Arkib » 2018

Terima kasih Astro Awani

29-05-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Astro Awani10 minit sebelum dialog secara langsung di Astro Awani dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang jam 2 petang Isnin 28 Mei 2018, sudah lebih 600 komen dibuat di laman Astro. Komennya sama ada pro atau kontra.

Usai dialog selama sejam itu, beratus lagi komen yang ditulis, pro atau kontra.

Bagi saya, semua komen ini menggambarkan ketokohan dan kehebatan Tok Guru yang muncul julung-julung kali di Astro Awani. Ia menggamit para penyokong atau pembencinya untuk menulis di ruangan komen, sama ada dengan ilmu atau nafsu.

Kalau saudara membaca komen-komen itu, ia sebenarnya menggambarkan watak si penulis. Apa yang ada di dalam hati, ia diungkap dalam bentuk teliti atau sebaliknya menyakitkan hati. Ada yang sangat berhemah, ada yang hujahnya sangat lemah, dan ada yang hanya komen berdasarkan nafsu serakah.

(more…)


Fahami pendekatan kerajaan baharu Terengganu

27-05-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

terengganu maju berkat sejahteraKerajaan Terengganu sekarang yang dipimpin oleh PAS mempunyai dasar, polisi, halatuju dan pendekatan tersendiri yang berbeza dari kerajaan BN sebelumnya.

Ia selaras dengan pendekatan budaya politik, matang dan sejahtera yang diperkenalkan oleh PAS dalam parti ketika berkempen untuk PRU 14 dan sebelum itu.

BPMS ini kemudiannya direalisasikan di peringkat Terengganu secara khusus selepas kemenangan PAS menguasai kembali Terengganu selepas 14 tahun berada di bawah BN. YAB MB Terengganu, Dr Samsuri memperkenalkan kerajaan dan politik kasih sayang untuk rakyat Terengganu Darul Iman.

Ia tidak sama dengan politik balas dendam oleh pihak lawannya. Di saat sedang berkempen pun, ada suara JKKK ketika itu yang memberi amaran ‘ Jaga mung. Aku menang smula, aku kerat mung’. Berapa ramai guru yang ditukar atau dilambatkan kenaikan, hanya semata-mata cenderung kepada PAS, walaupun prestasi mereka jauh lebih baik dari yang naik pangkat secara membodek.

Apabila PAS kembali memerintah Terengganu, ada guru Tadika Kemas yang cemas. Ada AJK masjid tertentu yang jadi tidak tentu. Begitu juga dengan pegawai kerajaan.

(more…)


Tarbiah Pasca Kemenangan

27-05-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

tarbiahSaya mencatat ucaptama DSTG Haji Abdul Hadi Awang dalam Tamrin Qiadi PAS Terengganu Jumaat malam Sabtu 25 Mei 2018:

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami (Allah) berikan kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat, memberi zakat, mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Al-Haj: 41)

Isi kemenangan lebih payah dari mencapai kemenangan.

Walaupun kita kuasai negeri Terengganu, tetapi kita tidak kuasai negara. Namun, kuasa yang terbatas itu tetap mesti diisi.

Untuk menjadi sebuah negeri, ada lima syarat – tanah, rakyat, pemimpin, perlembagaan, kedaulatan.

Tahap kita sekarang ialah menguasai kerajaan negeri, di bawah konsep persekutuan (federalisme), terhad, tapi ada perkara yang kita boleh buat, tanpa merencatkan perjuangan dan matlamatnya.

versi pdf: Tarbiah Pasca Kemenangan.pdf (151)

(more…)


Di FB dia menulis, di akhirat dia muflis

22-05-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

menulisKITA berada di bulan Ramadhan. Puasa sepatutnya membentuk taqwa dalam diri. Taqwa adalah rumusan dari menjunjung perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Perintah dan larangan pula sangat banyak. Di antara larangan itu ialah fitnah, menuduh tanpa bukti dan mengada-adakan cerita yang tidak benar.

Pilihan raya sudah berlalu. Namun fitnah pemimpin PAS menerima RM90 juta dari Umno masih dimainkan. Ia tersebar dan disebar di alam maya. Senarai nama pemimpin besar PAS terpampang lagi.

Presiden PAS telah mengambil tindakan mahkamah di London bagi membersihkan nama dari fitnah ini. Sebahagian dari prosesnya memberi kelebihan kepada Presiden PAS. Bakinya menunggu masa.

