Fahami Ayat Tok Guru Sebelum Jadikan Tajuk Berita

tok guru bersampanBeberapa media termasuk Sinar Harian dan media rasmi PAS harakahdaily meletakkan tajuk ‘Presiden PAS sedia tanding di Pekan’ sebagai tajuk utama hasil dari ulasan spontan Tok Guru bila ditanya media sama ada kekal bertanding dua kawasan, Dun dan Parlimen selepas Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum (PRU13) Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Rusila. Beliau menjawab: “Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang ke… atau Pekan, termasuklah, jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya bertanding di Pekan,”

Kalau dilihat kepada jawapan Tok Guru itu, fokusnya ialah ‘ikut keputusan parti’, bukan Marang atau Pekan. Kalau congak politik sebagai orang kampung pun, tentu secara mudah dijawab Tok Guru tentu akan pertahankan Parlimen Marang. Orang PAS yang faham pun tentu dengan santai sambil menghirup kopi akan sebut ‘Marang lah boh’.


Justeru, saya tak fikir  Tok Guru akan menyerahkan lehernya untuk disembelih oleh Najib di Parlimen Pekan, melainkan jika BN melalui SPR benar-benar telus dalam daftar pemilih yang ada. Pergilah ke Pekan atau tanya orang Pahang. Siapa pengundi di Parlimen Pekan. Najib menang PRU yang lepas pun dengan bantuan siapa? Kalau daftar pemilih telus, bukan sahaja Tok Guru, bahkan barangkali ramai yang berminat menawarkan diri bertanding di situ dan di tempat lain.

Sekali lagi ayat Tok Guru yang mesti difokus ialah ‘saya ikut keputusan parti’. Dan inilah yang saya rasakan mesej yang ingin disampaikan oleh Tok Guru supaya sesiapa pun dalam PAS ini tidak terlajak dengan membuat keputusan sendiri dan menganggap diri itu sudah hebat. Walaupun Tok Guru sendiri sudah berada di kerusi presiden tapi masih mengungkapkan ayat ‘saya ikut keputusan parti’.

Kalau Sinar Harian, mungkin kita faham kenapa ia dijadikan tajuk demikian, tapi kalau keluar dalam media rasmi PAS, saya pun tak fahamlah.

Komen (1)

  1. hjli says:

    salam, tq ustaz kerana prihatin terhadap ucapan Tok Guru. Tumpang tak faham sama, mungkin media rasmi PAS kurang mesra dgn Tok Guru…….tetapi lebih mesra dgn yang lain.

Hantar Komen Anda