Arkib » 2017

LailatulQadar, Bersungguhlah, Jangan Ala Kadar

18-06-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 2 Comments

doa-lailatu-qadr(kemaskini 18 Jun 2017: artikel yang pernah tersiar, diulang siar buat menjinakkan hati yang liar)

LailatulQadar

kedatanganmu hanya sebentar

merentap hati yang gementar

kerana merinduimu tidak sabar

(kuliah berkaitan (audio):

1 buru lailatulqadar 08 sep 09

2 buru lailatulqadar 08 sep 09

1buru lailatulqadr 09 sep 09

2 buru lailatulqadr 09 sep 09 )

(more…)


Sempena Nuzul Al-Quran: Hayatilah Al-Quran

12-06-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

baca quran(kemaskini 16 Ramadhan 1438H) Nuzul al-Quran jatuh pada 17 Ramadhan 1438H, Isnin 12 Jun 2017. Al-Quran adalah mukjizat terbesar dan kekal hingga ke akhir zaman. Di antara permata yang hilang dari umat Islam ialah apabila mereka buta al-Quran, buta baca, buta hukum, buta menjadikan al-Quran sebagai payung dalam negara, sedangkan al-Quran sesuatu yang sangat mulia datang dari Allah. Kemuliaan al-Quran boleh dilihat dari beberapa aspek. Kemuliaan al-Quran mesti disyukuri dan dihargai. Ada beberapa cara menghargai al-Quran. Sekali lagi saya kongsikan dengan rakan pelayar portal saya dalam kuliah berikut:

1 (1066)2 (901)

(Boleh juga layari kuliah muhazzab ihya, bab al-Quran. Kupasan menarik dari Imam al-Ghazali)


Salam Ramadhan 1438H

25-05-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

Salam Ramadhan 1438H


Fiqh Puasa Ramadhan

24-05-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

fiqh Ramadhan(kemaskini 24 Mei 2017) Ramadhan semakin hampir. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh para assalafussoleh kian dekat. Memasuki Ramadhan mesti dengan persediaan-jiwa, mental, fizikal dan ilmu. Saudara/i tentu sibuk dengan urusan kerja seharian, tetapi jangan hingga mengabaikan persediaan memasuki Ramadhan kali ini. Upgredkan kualiti diri di sisi Allah melalui kualiti puasa dan amal ibadah di bulan Ramadhan nanti. Saya bantu saudara/i mengulangkaji tentang fiqh puasa Ramadhan ini. Moga bermanfaat bagi mereka yang mahu mengambil manfaat.

kuliah puasa Ramadhan: fiqh puasa1 (1452) , fiqh puasa2 (1051) , 3 (999) , 4 (925)

khutbah Nabi akhir Syaaban  1 (909)2 (871)


Menelusuri Ayat Al-Quran Berkenaan Puasa Ramadhan

23-05-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

ramadhan 1433H(kemaskini 23 Mei 2017) Allah menyebut tentang puasa Ramadhan pada ayat 183-187 surah al-Baqarah. Ada beberapa katakunci dari ayat-ayat tersebut yang saya jadikan bahan kuliah Subuh Sabtu 4 Ramadhan 1431H. Saya kongsikan dengan pelayar portal saya sempena kedatangan Ramadhan 1438H kali ini sebagai ulangkaji. Di antaranya:

-Harapan untuk mendapat taqwa bagi orang mukmin, bukan semua orang Islam yang berpuasa

-Hubungkait ayat puasa yang mendidik tahan nafsu dengan ayat tentang Qisas pada beberapa ayat sebelumnya serta isu buang bayi.

-Islam mahukan kemudahan kepada umatnya-perintah Allah masih dalam lingkungan kemampuan manusia.

-Doa yang menjadi senjata ampuh mukmin sepanjang berpuasa dan beberapa perkara lain.

