Jadi Hamba Allah, Dunia Datang Bersembah

dunia dtg khidmatDalam 2 hadis qudsi, Allah berfirman kepada dunia. Satu darinya arahan Allah kepada dunia supaya datang berkhidmat kepada mereka yang mengabdikan diri kepada Allah.

Dengan kata lain, dunia datang dan mereka ini menjadikan dunia sebagai ladang dan jambatan kepada akhirat.

Mereka yang menjadikan dunia sebagai matlamat akhirnya akan menjadi hamba dunia.

 

 

dunia pahitDalam satu hadis lagi, Allah berfirman kepada dunia supaya menjadi sedikit pahit kepada orang yang Allah kasihi.

Ini menjadikan mereka tidak terpedaya dengan dunia dan tahu bahawa semua nikmat dunia itu hanya sementara sahaja. Akhirat juga yang kekal.

Huraian kepada 2 hadis ini boleh diikuti di sini khususnya pada hadis ke 194 dan 195.

Hantar Komen Anda