Kembara Ilmu 2: 10 bulan belajar asas Bahasa Arab di pondok Siliau

Pondok Tuan Hj AliDalam Kembara Ilmu 1 sebelum ini, saya menceritakan tentang minat saya yang mendalam kepada bahasa Arab sehingga meninggalkan UKM.

Saya dan bersama beberapa orang sahabat dari UKM (sekitar 1988) belajar tatabahasa Arab (Nahu dan Saraf) di Pondok Tuan Hj Ali, Kg Siliau, Rantau, N.Sembilan. Ketika itu cuti semester panjang. Kebetulan bulan itu Ramadhan. Sebelum 1 Syawal, semua pelajar akan pulang, termasuk kami yang datang sementara waktu untuk belajar bahasa Arab di situ. Arwah Tok Guru Tuan Hj Ali pernah berkata ketika mengajar kami: ‘Kalau dapat seorang sahaja dari kamu ni untuk tinggal di sini, cukup dah’ Mungkin beliau melihat kami begitu cepat dan mudah memahami apa yang diajar. Dan memang saya sendiri cukup tertarik dengan kaedah pengajaran Tatabahasa Arab itu. Mudah difahami.

Saya solat Istikharah. Akhirnya saya membuat keputusan untuk terus belajar di situ nanti dan meninggalkan Fakulti Sains Fizis Gunaan, UKM. IPU juga ditinggalkan. Presiden PMUKM ketika itu Ustaz Idris Ahmad (sekarang Ketua Penerangan PAS Pusat) tidak lagi dapat bertandang ke bilik saya di Asrama Dato’ Onn seperti dahulu. Sahabat-sahabat juga ramai yang ditinggalkan. Saya tidak menyesal. Walaupun ibu pernah berkata: ‘Kalau habiskan dahulu pengajian di UKM tu lagi baik.’ Saya cuma berfikir kalau saya habiskan ijazah pertama di UKM, saya akan berfikir untuk bekerja pula, dan kemudian berkahwin. Peluang belajar seperti ini tidak selalu datang. Justru saya nekad dengan niat saya. Ada beberapa teman dari UKM yang mengajak saya kembali ke UKM. Saya tolak. Biarlah saya dengan keputusan saya. Bapa hanya berkata: ‘Buatlah, janji perkara itu baik.’

Selepas Syawal saya terus tinggal disitu. Bermula satu kehidupan yang berbeza dari kehidupan di kampus di UKM. Makan minum cukup sederhana. Suasana juga jauh dari hiruk-pikuk kampus. Dalam kawasan ladang getah, ditambah dengan kawasan ‘jin’ (?), saya melalui satu pengalaman baru.

Tempoh keseluruhan belajar di Pondok Tuan Hj Ali yang dikenali sebagai Madrasah ad-Dhuafa’ wal-Masakin ialah mulai 20 Apr 1988 sehingga 2 Jan 1989. Kalau dipecah-pecahkan, maka 4 bulan pertama belajar ‘Undang-undang Nahu’ dan I’rab al-Quran. 2 buah kitab dihadam dan dilumatkan sungguh-sungguh iaitu yang dikenali di kalangan pelajar pondok ‘Syarah Mukhtasar Jiddan‘ yang dipelajari selama 3 bulan, termasuk kitab Matan Maqsud, imla’ serta insya’.

Rutin seharian ialah solat subuh berjemaah. Awal pagi persiapan diri dan mengemas kawasan sekitar pondok. Jam 9 hingga 10 pembelajaran ‘Undang-undang Nahu’ dan I’rab al-Quran. Masa selepas itu untuk ulangkaji. Selepas Maghrib, meratib hingga ke Isya’. Tariqat Ahmadiah sangat terkenal di N.Sembilan. Kemuncak ‘Ya Latif‘ bergema di tengah kawasan ladang getah itu. Lepas Isyak, Tuan Hj Ali mengajar tasauf. Tanpa kitab, beliau hanya membuat lakaran (peta minda?) di papan hijau, lalu mensyarahkan apa yang dilakar. Sepanjang berada di pondok itu, beberapa kali peristiwa luarbiasa berlaku. Karamah kah? Wallahu a’lam.

