Arkib » 2018

Lebih Dari 10k Orang Hadiri Sambutan Eid al-Fitr PAS Kemaman

22-06-2018 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

raya8PAS Kemaman selesai mengadakan Sambutan Eid al-Fitr pada hari Khamis 21 Jun 2018 di tapak parkir kereta, sebelah Pejabat Daerah Kemaman, yang juga merupakan tapak Bazar Ramadhan atau ekspo. Jangkaan awal tetamu sekitar 10 ribu orang. Juadah nasi minyak, gulai daging, acar, nasi himpit, sate, ayam pusing, lemang, kuih-muih dijangka mencukup untuk tetamu. Program yang dijangka dimulakan seawal jam 11 pagi, rupanya sudah dipenuhi tetamu mulai jam 10.20 pagi lagi. Rakyat pelbagai lapisan, dari pegawai kerajaan, swasta sehingga rakyat biasa berpusu-pusu datang tanpa henti, menyebabkan juadah habis lebih awal sekitar jam 2 petang. Itupun masih ada yang datang selepas itu.

Saya biasa memberikan duit raya bagi pihak PAS Kemaman pada tahun-tahun yang lepas, tetapi kali ini ‘aliran keluarnya’ sangat laju dan pantas. Ramai kanak-kanak 12 tahun ke bawah menerima sedikit sumbangan duit raya dan habis stok yang disediakan sekitar jam 1 tengahari.

Saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini dan diharap ia dapat dijadikan jambatan antara PAS Kemaman dan semua agensi kerajaan dan swasta, sementelah PAS sekarang menjadi kerajaan di Terengganu.


Pelbagai Aktiviti Sepanjang Ramadhan 1439H

22-06-2018 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

raya10Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan kesempatan untuk terus berada di bulan Ramadhan. Selain aktiviti ibadat harian- puasa, Quran, Terawih, Witir, sedekah dan lain-lain, diizinkan untuk membuat beberapa aktiviti lain. Antaranya:

-Tamrin Qiadi peringkat PAS Terengganu di awal Ramadhan.

-Tazkirah sempena Nuzul Quran serta majlis khatam Quran di Tahfiz al-Muqarrabin, Kerteh.

-Tazkirah sempena program Ihya Ramadhan oleh Dewan Muslimat PAS Kemaman di Masjid Kg Pasir Minal

-Pembahagian bubur lambuk oleh PAS Gong Limau

-Iftar di Sekolah Rendah Islam Darultaqwa serta sedikit sumbangan kepada anak yatim

-Tamrin Qiadi PAS Kemaman di Surau Sekolah Rendah Islam Darultaqwa, Kemaman

(more…)


Khutbah Eid al-Fitr Presiden PAS/ Salam Eid Al-Fitr 1439H/2018M

13-06-2018 | Kategori Artikel: Umum | 1 Komen

raya puasa 2018Ramadhan baru sahaja berlalu

Semoga penuh dengan pahala

Kerajaan PAS terajui Terengganu

Moga Maju, Berkat, Sejahtera

.

Salam Eid al-Fitr saya lafazkan

Buat pelayar portal ini

Negeri Terengganu kita bangunkan

Menurut syariat yang murni ini

 

Khutbah Eid al-Fitr Presiden PAS 1439H:

Eid al-Fitr Dan Taqwa (167)


Khutbah Jumaat: Di Penghujung Ramadhan Ini

12-06-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

akhir Ramadhan(kemaskini 12 Jun 18) Saya berkhutbah pada hari Jumaat 1 Julai 2016 / 26 Ramadhan 1437 H di Masjid Kg Pasir Minal, Kemaman.

Saya baca syair dalam bahasa Arab yang ditulis tentang akhir Ramadhan. Kata-katanya sangat menarik, menggambarkan hakikat Ramadhan, pengisiannya dan  bagaimana keadaan mereka yang masuk ke dalam Ramadhan itu.

Saya kongsikan:

Di Penghujung Ramadhan (389)


Huraian Ringkas Surah Al-Qadr

10-06-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

surah al-Qadr(kemaskini 10 Jun 2018) Allah menurunkan satu surah khusus mengenai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Itulah surah al-Qadr. Kalau dibaca surah ini di luar Ramadhan, ia mungkin dilihat agak jauh dari amalannya dan malamnya. Namun apabila surah ini dibaca terutamanya di akhir Ramadhan, ia sangat terasa.

Kita sedang masuk ke fasa ketiga-selepas fasa rahmat dan pengampunan Allah. Fasa kemerdekaan dari api neraka yang disebut oleh Allah dalam al-Quran “Itulah kejayaan yang paling besar”.

Huraian ringkas surah al-Qadr ini saya sampaikan dalam kuliah subuh di salah sebuah masjid di Kerteh, Kemaman- Ramadhan 1433H. Silakan mendengar:

Huraian Ringkas Surah Al-Qadr (831)


Sempena Nuzul Al-Quran: Jadikan Al-Quran Perlembagaan Hidup

05-06-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 1 Komen

old-quran-from-qatarRamadhan bukan sahaja bulan difardhukan puasa, tetapi juga bulan diturun kan al-Quran dari Lauh Mahfuz ke langit dunia secara serentak. Al-Quran kemudian diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun dalam 2 fasa-Makkiyyah dan Madaniyyah.

Al-Quran menjadi mukjizat kekal bagi Nabi SAW dan buat manusia seluruhnya. Mukjizat-mukjizat lain seperti air keluar dari celah jari, pokok kurma datang kepada Nabi, bulan terbelah hanya dilihat di zaman ia berlaku. Mungkin ada kesannya yang boleh dilihat hingga sekarang tetapi satu-satunya mukjizat yang kekal, bukan sahaja sebagai mukjizat dengan nama mukjizat, bahkan sebagai petunjuk kepada manusia, mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya, menjadi pemisah di antara yang haq dan batil serta menjadi perlembagaan paling tinggi buat hidup dan kehidupan manusia di dunia ini ialah al-Quran.

