Khatamnya Pengajian Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf

kitab perisai bagi sekalian mukallafKitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf mula dibaca sebagai teks kuliah Maghrib mulai bulan Oktober 2008 di sebuah masjid di Kemaman, Terengganu. Kuliah secara mingguan ini berlangsung sehingga tamat bacaannya pada 4 Sept 2013 (28 Syawal 1434H) baru-baru ini.

Alhamdulillah, kitab yang pernah dipelajari dengan Tuan Guru Haji Najmuddin (Baba Din Fatani) di Pondok Kerandang, Besut sekitar tahun 1991-92 ini selesai diajar dan dibincang.

Saya tidak sempat memuatnaik (upload) kuliah ini sejak awal kerana failnya yang agak besar. Lagipun idea memuatnaik rakaman kuliah ke portal ini dan caranya agak terkemudian. Ia dimuatnaik dalam bentuk terpisah antara satu topik dengan satu topik yang boleh dirujuk di bahagian artikel: Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf.

Rakaman kuliah ini dari awal hingga akhir disimpan dalam laptop saya dengan baik. Sesiapa yang inginkan semua rakaman ini dalam bentuk mp3 boleh berhubung dengan saya.

(Ada beberapa orang yang mahukan kitab Kebagusan Undang-Undang Islam serta nota Nahu saya, belum sempat dikirimkan. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan kirimkan.)

Komen (24)

  1. hakim says:

    salam..ust blh bg no contact x..ingat nk ambik trus file kuliah..tu pun klo ust duk area selangor…skrg ni sy kt area s.alam

  2. Ustaz Nik Nasri says:

    poskan pendrive dan alamat penuh melalui email niknasrimalek@gmail.com

  3. rizal says:

    salam ustaz..sy nk jugee..

  4. Ustaz Nik Nasri says:

    emailkan saya alamat email sdr dan tolong perkenalkan sedikit ttg diri

  5. kamarazman mohd adnan says:

    saya banyak mendengar dan merujuk kuliah ust …..kalau blh amailkn juga untuk saya…syukran jazilla.

  6. muhammad says:

    ustaz.. kalau nak kena bagi pendrive ke ustaz?

  7. Ustaz Nik Nasri says:

    hantar email alamat

  8. Razali bin Hanafi says:

    Assalamu’alaikum ustaz..
    Boleh saya dapatkan rakaman kuliah kitab tersebut..

    Sukran jazilla

  9. Ustaz Nik Nasri says:

    emailkan kepada saya, beri nombor telefon

  10. shah says:

    Salam ustaz. apa kabar?

    Adakah saya masih berkesempatan untuk mendapatkan rakaman kuliah ini ustaz?

    Jazakallah ustaz

  11. Ustaz Nik Nasri says:

    Boleh

  12. mi says:

    salam ustaz. saya nak rakaman kuliah ini boleh ke

  13. usin says:

    nik husain nik long

    guru jqaf sarawak.

  14. fadhil says:

    ass.wr.bth ustaz. saya nak minta rakaman kuliah ini boleh ke? macamana caranya?

  15. Ustaz Nik Nasri says:

    Nik Muhammad Nasri Nik Malek shared “kuliah mp3 kitab Perisai bagi Sekalian Mukallaf Ust Nik Nasri”: https://onedrive.live.com/redir?resid=1D479D81A3721879!1803&authkey=!AN8wZrZMrGNC4RY&ithint=folder%2c.mp3

  16. Ahmad Kamal Bin Said @ Ismail says:

    Assalamualaikum Ustaz, Saya klik link untuk shared mp3 di onedrive tapi kosong la Ustaz.. Boleh ustaz upload balik atau ada cara lain untuk saya dapatkan siri kuliah ustaz ni. Ianya utk saya buat salinan dan akan saya dengarkan di kedai motosikal adik saya di Pekan Pahang sebab ramai budak2 muda leoak kat situ…

    terima kasih ustaz.

    Semoga Ustaz sentiasa dirahmati Allah dan mendapat kurniaan keredhaanNya…. Aamiin

  17. Ustaz Nik Nasri says:

    nanti check balik

  18. Assalam Ustaz, Mungkin Ustaz kena bagi permission kat email saya untuk view dan download.

    Thanks

  19. Ustaz Nik Nasri says:

    onedrive ada perubahan storage. Kalau nak rakaman kitab, kena email kepada saya

  20. Irfan says:

    Ustaz sy berminat masih ade boleh lagi ker
    irfan0133324028@gmail.com

  21. Aizam says:

    Ustaz sya inginkan rakaman ini ustaz… Emel sya aizamuddin99@gmail.com

  22. Muhd khalil says:

    Assalamu’alaikum… Ustaz, sy berminat utk dapatkan rakaman kuliah kitab ini.

Hantar Komen Anda