangkap, kalo diumpan dgn cewek rupawan. Namun kelicikan Musang Berbulu Ayam amat sukar dikesan, hanya bisa dikenali oleh Imam Mahdi AS.. Allahu’alam.. Wassalam…

  12. amin says:

    Sy mengikuti hadith hadith berkaitan akhir zaman..tak perlu dijelaskan kerana ustaz lebih arif..
    Ustaz.. berkemungkinankah imam mahdi sekarang berada di israel..?firasat saya kuat mengatakan beliau berada di sana… jika ustaz berminat.. saya akan kongsikan kajian saya.namun semuanya dlm pengetahuan Allah jua

  13. Ustaz Nik Nasri says:

    boleh emailkan

  14. zulkarnain says:

    ble share dgn saya tak?? xde satu pun umat Islam sebenar yg xnak bbaiah dgn Imam Mahdi! Allahu Akbar!

Hantar Komen Anda