Wang Ihsan Kelantan: Munafiqnya UMNO!

Surah-MunafiqunNabi berpesan mengingatkan kita tentang ciri-ciri nifaq: ‘Tanda munafiq itu 3, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir janji, apabila ia diberi amanah, ia khianat.’

Kelantan telah lama meminta kerajaan pusat, BN memberikan hak mereka dalam bentuk royalti dari hasil minyak. Asakan dan permintaan itu akhirnya diperkenankan oleh Najib, tetapi hanya dalam bentuk wang ihsan, bukannya royalti yang sepatutnya.

Ketiga-tiga ciri nifaq itu jelas melalui ucapan Najib dan ucapan pemimpin UMNO terutamanya dari Kelantan. Mereka berdusta apabila mengatakan Kelantan hanya layak menerima wang ihsan, dan bukannya royalti. Mereka mungkir janji kerana perjanjian bertulis yang dibuat tidak seperti itu. (Baca: Petronas Jangan Tipu Rakyat Kelantan dan Royalti PAS cabar pusat rujuk perjanjian petroleum 1974). Mereka juga mengkhianati amanah apabila tidak memberikan royalti itu sebagai amanah melalui kerajaan PAS Kelantan yang dipilih rakyat.

Lengkaplah kemunafiqan UMNO dan pemimpinnya.

Komen (2)

  1. [...] hanya reaksi Tok Guru terhadap tindakan Najib yang zalim. Kelantan yang sepatutnya mendapat royalti dinafikan hak tanpa ada rasa malu dan bersalah oleh Najib. Justeru, doa Tok Guru hanyalah ibarat [...]

  2. [...] Sekat bantuan, peruntukan, royalti, khianati negeri sendiri adalah tindakan zalim dan jahat pemimpin UMNO sepanjang zaman. Mereka berbohong, khianat amanah, langgar janji-itu ciri-ciri munafiq. Perkara ini saya sebut dalam artikel saya: Wang Ihsan Kelantan: Munafiqnya UMNO!. [...]

Hantar Komen Anda