Khutbah Eid al-Adha 1433H Presiden PAS

masjid rusila 1982Sinopsis: Eid al-Adha atau hari raya haji/korban adalah satu lagi hari raya bagi umat Islam selain Eid al-fitr. Hari Raya bukan sekadar untuk bergembira dengan cara yang bercanggah dengan syarak tetapi ia adalah satu bentuk penghayatan buat umat Islam dalam meneladani para Nabi, samada Nabi Muhammad SAW atau datuk-neneknya Nabi Ibrahim dan Ismail serta yang lain alaihimussalam. Nabi Ibrahim yang menjadi abu al-anbiya’ atau bapa kepada para Nabi yang memang layak dengan status itu setelah mengharungi pelbagai ujian dan cabaran dalam hidup beragama tauhid ini. (Gambar Hiasan: Masjid Rusila 1982M)

Khutbah Eid al-Adha DSTG Presiden PAS ini disebarkan di sini sebagai bahan khutbah buat para khatib sempena kedatangan Eid al-Adha 1433H nanti:

خطبة عيد الأضحى 1433ه (1461)

Komen (1)

  1. H u s n i says:

    Kenal-kenal akan diri mu,
    kias ibarat hendaklah tahu,
    kelak pulang mu tha’riq yang satu,
    ke hadrat Ilahi akan ma’rifah mu.

    Bukan susah bukanlah payah,
    kalau iradatnya disiram sudah,
    jangan ditunggu jangan dilengah,
    pasrah dirimu biarpun punah.

    Kenal-mengenal biarlah selalu,
    ingat-mengingat jangan kau jemu,
    kelak hatimu bagaikan perindu,
    tiada henti dayu-mendayu.

    Berserah-serah jangan kepalang,
    biar luruh daging tinggalnya tulang,
    jangan kau toleh lagi ke belakang,
    kelak ke temu pandang-memandang.

    Selalu ku ingat selalu ku pesan,
    hidup ini sebagai insan,
    menyelam jauh di lubuk keinsanan,
    supaya bersujud di hadrat ketuhanan.

    Lahaulawala Quwwata.

    Salam ‘Eid Al-adha dan Salam Ma’al Hijrah.
    Akram Husni bin Ahmad.

Hantar Komen Anda