Hebatnya al-Quran sebagai perlembagaan hidup manusia sehinggakan Nabi Isa as yang turun di akhir zaman nanti pun akan berhukum dengan al-Quran dan syariat Muhammad SAW walaupun Nabi Isa dibangkitkan lebih awal dari Nabi Muhammad SAW dan kitab Injil lebih awal turunnya dari al-Quran. Kalau Nabi Isa pun berhukumkan al-Quran sedangkan Baginda juga punya kitab, maka bagaimana dengan kita dan manusia lain yang tiada kitab yang mesti diikuti melainkan al-Quran itu sendiri?

(more…)


Terima kasih Astro Awani

29-05-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Astro Awani10 minit sebelum dialog secara langsung di Astro Awani dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang jam 2 petang Isnin 28 Mei 2018, sudah lebih 600 komen dibuat di laman Astro. Komennya sama ada pro atau kontra.

Usai dialog selama sejam itu, beratus lagi komen yang ditulis, pro atau kontra.

Bagi saya, semua komen ini menggambarkan ketokohan dan kehebatan Tok Guru yang muncul julung-julung kali di Astro Awani. Ia menggamit para penyokong atau pembencinya untuk menulis di ruangan komen, sama ada dengan ilmu atau nafsu.

Kalau saudara membaca komen-komen itu, ia sebenarnya menggambarkan watak si penulis. Apa yang ada di dalam hati, ia diungkap dalam bentuk teliti atau sebaliknya menyakitkan hati. Ada yang sangat berhemah, ada yang hujahnya sangat lemah, dan ada yang hanya komen berdasarkan nafsu serakah.

(more…)


Fahami pendekatan kerajaan baharu Terengganu

27-05-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

terengganu maju berkat sejahteraKerajaan Terengganu sekarang yang dipimpin oleh PAS mempunyai dasar, polisi, halatuju dan pendekatan tersendiri yang berbeza dari kerajaan BN sebelumnya.

Ia selaras dengan pendekatan budaya politik, matang dan sejahtera yang diperkenalkan oleh PAS dalam parti ketika berkempen untuk PRU 14 dan sebelum itu.

BPMS ini kemudiannya direalisasikan di peringkat Terengganu secara khusus selepas kemenangan PAS menguasai kembali Terengganu selepas 14 tahun berada di bawah BN. YAB MB Terengganu, Dr Samsuri memperkenalkan kerajaan dan politik kasih sayang untuk rakyat Terengganu Darul Iman.

Ia tidak sama dengan politik balas dendam oleh pihak lawannya. Di saat sedang berkempen pun, ada suara JKKK ketika itu yang memberi amaran ‘ Jaga mung. Aku menang smula, aku kerat mung’. Berapa ramai guru yang ditukar atau dilambatkan kenaikan, hanya semata-mata cenderung kepada PAS, walaupun prestasi mereka jauh lebih baik dari yang naik pangkat secara membodek.

Apabila PAS kembali memerintah Terengganu, ada guru Tadika Kemas yang cemas. Ada AJK masjid tertentu yang jadi tidak tentu. Begitu juga dengan pegawai kerajaan.

(more…)


Tarbiah Pasca Kemenangan

27-05-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

tarbiahSaya mencatat ucaptama DSTG Haji Abdul Hadi Awang dalam Tamrin Qiadi PAS Terengganu Jumaat malam Sabtu 25 Mei 2018:

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami (Allah) berikan kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat, memberi zakat, mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Al-Haj: 41)

Isi kemenangan lebih payah dari mencapai kemenangan.

Walaupun kita kuasai negeri Terengganu, tetapi kita tidak kuasai negara. Namun, kuasa yang terbatas itu tetap mesti diisi.

Untuk menjadi sebuah negeri, ada lima syarat – tanah, rakyat, pemimpin, perlembagaan, kedaulatan.

Tahap kita sekarang ialah menguasai kerajaan negeri, di bawah konsep persekutuan (federalisme), terhad, tapi ada perkara yang kita boleh buat, tanpa merencatkan perjuangan dan matlamatnya.

versi pdf: Tarbiah Pasca Kemenangan.pdf (28)

(more…)


Di FB dia menulis, di akhirat dia muflis

22-05-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

menulisKITA berada di bulan Ramadhan. Puasa sepatutnya membentuk taqwa dalam diri. Taqwa adalah rumusan dari menjunjung perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Perintah dan larangan pula sangat banyak. Di antara larangan itu ialah fitnah, menuduh tanpa bukti dan mengada-adakan cerita yang tidak benar.

Pilihan raya sudah berlalu. Namun fitnah pemimpin PAS menerima RM90 juta dari Umno masih dimainkan. Ia tersebar dan disebar di alam maya. Senarai nama pemimpin besar PAS terpampang lagi.

Presiden PAS telah mengambil tindakan mahkamah di London bagi membersihkan nama dari fitnah ini. Sebahagian dari prosesnya memberi kelebihan kepada Presiden PAS. Bakinya menunggu masa.

Ada yang sangat rajin memuatnaik artikel, keratan akhbar dan gambar yang diambil separuh, diedit dan ditokok-tambah di FacebookWhatsApp dan lain-lain media sosial. Fitnah menjadi makanan harian mereka. Barangkali setiap malam sebelum tidur, orang ini akan meletakkan tangannya di dahi, berfikir, apa agaknya yang akan aku muatnaik dalam media sosial ini untuk terus memfitnah pemimpin PAS ini. Isu GST? Isu RM90 juta? Isu UG dengan Umno?

(more…)


« Older Entries