Kalau dikira, sebenarnya saya hanya mengambil 150 jam untuk mempelajari ‘Undang-undang Nahu’ itu, kemudian i’rab ayat-ayat al-Quran sehingga lancar. Tok Guru Tuan Hj Ali akhirnya menulis satu perenggan cerita atau hadis dalam bahasa Arab tanpa baris. Disuruhnya saya i’rab, baca dengan betul dan terjemah. Kata Tok Guru: ‘Haa tu dia. Kalau dah dapat baca dan buat macam tu, Nahu Saraf jalan lah tu. Nahu Saraf ni macam ayah dan ibu. kalau ada ayah dan ibu baru ada anak. Tak ada ayah dan ibu, mana boleh ada anak.’

Kaedah ini menjadikan penguasaan asas bahasa Arab begitu cepat. Mungkin ada orang lain yang mempelajari bahasa Arab dengan cara lain. Tetapi dari pengalaman inilah, saya Alhamdulillah mempunyai asas bahasa Arab dan jika dibandingkan dengan seorang sahabat yang belajar di pondok Pasir Tumbuh ketika itu, tempoh saya belajar dengan penguasaan demikian jauh lebih singkat daripadanya.

Kaedah inilah sekarang ini saya ajarkan kepada murid-murid dewasa saya di Kerteh, dan dahulunya di Cukai, Kemaman ini. Ada di kalangan mereka yang cepat belajar dan memahami, tinggal lagi komitmen kerja dan belajar hanya sejam seminggu menyebabkan penguasaan agak lambat.

Tempoh berada di pondok Tuan Hj Ali rasanya sudah mencukupi. Asa Bahasa Arab sudah cukup baik. Ilmu lain banyak lagi perlu dipelajari. Saya Istikharah lagi. Kali ini untuk meninggalkan pondok Tuan Hj Ali dan terus mencari ilmu di tempat lain…. Bersambung ke Kembara Ilmu 3

Komen (33)

  1. [...] ilmu diteruskan lagi. Selepas mendapat pengajian asas tatabahasa Arab di Pondok Siliau, Negeri Sembilan, saya mendengar khabar tentang sebuah pondok di Pengkalan Hulu, Perak. Dahulunya [...]

  2. [...] ke Jordan berbekalkan ilmu dari 3 buah pondok (Pondok Tuan Hj Ali, Kg Siliau, Rantau, N.S, Pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu, Perak dan Pondok al-Falahiyyah, Besut, [...]

  3. siti says:

    sy b’mnt ingin kan alamat yg t’perinci pondok tuan hj ali, siliau n no fon yg b’kenaan

  4. wahid says:

    salam ust, boleh tak saya minta nota yang digunakan oleh ust mengajar nahu n soraf ini jika tidak berkeberatan.

  5. Ustaz Nik Nasri says:

    boleh, hantar nama dan alamat melalui email

  6. sofi says:

    salam ust..saya ingin blaja bahasa arab sert dpt mndalami bahasa arab..ust..boleh saya dptkan nota nahu n soraf juga?

  7. supriyanto says:

    ust.kalo boleh saya minta nota yang digunakan oleh ust mengajar nahu n soraf. jazakallohu khoiron

  8. Ustaz Nik Nasri says:

    emailkan saya alamat sdr

  9. dzul says:

    assalamualikum ustaz.. nk tye ustaz duk di kemaman ke? sy tgh cari tempat utk belajar bahasa arab di sekitar kemaman.. blh ustaz syorkan & bleh ustaz balas ikut email saya deez30987@gmail.com spaya dpt penerangan y lbh terperinci. sekian

  10. Mohd Yunus says:

    salam ustaz setelah pemergian tuan guru hj ali ustaz mana yg ambil alih.. anak beliau ke? saya bekas pondok disitu..

  11. Ustaz Nik Nasri says:

    tiada maklumat

  12. amalina says:

    assalamualaikum…ustz,blh sy mnta nota nahu dan sorof?syukran..

