Arkib » 2017


Khutbah Eid al-Fitr 1438H Presiden PAS

20-06-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Khutbah Presiden PAS 2016/17 | Tiada Komen

tok guruLajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu membantu mengedarkan khutbah Eid al-Fitr 1438H Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS untuk dibaca oleh para khatib sempena Hari Raya Eid al-Fitr 1438H nanti.

Sila muatturun di bawah:

Khutbah Eid al-Fitr 1438H (659)


Khutbah Jumaat: Di Penghujung Ramadhan Ini

19-06-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

akhir Ramadhan(kemaskini 19 Jun 17) Saya berkhutbah pada hari Jumaat 1 Julai 2016 / 26 Ramadhan 1437 H di Masjid Kg Pasir Minal, Kemaman.

Saya baca syair dalam bahasa Arab yang ditulis tentang akhir Ramadhan. Kata-katanya sangat menarik, menggambarkan hakikat Ramadhan, pengisiannya dan  bagaimana keadaan mereka yang masuk ke dalam Ramadhan itu.

Saya kongsikan:

Di Penghujung Ramadhan (178)


LailatulQadar, Bersungguhlah, Jangan Ala Kadar

18-06-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 2 Comments

doa-lailatu-qadr(kemaskini 18 Jun 2017: artikel yang pernah tersiar, diulang siar buat menjinakkan hati yang liar)

LailatulQadar

kedatanganmu hanya sebentar

merentap hati yang gementar

kerana merinduimu tidak sabar

(kuliah berkaitan (audio):

1 buru lailatulqadar 08 sep 09

2 buru lailatulqadar 08 sep 09

1buru lailatulqadr 09 sep 09

2 buru lailatulqadr 09 sep 09 )

(more…)


Huraian Ringkas Surah Al-Qadr

18-06-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

surah al-Qadr(kemaskini 18 Jun 2017) Allah menurunkan satu surah khusus mengenai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Itulah surah al-Qadr. Kalau dibaca surah ini di luar Ramadhan, ia mungkin dilihat agak jauh dari amalannya dan malamnya. Namun apabila surah ini dibaca terutamanya di akhir Ramadhan, ia sangat terasa.

Kita sedang masuk ke fasa ketiga-selepas fasa rahmat dan pengampunan Allah. Fasa kemerdekaan dari api neraka yang disebut oleh Allah dalam al-Quran “Itulah kejayaan yang paling besar”.

Huraian ringkas surah al-Qadr ini saya sampaikan dalam kuliah subuh di salah sebuah masjid di Kerteh, Kemaman- Ramadhan 1433H. Silakan mendengar:

Huraian Ringkas Surah Al-Qadr (644)


Sempena Nuzul Al-Quran: Hayatilah Al-Quran

12-06-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

baca quran(kemaskini 16 Ramadhan 1438H) Nuzul al-Quran jatuh pada 17 Ramadhan 1438H, Isnin 12 Jun 2017. Al-Quran adalah mukjizat terbesar dan kekal hingga ke akhir zaman. Di antara permata yang hilang dari umat Islam ialah apabila mereka buta al-Quran, buta baca, buta hukum, buta menjadikan al-Quran sebagai payung dalam negara, sedangkan al-Quran sesuatu yang sangat mulia datang dari Allah. Kemuliaan al-Quran boleh dilihat dari beberapa aspek. Kemuliaan al-Quran mesti disyukuri dan dihargai. Ada beberapa cara menghargai al-Quran. Sekali lagi saya kongsikan dengan rakan pelayar portal saya dalam kuliah berikut:

1 (775)2 (627)

(Boleh juga layari kuliah muhazzab ihya, bab al-Quran. Kupasan menarik dari Imam al-Ghazali)


Sempena Nuzul Al-Quran: Jadikan Al-Quran Perlembagaan Hidup

11-06-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 1 Komen

old-quran-from-qatarRamadhan bukan sahaja bulan difardhukan puasa, tetapi juga bulan diturun kan al-Quran dari Lauh Mahfuz ke langit dunia secara serentak. Al-Quran kemudian diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun dalam 2 fasa-Makkiyyah dan Madaniyyah.

Al-Quran menjadi mukjizat kekal bagi Nabi SAW dan buat manusia seluruhnya. Mukjizat-mukjizat lain seperti air keluar dari celah jari, pokok kurma datang kepada Nabi, bulan terbelah hanya dilihat di zaman ia berlaku. Mungkin ada kesannya yang boleh dilihat hingga sekarang tetapi satu-satunya mukjizat yang kekal, bukan sahaja sebagai mukjizat dengan nama mukjizat, bahkan sebagai petunjuk kepada manusia, mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya, menjadi pemisah di antara yang haq dan batil serta menjadi perlembagaan paling tinggi buat hidup dan kehidupan manusia di dunia ini ialah al-Quran.

Hebatnya al-Quran sebagai perlembagaan hidup manusia sehinggakan Nabi Isa as yang turun di akhir zaman nanti pun akan berhukum dengan al-Quran dan syariat Muhammad SAW walaupun Nabi Isa dibangkitkan lebih awal dari Nabi Muhammad SAW dan kitab Injil lebih awal turunnya dari al-Quran. Kalau Nabi Isa pun berhukumkan al-Quran sedangkan Baginda juga punya kitab, maka bagaimana dengan kita dan manusia lain yang tiada kitab yang mesti diikuti melainkan al-Quran itu sendiri?

(more…)


Salam Ramadhan 1438H

25-05-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

Salam Ramadhan 1438H


Fiqh Puasa Ramadhan

24-05-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

fiqh Ramadhan(kemaskini 24 Mei 2017) Ramadhan semakin hampir. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh para assalafussoleh kian dekat. Memasuki Ramadhan mesti dengan persediaan-jiwa, mental, fizikal dan ilmu. Saudara/i tentu sibuk dengan urusan kerja seharian, tetapi jangan hingga mengabaikan persediaan memasuki Ramadhan kali ini. Upgredkan kualiti diri di sisi Allah melalui kualiti puasa dan amal ibadah di bulan Ramadhan nanti. Saya bantu saudara/i mengulangkaji tentang fiqh puasa Ramadhan ini. Moga bermanfaat bagi mereka yang mahu mengambil manfaat.

kuliah puasa Ramadhan: fiqh puasa1 (1150) , fiqh puasa2 (786) , 3 (731) , 4 (674)

khutbah Nabi akhir Syaaban  1 (650)2 (608)


Menelusuri Ayat Al-Quran Berkenaan Puasa Ramadhan

23-05-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

ramadhan 1433H(kemaskini 23 Mei 2017) Allah menyebut tentang puasa Ramadhan pada ayat 183-187 surah al-Baqarah. Ada beberapa katakunci dari ayat-ayat tersebut yang saya jadikan bahan kuliah Subuh Sabtu 4 Ramadhan 1431H. Saya kongsikan dengan pelayar portal saya sempena kedatangan Ramadhan 1438H kali ini sebagai ulangkaji. Di antaranya:

-Harapan untuk mendapat taqwa bagi orang mukmin, bukan semua orang Islam yang berpuasa

-Hubungkait ayat puasa yang mendidik tahan nafsu dengan ayat tentang Qisas pada beberapa ayat sebelumnya serta isu buang bayi.

-Islam mahukan kemudahan kepada umatnya-perintah Allah masih dalam lingkungan kemampuan manusia.

-Doa yang menjadi senjata ampuh mukmin sepanjang berpuasa dan beberapa perkara lain.

Kuliah: 1 (825)2 (682)


« Older Entries