Arkib » 2019

Khutbah: Bil 01/2019: Iktibar dari pembangunan zaman lampau (11 Jan 2019)/ 5 J.Awal 1440H)

17-01-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Khutbah Presiden PAS 2016/17/18 | 1 Komen

Ustaz Nik Nasri bersama DSTG Haji Abdul HadiLajnah ICT Dan Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu sesi 2017-19 dengan kerjasama Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan berusaha menerbitkan khutbah Jumaat terutama dari Masjid Rusila yang disampaikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (terengganukini.net) dalam bentuk teks bertulis.Tugasan ini diamanahkan kepada ustaz Zakaria Dagang. Jazakallahukhairankathira. InsyaAllah cadangan teks juga dari pihak Lajnah dikemukakan sebagai alternatif menurut kesesuaian suasana dan kesempatan waktu. Bagi para khatib di dalam dan luar Terengganu dan mereka yang ingin mengambil manfaat dari khutbah-khutbah Jumaat ini dipersilakan.

Teks (pdf) Khutbah Jumaat TGHH Dari Masjid Rusila.

Terbaharu: Bil 01/2019: Iktibar dari pembangunan zaman lampau (11 Jan 2019)

.

(more…)


Prinsip ‘Rahmatan lil Alamin’ dalam Siasah Syariyyah

13-01-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Rahmatan lil AlaminSaya membuat sedikit catatan dari pembentangan kertaskerja oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dalam Liqa Fikri PAS Pusat di bawah tajuk di atas.
Tema Islam silih berganti. Slogan ini tidak kosong, ada agenda bertindak di sebaliknya. Justeru, ahli PAS mesti faham perkara ini.
Istilah rahmat disebut oleh Allah dalam Quran. Makna sebenar hanya diketahui oleh Allah dan Rasul. Tafsiran ulama merujuk kepada sumber asal. Tafsiran terbaik ialah Quran menafsirkan Quran, kemudian Hadis dan lain-lain.
Dalam Quran, rahmat bermaksud dan merujuk kepada:
1-sifat2 Allah-pengasih, penyayang.
2-kenabian
3-ajaran Islam
4-Quran
5-kebaikan di dunia dan akhirat utk org beriman-lapang, senang, selamat, rezeki, menang atas musuh, selamat dari susah, hujan, kasih sayang yg ikat antara mereka, pemberian, syurga, keampunan, taufiq, keimanan, hikmah
6-kebaikan utk org tak beriman dgn mendapat perlindungan yg dijamin oleh kerajaan Islam.


‘Negeri yang baik, dan Tuhan Yang Maha Pengampun’

13-01-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur Nik Nasri‘Negeri yang baik, dan Tuhan Yang Maha Pengampun’ , itulah tajuk yang dikemukakan kepada saya untuk dikupas yang disiarkan oleh radio Manisfm sepanjang tahun 2019 setiap Jumaat jam 8-9 pagi. Siri ini yang dibuat secara rakaman menyentuh tentang asal frasa ‘baldatun tayyibatun’ itu, kisahnya, kemudian ciri penting negeri yang baik, contoh pemerintahan negeri yang baik dari Nabi dan khulafa arRashidin (Abu Bakar, Umar, Usman, Ali radhiallahu anhum).

Saudara boleh mendengar kupasan ini di radio Manisfm pada jam tersebut. Saya juga menyertakannya di sini bagi siri yang sempat saya rakam dari Manisfm itu bagi sesiapa yang tidak sempat mengikutinya langsung dari Manisfm.

Kita mendoakan kebaikan negeri Terengganu Darul Iman ini dan negara Malaysia yang tercinta ini.

002-baldatun-konsep Adil 11 Jan 19


65 Tajuk Kuliah Di Sini / Lebih Dari 6000 Siri / Rakaman Mulai 2006-2019

10-01-2019 | Kategori Artikel: Koleksi Audio MP3 | 22 Comments

kitab Ustaz Nikkemaskini 15 Jan 2019 (9 JamadilAwwal 1440H):  Saya susun balik rakaman kitab-kitab dan kuliah yang saya muatnaikkan di sini. Termasuk juga rakaman kuliah yang telah selesai dibuat. Ada 19 buah kitab yang sedang aktif di’kuliah’kan:

1. Fiqh Manhaji Jilid 2    2. Tafsir surah aali Imran    3. Hadis BahrulMazi (Jilid 18)  4. Hadis Riadhussalihin jilid 2     5. MinhajulAbidin jilid 2    6. Fiqh Manhaji (Ibadah)   7. Ringkasan Berfaedah Menghuraikan Permata Tauhid jilid 1 dan 2   8. Al-Muhazzab min Ihya (Ringkasan Ihya’ Ulumiddin) jilid 2   9. Fiqh Manhaji Jilid 7 (Muamalat)   10. AtTazhib fi Adillati Matan Ghayah watTaqrib     11. MunyatulMusalli    12. Taujihat Nabawiyyah Di Jalan Dakwah  13. Hadis 40    14. AdDurruthamin (Aqidah Tauhid)    15. 40 Hadis Terpilih Pelbagai Aspek    16. Iman Dari Kitab Hadis Muslim  17. Kebagusan Undang-Undang Islam    18. FathulMuin (Fiqh Shafie)   19. Penyakit Ikhlas Dan Rawatan.

Kitab/Topik yang sudah khatam dibaca (43 buah), tetapi ada beberapa kitab yang terpaksa dipadamkan audionya kerana masalah ruangan dalam portal:

(more…)


Audio MP3 Lengkap Kitab Al-Muhazzab min Ihya i Ulumiddin Jilid 1 Dan 2

07-01-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

Al-Muhazzab min ihya-ulumiddin jiid 1-211x300almuhazzab-min-ihya-i-ulumiddin-jilid-2-204x300Kitab Ihya i Ulumiddin ( Ihya-Menghidupkan, Ulum-pelbagai ilmu, adDin-Agama Islam) adalah antara karya hebat Imam al-Ghazali. Pro dan kontra tentang kandungan, termasuk hadith-hadith di dalamnya melahirkan banyak kitab syarahan, ta’liq dan takhrij hadith, komentar dan ringkasan darinya.

Kuliah MP3 Al-Muhazzab min Ihya jilid 1 lengkap

Kuliah MP3 Al-Muhazzab min Ihya jilid 2 lengkap

Di antaranya ialah al-Muhazzab min Ihya i Ulumiddin (Ringkasan dari Ihya) yang diusahakan oleh Sheikh Saleh Ahmad as-Shami semenjak tahun 1911M. Beliau membuat ‘pembersihan ‘ terhadap penulisan Imam al-Ghazali itu dengan memfokuskan kepada kandungan, ayat al-Quran, hadis dan penerangan yang dipersetujui oleh para ulama teramai. Akhirnya lahirlah ringkasan itu dalam 2 buah jilid. Setiap satu jilid dengan sekitar 500 mukasurat.

Saya menjadikan kitab ini sebagai teks kuliah pagi di sebuah syarikat di Kemaman. Jilid 1 sebanyak 237 siri diajar mulai  9 Oktober 2009 hingga selesai pada 23 Mei 2012 jam 10.20 pagi. Sementara jilid ke 2  mulai 30 Mei 2012 hingga 19 Sept 2018 dengan 319 siri . Alhamdulillah. Saya kongsikan dengan anda yang berminat mendengar dan memahami kitab ini.