Arkib » 2019

‘Negeri yang baik, dan Tuhan Yang Maha Pengampun’: Rakaman Audio Siri 5 (1 Feb 19)

05-02-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur Nik Nasri‘Negeri yang baik, dan Tuhan Yang Maha Pengampun’ , itulah tajuk yang dikemukakan kepada saya untuk dikupas yang disiarkan oleh radio Manisfm sepanjang tahun 2019 setiap Jumaat jam 8-9 pagi. Siri ini yang dibuat secara rakaman menyentuh tentang asal frasa ‘baldatun tayyibatun’ itu, kisahnya, kemudian ciri penting negeri yang baik, contoh pemerintahan negeri yang baik dari Nabi dan khulafa arRashidin (Abu Bakar, Umar, Usman, Ali radhiallahu anhum).

Saudara boleh mendengar kupasan ini di radio Manisfm pada jam tersebut. Saya juga menyertakannya di sini bagi siri yang sempat saya rakam dari Manisfm itu bagi sesiapa yang tidak sempat mengikutinya langsung dari Manisfm.

Kita mendoakan kebaikan negeri Terengganu Darul Iman ini dan negara Malaysia yang tercinta ini.

002-baldatun-konsep Adil 11 Jan 19

003-baldatun-berlaku Adillah 18 Jan 19

004-baldatun-sifat adil 25 Jan 19

005-baldatun-bbrp kisah dahulu ttg niat utk zalim 1 Feb 19

 


World Hijab Day: Pelajarilah surah an-Nur

01-02-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

world hijab dayRAMAI wanita bernama Nur atau Nor atau Noor. Ditambah pula dengan nama-nama lain dibelakangnya. Nur itu cahaya. Cahaya membawa erti menerangi, bersinar, menunjuk. Tapi tidak ramai yang bernama Nur itu mempelajari surah an-Nur dan menghayatinya. Nabi memberitahu para Sahabatnya ‘..ajarkan surah an-Nur itu kepada perempuan di kalangan kamu..’.

Saya menyokong World Hijab Day dan semua program Terengganu Hijab Day. Hijab bukan sekadar menutup atau membalut tetapi ia mempunyai sifat dan syaratnya. Kalau tidak masa kan datang hadis yang menyebut ‘Perempuan yang berpakaian tapi bertelanjang’ (yang menjadi penghuni neraka).

Hijab juga adalah lambang kehormatan seorang wanita, yang menjadi sebab juga untuk masyarakat menjadi baik.

Saya telah mengambil inisiatif mengajar surah an-Nur ini. Mengambil inisiatif pula merakamkannya sendiri. Mengambil inisiatif lagi dengan menguploadkannya di portal ini. Tugas dan inisiatif dari diri anda hanyalah mendengar atau mendownload surah ini dan memahaminya.

Ringkasan surah an-Nur:

Dinamakan surah an-Nur kerana ia menerangi jalan kehidupan bermasyarakat, dengan diterangkan adab-adab dan kelebihan perkara tertentu, memperundangkan sesuatu hukum, ditambah dengan ayat ‘Allah itu Cahaya langit dan bumi..’ (iaitu cahaya dengan makna menerangi).

Kandungannya:

Surah ini mengandungi hukum-hakam penting tentang kekeluargaan. Membina sistem keluarga di atas landasan yang teguh. Memeliharanya dari perkara yang merosakkannya. Memfokuskan supaya menyusun keluarga dengan betul dan menjaganya dari runtuh.

(more…)


Julung Kali Usrah Di Pejabat MB Terengganu

28-01-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

diskusi pejabat MB TerengganuPAGI Ahad 27 Januari 2019, buat kali pertama diskusi dalaman (yang juga boleh disebut usrah dalam gerakan Islam) melibatkan staf Pejabat Menteri Besar dibuat di bilik mesyuarat, Pejabat MB Terengganu di Wisma Darul Iman.

Cadangan asal ialah menggunakan buku tulisan DSTG Presiden PAS mengenai pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, bermula dari Saidina Abu Bakar. Namun, oleh kerana buku tersebut yang sukar didapati di pasaran sekarang, maka satu tulisan akademik mengenai bentuk pemerintahan Abu Bakar dibincangkan.

Saya ucap terima kasih kepada YAB Dr Ahmad Samsuri, MB Terengganu yang bersedia meluangkan masa untuk bersama-sama walaupun dalam keadaan jadual yang sangat padat. Antara pandangan yang dikongsi oleh YAB MB ialah bahawa undang-undang tubuh negeri ini menjadikan Quran, hadis, Ijmak dan Qias sebagai teras.

