Istiazah: Berlindung Dgn Allah Drpd Syaitan Yg Direjam

doa pendindingDiriwayatkan bahawa Muhammad bin Wasi’ membaca doa berikut setiap pagi selepas solat Subuh:

” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau menaqdirkan kami menghadapi musuh yang sangat memahami kelemahan kami. Ia dan kumpulannya melihat kami sedangkan kami tidak melihat mereka. Ya Allah! Engkau jadikan mereka putus asa menggoda kami sepertimana ia berputus asa dari rahmatMu. Haramkan ia bagi kami sebagaimana Engkau haramkannya dari keampunanMu. Jauhkan kami darinya sepertimana Engkau jauhkan mereka dari rahmatMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.”

Beliau menyebut pada suatu hari sewaktu beliau hendak ke masjid, muncul Iblis di hadapannya. Iblis berkata: “Wahai anak Wasi’! Engkau kenal aku?” Muhammad menjawab: “Siapa engkau?” Jawab Iblis: “Aku Iblis” Muhamad bertanya: “Apa yang kamu mahu?” Jawab Iblis: “Aku mahu engkau jangan ajarkan sesiapa doa pendinding itu dan aku berjanji tidak akan mengganggumu.” muhammad bin Wasi’ menjawab: “Demi Allah! Aku tidak akan halang sesiapa pun hendak mempelajarinya. Buatlah apa yang engkau mahu.”

(petikan dari Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah, Fathi Yakan ms 91-92)

Saya kuliahkan tajuk ini dalam huraian surah al-Fatihah

Komen (1)

  1. Jazzakallah ya ustaz, masa kuliah ustaz di Surau Tmn Geliga Intan saya tak sempat nak snap gambar. Moga bertemu di kuliah akan datang.

Hantar Komen Anda