Forum Isu Mesir Dan Syria Di Masjid Mizan, Kerteh

Forum Mesir Syria Masjid Mizan KertehAlhamdulillah, satu forum mengenai isu di Mesir dan Syria telah diadakan di Masjd Mizan, Kerteh pada hari Selasa 1 Oktober 2013 baru-baru ini. (Hari Selasa biasanya kuliah mingguan saya berdasarkan kitab sirah Nabi SAW NurulYaqin).

Panel forum kali ini ialah Ustaz Ridhuan Md Nor (public figure yang dikenali/aktivis NGO Muslimcare), Ustaz Abdul Malik Abdul Karim (lepasan pimpinan pelajar Mesir) dan saya sebagai salah seorang panel.

Program bermula selepas solat fardhu Maghrib walaupun kedua-dua panel tamu tiba agak sedikit lewat. Mereka dari Kuala Lumpur yang juga agak padat dengan program seperti ini.

Isu Mesir dan Syria adalah isu umat Islam sejagat. Ia juga isu kita bersama.  Alhamdulillah sambutan agak menggalakkan dari penduduk setempat dan kawasan sekitar.

Yang penting ia bukan hanya sebuah forum atau program Masjid Mizan, tetapi apa tindakan yang kita boleh buat bagi membantu umat Islam Mesir, Syria (tidak ketinggalan Palestin serta tempat-tempat lain)

Hantar Komen Anda