(more…)


Prinsip ‘Rahmatan lil Alamin’ dalam Siasah Syariyyah

13-01-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Rahmatan lil AlaminSaya membuat sedikit catatan dari pembentangan kertaskerja oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dalam Liqa Fikri PAS Pusat di bawah tajuk di atas.
Tema Islam silih berganti. Slogan ini tidak kosong, ada agenda bertindak di sebaliknya. Justeru, ahli PAS mesti faham perkara ini.
Istilah rahmat disebut oleh Allah dalam Quran. Makna sebenar hanya diketahui oleh Allah dan Rasul. Tafsiran ulama merujuk kepada sumber asal. Tafsiran terbaik ialah Quran menafsirkan Quran, kemudian Hadis dan lain-lain.
Dalam Quran, rahmat bermaksud dan merujuk kepada:
1-sifat2 Allah-pengasih, penyayang.
2-kenabian
3-ajaran Islam
4-Quran
5-kebaikan di dunia dan akhirat utk org beriman-lapang, senang, selamat, rezeki, menang atas musuh, selamat dari susah, hujan, kasih sayang yg ikat antara mereka, pemberian, syurga, keampunan, taufiq, keimanan, hikmah
6-kebaikan utk org tak beriman dgn mendapat perlindungan yg dijamin oleh kerajaan Islam.


65 Tajuk Kuliah Di Sini / Lebih Dari 6000 Siri / Rakaman Mulai 2006-2019

10-01-2019 | Kategori Artikel: Koleksi Audio MP3 | 22 Comments

kitab Ustaz Nikkemaskini 15 Jan 2019 (9 JamadilAwwal 1440H):  Saya susun balik rakaman kitab-kitab dan kuliah yang saya muatnaikkan di sini. Termasuk juga rakaman kuliah yang telah selesai dibuat. Ada 19 buah kitab yang sedang aktif di’kuliah’kan:

1. Fiqh Manhaji Jilid 2    2. Tafsir surah aali Imran    3. Hadis BahrulMazi (Jilid 18)  4. Hadis Riadhussalihin jilid 2     5. MinhajulAbidin jilid 2    6. Fiqh Manhaji (Ibadah)   7. Ringkasan Berfaedah Menghuraikan Permata Tauhid jilid 1 dan 2   8. Al-Muhazzab min Ihya (Ringkasan Ihya’ Ulumiddin) jilid 2   9. Fiqh Manhaji Jilid 7 (Muamalat)   10. AtTazhib fi Adillati Matan Ghayah watTaqrib     11. MunyatulMusalli    12. Taujihat Nabawiyyah Di Jalan Dakwah  13. Hadis 40    14. AdDurruthamin (Aqidah Tauhid)    15. 40 Hadis Terpilih Pelbagai Aspek    16. Iman Dari Kitab Hadis Muslim  17. Kebagusan Undang-Undang Islam    18. FathulMuin (Fiqh Shafie)   19. Penyakit Ikhlas Dan Rawatan.

Kitab/Topik yang sudah khatam dibaca (43 buah), tetapi ada beberapa kitab yang terpaksa dipadamkan audionya kerana masalah ruangan dalam portal:

(more…)


Audio MP3 Lengkap Kitab Al-Muhazzab min Ihya i Ulumiddin Jilid 1 Dan 2

07-01-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

Al-Muhazzab min ihya-ulumiddin jiid 1-211x300almuhazzab-min-ihya-i-ulumiddin-jilid-2-204x300Kitab Ihya i Ulumiddin ( Ihya-Menghidupkan, Ulum-pelbagai ilmu, adDin-Agama Islam) adalah antara karya hebat Imam al-Ghazali. Pro dan kontra tentang kandungan, termasuk hadith-hadith di dalamnya melahirkan banyak kitab syarahan, ta’liq dan takhrij hadith, komentar dan ringkasan darinya.

Kuliah MP3 Al-Muhazzab min Ihya jilid 1 lengkap

Kuliah MP3 Al-Muhazzab min Ihya jilid 2 lengkap

Di antaranya ialah al-Muhazzab min Ihya i Ulumiddin (Ringkasan dari Ihya) yang diusahakan oleh Sheikh Saleh Ahmad as-Shami semenjak tahun 1911M. Beliau membuat ‘pembersihan ‘ terhadap penulisan Imam al-Ghazali itu dengan memfokuskan kepada kandungan, ayat al-Quran, hadis dan penerangan yang dipersetujui oleh para ulama teramai. Akhirnya lahirlah ringkasan itu dalam 2 buah jilid. Setiap satu jilid dengan sekitar 500 mukasurat.

Saya menjadikan kitab ini sebagai teks kuliah pagi di sebuah syarikat di Kemaman. Jilid 1 sebanyak 237 siri diajar mulai  9 Oktober 2009 hingga selesai pada 23 Mei 2012 jam 10.20 pagi. Sementara jilid ke 2  mulai 30 Mei 2012 hingga 19 Sept 2018 dengan 319 siri . Alhamdulillah. Saya kongsikan dengan anda yang berminat mendengar dan memahami kitab ini.


  Newer Entries »