  13. Ustaz Nik Nasri says:

    boleh insyaAllah, masuk email saya hantar nama dan alamat

    niknasrimalek@gmail.com

  14. ain says:

    assalamualaikum.ust, adakah pondok haji ali terima pelajar muslimat?bagaimana nk hubungi bah pondok ye?hrp sudi membantu

  15. Ustaz Nik Nasri says:

    maaf, saya sudah tinggalkan pondok ini semenjak lebih 20 tahun, tiada maklumat

  16. Khairul Rizal says:

    Pondok siliau dah x wujud dah. Hanya tinggal ilmu di dada anak muridnya sahaja. – Saya bljr dari 1990 – 1994

  17. Muhd Firdaus Fauzi says:

    Assalam ust… blh sy mtk jga nota yg digunakan ust bljr nahu sorof jika tidak keberatan? Jazakallah

  18. Ustaz Nik Nasri says:

    boleh

  19. mohd says:

    salam ustaz, saya berminat nak belajar bahasa arab juga. blh sy mtk jga nota yg digunakan ust bljr nahu sorof jika tidak keberatan? Jazakallah

  20. Ustaz Nik Nasri says:

    emailkan maklumat di niknasrimalek@gmail.com

  21. Ustaz Nik Nasri says:

    emailkan maklumat ke niknasrimalek@gmail.com

  22. ??????????? ?????????? ?????????? ????? ?????????????
    ?????? ????? ??????????? ???????????
    ????????? ??????? ????? ??????????????

    bershukur ke hadrat Allah swt kurniaan yang terbaik kepada sahabat kami al fadhil Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek
    rasa bertuah sangat dapat mengenali Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek kat ukm tahun 1987-90an dulu.

    cuma saja sikit, berkenaan “Presiden PMUKM ketika itu Ustaz Idris Ahmad” .. sejauh mamu ingat Ustaz Idris Ahmad Presiden ISIUKM kot (PMIUKM) – tiada kena mengena dengan gerakan pengganas ISIS,
    ????????? ?? ????
    ?????????????
    sekian terima kasih

    ??????? ???? ???????? ????????? ??????? ????????? ???????? ???????? ???????? ????????
    ????? ???? ???????
    ikhlas, mamu jh

  23. Ustaz Nik Nasri says:

    terimakasih sahabatku saudara Jamal atas ingatan

  24. Muhammad Afiq Azri says:

    assalamualaikum ustaz,nama saya Muhammad Afiq Azri,saya lepasan spm, saya berminat untuk belajar bahasa arab tetapi tidak tahu nak mula dari mana? bole ustaz kongsi pengalaman atau nota untuk saya jadikan rujukan,sekian.Jazakallah kair..

  25. tarmizi says:

    Assalamualaikum Ustaz. Saya berminat belajar bahasa arab peringkat asas. Dimana saya boleh belajar disekitar Kemaman.

    Ust Nik: Saya mengajar tetapi sudah agak jauh pelajarannya

  26. Nur Naeilah says:

    assalamualaikum ustaz, jika tidak keberatan boleh saya dapatkan nota dr ustaz untuk mempelajari nahu dan sorof? syukran

    boleh

  27. Faddly bin Kamarudin says:

    assalamualaikum ustaz, jika tidak keberatan boleh saya dapatkan nota dr ustaz untuk mempelajari nahu dan sorof? syukran

  28. Faddly bin Kamarudin says:

    assalamualaikum ustaz, jika tidak keberatan boleh saya dapatkan nota dari ustaz untuk mempelajari nahu dan sorof? Syukran

  29. Assalam utz,jika utz sudi boleh saya dapatkan nota nahu dan sorof?

  30. Syed mohd bakri says:

    Assalamualaikum ustaz. Boleh ke saya nak nota pengajaran nahu sorof tu?

    Saya dahulukan ucapan jazaakallah khairan jaza.

    email saya pusyed@yahoo.com

    nanti saya upload untuk semua insyaAllah

  31. Ustaz Nik Nasri says:

    nanti saya upload untuk semua insyaAllah

  32. Ahmad syauqi mohd kamaruzaman says:

    Assalamualaikum ustaz sy nak belajar …harap ustaz sudi bantu sy

    waalaikumussalam, boleh bantu macamana ya?

Hantar Komen Anda