Maksud Hadis ‘Redha Allah Sebagai Tuhan, Islam Sebagai Deen, Muhammad Sebagai Rasul’

redha Allah sebagai TuhanImam Muslim meriwayatkan satu hadis bermaksud ‘Seorang akan merasai manisnya iman apabila ia redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai deen dan Muhammad sebagai Rasul.’ Dari segi bahasa, apabila disebut: ‘radhitu bisyyai’ (Saya redha dengan sesuatu) ertinya memadai, mencukupi dan tidak mencari bersama sesuatu itu yang lain darinya. Oleh itu makna hadis ialah:  ’Seseorang itu tidak mencari selain Allah Taala, tidak menjalani satu jalan melainkan jalan Islam, tidak melalui melainkan  perkara yang selaras dengan syariat Muhammad SAW.’ Sesiapa yang mempunyai sifat-sifat ini, dia akan merasa lazatnya iman dalam dirinya. Al-Qadhi Iyad berkata: ‘Makna hadis ialah benar imannya, dirinya menjadi tenang, sebati dalam dirinya kerana redhanya dengan perkara-perkara yang disebut menjadi dalil benar makrifatnya, dalam pandangan mata hatinya dan bersebati sifat itu dalam hatinya, kerana mereka yang redha dengan satu perkara, mudahlah baginya mendapatkan apa yang ia ingini. Demikianlah seorang mukmin, apabila iman masuk ke dalam hati, mudahlah baginya untuk taatkan Allah Taala dan merasai lazat dengannya.’ Syarah hadis Muslim oleh Imam Nawawi j 2 ms 193. Saya huraikan perkara ini dengan lebih panjang di sini dan di sini

Hantar Komen Anda