Khutbah: Lahir Rasulullah, Tegak Keadilan Dan Sifat Amanah

Maulid(kemaskini  12 Dis 2016) Lahirnya Muhammad bin Abdullah. Di saat Semenanjung Tanah Arab dan dunia dipenuhi jahiliyyah. Manusia tidak tahu cara beribadah. Yang kuat menerkam yang lemah. Yang kaya menindas si miskin dan menghisap darah. Pelbagai berhala disembah. Ketika umur Muhammad SAW mencapai 35 tahun, dibina semula Kaabah. Qabilah Arab merasa berhak meletak Hajar al-Aswad lalu berbalah. Nabi menjadi penyelesai masalah. Seorang yang mulia penuh amanah. Keadilan ditegak, kezaliman disanggah.  ’Sesiapa bina kolam tak jaga dengan senjata, kolamnya diroboh. Sesiapa tak buat zalim, dia akan dizalimi’ ini syair jahiliah. Nabi lahir membanteras sistem jahiliah, tegakkan al-hakimiyyah lillahi wahdah. Sempena maulidnya, saya berkhutbah seperti di bawah:

lahir Rasulullah, tegak keadilan dan amanah (919)

Hantar Komen Anda