Kuliah: 1 (1135)2 (992)


Khutbah Nabi Akhir Syaaban: Memasuki Ramadhan

22-05-2017 | Kategori Artikel: Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

marhaban ya ramadhan(kemaskini 22 Mei 17): Saya berkhutbah Jumaat di Masjid Pasir Minal Jumaat akhir Syaaban. Saya membacakan khutbah yang dibaca oleh Nabi di akhir Syaaban sebelum masuknya Ramadhan. Saya juga mengaitkan tarbiyyah Ramadhan yang menyediakan pelbagai peluang untuk membersihkan diri dengan pembersihan sistem yang ada. Diri yang telah bersih dek Ramadhan mesti melampaui orang lain, bukan untuk peribadi sahaja.

Ramadhan Bulan Bersih (758)

Salman al-Farisi meriwayatkan, Nabi SAW berkhutbah:

“Wahai sekalian manusia! Telah muncul kepada kamu bulan yang mulia, yang berkat, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam lebih bernilai dari seribu bulan. Bulan Allah memfardhukan ke atasmu berpuasa di siang hari, mendirikan malam ( solat tarawih) sebagai sunat di malam hari.

(more…)


Khatam Kitab Nasihat Agama Dan Wasiat Iman (4 Mei 2011-10 Mei 2017)

16-05-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

nasihat-agama-dan-wasiat-iman-204x300Alhamdulillah, kitab Nasihat Agama Dan Wasiat Iman selesai dibaca dan dikupas selepas 6 tahun pengajiannya yang dibuat secara mingguan untuk muslimat Kemasik.

Kuliahnya boleh didengar di bahagian kuliah audio MP3.

Semoga ia menjadi sebahagian dari amal soleh buat menemui Allah di hari pembalasan kelak.


Fakta Tentang An-Nakbah (15 Mei 1948)

15-05-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | Tiada Komen

NakbahUlangtahun Peristiwa Nakbah Ke 69 (15 Mei 1948)

Fakta Dalam Angka

* Jumlah penduduk Palestin pada tahun 1948 :      1.4 juta penduduk
* Jumlah kampung dan bandar yang didiami :  1300 buah kampung dan bandar
* Jumlah penduduk yang terpaksa lari meninggalkan kampung halaman: 800 ribu penduduk
* Jumlah kampung dan bandar yang diserang dan dikawal Zionis: 774 buah, 531 daripadanya musnah 100%
* Jumlah pembunuhan besar-besaran: 70 peristiwa yang diiktiraf
* Jumlah syuhada’ dalam peristiwa pembunuhan: 15 ribu syuhada’
* 78% tanah Palestin dirampas, 50% penduduk Palestin kini berada di luar Palestin, jumlah penduduk Israel telah mencecah 51% daripada jumlah penduduk Palestin.


Khatam Kitab Hadis BahrulMazi (20 Mei 2012 – 7 Mei 2017)

10-05-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

kitab-BahrulMazi1Alhamdulillah, kitab hadis BahrulMazi jilid ke 17 karangan Sheikh Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi selamat dikupas dan dikhatamkan pembacaannya pada hari Ahad 7 Mei 2017 di sebuah masjid di Chukai, Kemaman, sebagai kuliah Maghrib mingguan.

Rakaman sepenuhnya kuliah tersebut boleh didengar melalui bahagian audio MP3 dalam portal ini.

Moga ia menjadi sebahagian dari amal soleh dan bekalan buat menuju Tuhan, pada hari yang tiada manfaat oleh harta dan anak-pinak melainkan mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera.


Khutbah Jumaat: Membina Negara Sejahtera Bersama Islam

05-05-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

membina negara sejahtera, sejahtera bersama IslamSaya berkhutbah di Masjid Kg Pasir Minal, Kemaman hari ini (Jumaat 5 Mei 2017) dengan tajuk: ‘Membina Negara Sejahtera Bersama Islam’.

Ia adalah cantuman dari 2 tema muktamar minggu lepas di Kedah. Muktamar Dewan Ulama kali ke 56 dengan tema “Membina Negara Sejahtera’ dan Muktamar Tahunan PAS ke 63 dengan tema: ‘Sejahtera Bersama Islam’.

Saya kongsikan khutbah ini dengan saudara:

khutbah membina negara sejahtera dgn Islam 5 Mei 17.mp3 (336)


« Older Entries   Newer Entries »