Ada yang sangat rajin memuatnaik artikel, keratan akhbar dan gambar yang diambil separuh, diedit dan ditokok-tambah di FacebookWhatsApp dan lain-lain media sosial. Fitnah menjadi makanan harian mereka. Barangkali setiap malam sebelum tidur, orang ini akan meletakkan tangannya di dahi, berfikir, apa agaknya yang akan aku muatnaik dalam media sosial ini untuk terus memfitnah pemimpin PAS ini. Isu GST? Isu RM90 juta? Isu UG dengan Umno?

(more…)


Tuan Guru yang melahirkan ramai guru

16-05-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

tg-kuliahHARI ini 16 Mei 2018 adalah Hari Guru. Dalam Islam, guru disebut sebagai murabbi, mudarris, muallim. Namun, setiap satu istilah punya makna tersendiri yang berbeza.

Dalam istilah orang Melayu, Tuan Guru biasanya merujuk kepada seorang yang banyak ilmu agama, umur yang agak lanjut, punya peribadi yang mulia dan disegani oleh orang lain.

Alhamdulillah, dalam sebuah parti dan gerakan Islam seperti PAS, ia punya ramai tok-tok guru. Bukan sahaja dalam aspek-aspek yang disebut di atas sahaja, tetapi juga melahirkan anak-anak murid yang kemudiannya menjadi guru pula.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sudah berumur lebih 71 tahun. Beliau digelar tok guru, bukan kerana beliau yang meminta untuk digelar demikian. Tidak juga membayar mana-mana agensi supaya diletakkan gelaran itu kepadanya. Ia muncul dari masyarakat yang melihat, memandang dan menilai.

Dari sudut ilmu, ramai anak buahnya yang ‘menjadi’. Para asatizah dan ilmuan muncul dari tarbiahnya. Dari sudut politik, beliau terus kekal hingga kini. Dalam masa yang sama, dikelilingnya dipenuhi anak-anak buah didikan politiknya juga, walaupun dari segi umur, mereka mungkin dianggap sebagai anak-anaknya.

Tok guru difitnah, dikecam, dikata, persis ulama soleh terdahulu. Namun, tok guru tetap cekal, tidak endahkan rumput dan lalang, meredah lautan perjuangan, mencari redha dan pahala dari Tuhan.

Moga Tok Guru sentiasa sihat, diberi rahmat, terus berbakti buat umat. Selamat Hari Guru kepada Tok Guru dan semua guru


PAS Menang Di Kemaman Hadiah Buat Tuan Guru

15-05-2018 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

menang kemamanTUAN Guru Presiden PAS masih bersedia datang ke Kemaman pada hari terakhir kempen, Selasa 8 Mei 2018 tempohhari walaupun barangkali sudah terlalu penat mengelilingi Malaysia dalam siri kempen PRU14. “Santai bersama Ayah Chik’ itu dibuat di Banggol Square, Chukai dengan kehadiran angka ribuan orang.

Dun tumpuan di Kemaman adalah Kemasik dan Chukai. Dalam kepala saya sendiri secara peribadi, Dun Kijal dan Air Putih agak sukar dimenangi, apatah lagi Parlimen Kemaman yang diwakili oleh Menteri Pertanian.

Pukul 4.50 petang hari Rabu, saya melihat senarai keluar mengundi yang rendah di bangsal panas, juga dengan majoriti yang lebih rendah dari PRU13 dahulu. Macam mana ni?

(more…)


7 Sebab Tak Ragu Undi PAS 9 Mei Ini

05-05-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

P040 Kemaman1. PAS ialah parti paling awal kemukakan manifesto yang sangat menarik untuk rakyat, termasuk Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).

2. PAS janji hapus GST, hantu duit yang menjadi igauan rakyat tanpa mengira parti, kaum dan agama, serta memberi alternatif mendapat kan sumber kewangan negara.

3. PAS kemukakan calon ada pelbagai kelebihan, sama ada akademik, ketokohan dan pengalaman.

4. PAS ada rekod bersih urus tadbir negeri yang dikuasainya iaitu Kelantan, tanpa rasuah dan siasatan rasuah oleh SPRM yang menunjukkan PAS mampu memerintah negeri dan negara. Tidak seperti BN dan PH yang disiasat oleh SPRM dan rekod pemimpinnya yang tidak boleh disembunyikan oleh sejarah.

