Ops Banjir: PAS Kemaman Hargai Sumbangan Semua Pihak

DSC_0271Alhamdulillah. Banjir yang tidak pernah dirasai setakat ini oleh penduduk Kemaman telah surut. Moga ia tidak berulang (dengan izin Allah). Kalau mahu coretkan di sini pelbagai pengalaman tentulah tidak tercoret. Sehingga tulisan ini dibuat, penduduk masih mengemas dan membersihkan rumah dan membaiki kenderaan akibat banjir besar ini. Premis perniagaan yang terlibat masih juga demikian. PAS Kemaman telah mengambil inisiatif pro-aktif termasuk melalui penubuhan ERT (Emergency Response Team) di bawah PAS Kemaman dan penggunaan radio amatur dalam menangani banjir ini. Ia amat efisyen tatkala krisis seperti ini. PAS terkehadapan dalam membantu mangsa banjir baru-baru ini. Artikel mengenainya telah keluar dalam harakah edisi cetak baru-baru ini. Mewakili kepimpinan PAS Kemaman, saya mengucapkan jutaan terimakasih tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu sepanjang operasi banjir ini. Mulai dari Presiden, Timbalan, Naib, AJK PAS Pusat, Ketua-Ketua Dewan dan AJKnya, ahli Parlimen dan DUN, Jabatan Amal, staf pejabat Harakah, pelbagai NGO dan orang perseorangan. Semuanya menyumbangkan samada tenaga, wang ringgit dan lain-lain yang kalaulah PAS Kemaman mahu senaraikan dan membalasnya tidak akan mampu. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa dan budi baik semua pihak sehingga banyak meringankan beban, bukan sahaja PAS Kemaman tetapi juga penduduk di Kemaman. Sekali lagi jazakumullahulkhair.  Slide banjir Kemaman 4-9 Dis 13

Hantar Komen Anda