5. Dasar dan matlamat PAS jelas, berprinsip tentang agama yang sepatutnya orang yang mengucap syahadah tiada pilihan melainkan PAS. Dasar BN dan PH tidak lari dari sekular, nasionalis, pragmatis, liberal.

6. Kalau anda bukan Islam, jangan takut undi PAS. Kelantan di bawah pemerintahan PAS tidak pernah mendiskriminasi Tionghua, Siam, Orang Asal dan yang beragama lain dari Islam. Begitu juga jika PAS perintah Malaysia. PAS For All.

7. Pemimpin PAS seperti Tok Guru Haji Hadi, Tuan Guru Hashim Jasin, Dato’ Ahmad Yaakob, Dato’ Tuan Ibrahim dan lain-lain hidup sederhana yang menjadi contoh kepada yang lain. Tidak seperti pemimpin BN dan PH yang boleh dibaca tentang kekayaan melampau masing-masing. Dari mana kekayaan melampau itu diperolehi?


Kemenangan Yang Ditunggu

19-03-2018 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

Nik Nasri Mesyuarat AgungIntipati Ucapan YB Ust Sallehen Mukhyi dalam perasmian Mesyuarat Agung PAS Kemaman ke 58
.
1. Pilihanraya umum ke 14 mencabar. Hanya yang kukuh aqidah dapat menghadapinya. Pergantungan mesti kepada Allah yang menjadi sumber kemenangan dan sumber kekuatan.
.
‘Jika Allah menolong kamu, tiada siapa yang dapat mengalahkan kamu.’
.
2. PAS parti siasah, dakwah, tarbiah. PAS tak pernah berhenti bekerja walaupun bukan di musim pilihanraya. Setiap ahli mesti terlibat dengan program tarbiah dan menjadi agen dakwah.
.
3. Hayati tujuan PAS yang mahu tegakkan Islam dalam bentuk menyeluruh. Tujuan ini tak pernah diubah. Sumber kita tetap Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Mereka yang lari dari perjuangan, kononnya kerana PAS lari dari perjuangan, merekalah yang sebenarnya lari dari perjuangan.


Tamat Kuliah Fiqh Manhaji Jilid1

11-03-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

fiqh manhajiAlhamdulillah, kitab Fiqh Manhaji Jilid 1 yang merupakan terjemahan dari al-Fiqh al-Manhaji ‘ Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i yang dikarang oleh tiga ulama terkemuka Syria iaitu Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji.    selesai dikupas dan disyarahkan.

Ia bermula dari 14 Jan 2010 hingga 6 Mac 2018. Masa yang agak panjang diambil kerana kuliah hanya sekali sebulan dan kemudian baharulah 2 kali sebulan. Ada 223 siri yang boleh didengar dan dimuatturun dari bahagian audio MP3 portal ini.

Mereka yang berminat, silakan.


Tolong Kembalikan Buku Nota Tatabahasa Arab Saya

10-03-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | Tiada Komen

Tuan Guru Haji Ali Haji MusaBeberapa tahun lepas (mungkin lebih dari 5 tahun), saya pernah meminjamkan buku nota tatabahasa (Nahu dan sorof) saya kepada seseorang, tetapi saya terlupa siapa. Beliau datang ke rumah, bertanyakan tentang Bahasa Arab, lalu saya pinjamkan buku tersebut.

Buku berkulit tebal berwarna hijau berbunga seperti celoreng askar, ada stiker ‘IPU: Islam Penyelamat Ummah’ di luarnya. Kulit dalam ditampal gambar muka Tok Guru Haji Hadi yang menjadi mukadepan Asiaweek tahun 1980an. Kulit belakang disenaraikan kaset-kaset ceramah yang pernah dibeli ketika itu.

Nota Nahu dan sorof itu dalam tulisan tangan. Saya mencatatnya dari almarhum Tuan Guru Haji Ali Haji Musa ketika belajar di Pondok Siliau, Negeri Sembilan di akhir tahun 1980an.

Kalau anda adalah orangnya yang meminjam itu, harap dapat pulangkan segera kepada saya.  Boleh hubungi saya melalui email niknasrimalek@gmail.com. Terimakasih.


« Older Entries   Newer Entries »