Arkib » 2016

2 CD MP3 Audio Huraian 111 Soal Jawab Solat Qasar Jamak

19-10-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

solat jamak qasarAlhamdulillah, huraian solat qasar jamak selesai dibuat melalui kupasan kitab 111 soaljawab solat qasar jamak tulisan Ustaz Zulkarnain Dollah dan Ustaz Azhar Yahya.

Kuliah ini dirakam dan kemudiannya dikeluarkan dalam bentuk audio MP3 dalam 2 CD yang memakan masa puluhan jam.

Soalan mengenai solat jamak qasar sering ditanya dalam pelbagai majlis ilmu. Dapatkan 2 CD ini untuk mendalami pengetahuan tentang hukum-hakam berkaitan solat qasar jamak.

Hubungi saya di email niknasrimalek@gmail.com.


6 Tahun Sheikh Nuh Kembali Ke Rahmatullah

14-10-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | 2 Comments

Sheikh Nuh al-QudhaPada 13 Muharram 1438H, genap 6 tahun Sheikh Dr Nuh Ali Salman al-Qudha, mantan Mufti Jordan yang juga merupakan sheikh dan guru saya, kembali ke rahmatullah iaitu pada pagi Ahad 13 Muharram 1432 (19 Dis 2010) dalam usia 71 tahun  (74 tahun Hijrah) selepas menjalani pembedahan dan rawatan di Austria selama 3 bulan dan kembali ke Jordan tetapi masih dirawat di hospital di Amman.

Sabtu malam Ahad sebelum hari kematian itu saya bermimpi sedang bermain satu permainan. Tiba-tiba air besar seperti Tsunami mengatasi bukit muncul. Saya bersyahadah dan azan. Air itu menerpa ke bawah saya tetapi tidak mengenai saya. Saya terjaga. Apa tafsir mimpi itu? Permainan tidur, syaitan atau apa? Ada kaitan dengan kematian itu? Wallahua’lam.

Pengalaman belajar, menadah kitab dan adab dengan beliau masih segar dalam ingatan, walaupun sudah belasan tahun berpisah dengannya. Pengalaman itu saya abadikan dalam beberapa siri kembara ilmu yang boleh diakses di portal ini.

(more…)


Ustaz Hashim Jasin: Mursyid al-Am PAS ke 4

11-10-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Ustaz Hashim JasinSaya ucapkan selamat bertugas kepada Ustaz Hashim Jasin kerana pelantikan beliau memegang jawatan Mursyid Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bagi memenuhi keperkasaan kepimpinan ulama’ demi melaksanakan hasrat tertinggi daripada Perlembagaan PAS bahawa Islam adalah tertinggi berasaskan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’, Qias dan lain-lain. Mengepalai kumpulan ulama’ dan ilmuan duniawi segala lapangannya bagi memungkinkan nas dilaksanakan dengan betul dan istiqamah dengan kemampuan berijtihad dalam perkara terkini berpaksikan kesyumulan Islam.
Beliau adalah mata rantai yang masih bersambung dengan angkatan generasi awal yang menubuhkan PAS tahun 1951. Abangnya Al-Marhum Ustaz Ibrahim Yasin, pensyarah Pengajian Islam UKM merupakan salah seorang calon PAS dalam PRU 1959.

Ustaz Hashim adalah salah seorang daripada kumpulan Pelajar Asia Tenggara daripada Malaysia bersama Al-Marhum Ustaz Hasan Syukri mendapat biasiswa daripada Iraq pada masa Presiden Abdul Salam Arif yang memerintah kerajaan campuran bersama kumpulan Islam. PAS yang diberi tawaran menugaskan Al-Marhum Haji Yusof Rawa, Mursyid Am Pertama memilih pelajar daripada Malaysia. Ustaz Hashim bersama Ustaz Hasan dimasukkan dalam pilihannya. Kebetulan pula dalam kumpulan pelajar daripada Indonesia ialah Al-Marhum Abdul Rahman Wahid (Gusdor), bekas Presiden Indonesia.

(more…)


Selamat Dari Kaum Dan Sistem Zalim Adalah Satu Nikmat

10-10-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

puasa-sunnah-tasua-dan-asyura-9-10-muharramPeristiwa Asyura (10 Muharram) mengingatkan kita tentang selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun, kaum dan kezalimannya, serta tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya di dalam laut yang menandakan berakhirnya sebuah pemerintahan yang zalim.

Ini ditunjukkan oleh  orang Yahudi di Yathrib yang berpuasa pada 10 Muharram. Nabi SAW tanya mereka tentang puasa tersebut. Lantas mereka beritahu bahawa pada 10 Muharram itulah Musa diselamatkan dan Firaun tenngelam, lalu mereka berpuasa sebagai tanda syukur. Nabi SAW menyebut bahawa ‘kami lebih berhak dengan Musa dari kamu’. Nabi perintah para Sahabat berpuasa 10 Muharram dan 9 Muharram supaya tidak sama dengan Yahudi.

Peristiwa di atas memberi pengajaran kepada kita dalam beberapa perkara:

(more…)


Berpuasalah 9 (Tasu’a) Dan 10 Muharram (Asyura)

07-10-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

puasa AsyuraImam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’ Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata: Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’.

Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)

artikel Laut terbelah utk Nabi Musa



Iktibar 5P Dari Peristiwa Hijrah

01-10-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

Hijrah(kemaskini Ahad 1 Okt 16). Hari ini Ahad 1 Okt 2016 (1 Muharram 1438H). Kita melangkah ke tahun baharu 1438H. Saban tahun peristiwa hijrah Nabi SAW menjadi ingatan dan pengajaran. Saya kuliahkan 5 pengajaran dari peristiwa hijrah Nabi SAW dengan fokus kepada 5P:

1-Penuh Strategi

2-Pengorbanan

3-Persaudaraan

4-Positif dan pro-aktif

5-Perpindahan

5P Dari Peristiwa Hijrah Nabi SAW (740)


Tan Sri Muhyidin Yasin Di Ceramah HARAP 3.4-PGU Di Kemasik, Kemaman 1 Okt 2016

01-10-2016 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

1HARAP 3.4Program HARAP 3.4-PGU anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu selesai pada malam tadi selepas ia diadakan semenjak Rabu lepas dengan didahului oleh PAS Kemaman bagi ‘memanaskan badan’.

Ceramah kemuncak malam tadi menyaksikan mantan Timbalan Perdana Menteri, YB Tan Sri Muhyidin Yasin yang merupakan parti BERSATU yang baharu ditubuhkan berada di pentas PAS buat julung kali, terutama dalam program HARAP di Terengganu.

Hari 4: Sabtu 1 Okt 2016

Konvoi Bermotosikal dan pacuan 4 roda mengiringi PJ ke tapak program HARAP, Langkah HARAP, Cabutan Bertuah, Acara Muslimat dan Ameerah, Santai Bersama artis nasyid, Bicara hijrah bersama selebriti, kuliah maghrib oleh Ustaz Jamaludin Jusoh, ketua Penerangan DUPNT, Ceramah Perdana: YB Ustaz Idris Ahmad (Naib Presiden PAS), YB Tan Sri Muhyidin Yasin (Pres BERSATU), Dato Hj Mustafa Ali (Ketua Pengarah PRaya PAS Pusat), Hj Yahya Ali (TPJ 2 BPPNT)

(more…)


Manhaj Perjuangan PAS: ‘PAS Adalah PAS’

28-09-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Liqa Fikri PAS Terengganu 2016Kebenaran perjuangan PAS ini dengan berdasarkan ayat-ayat alQuran dan Hadis sebagai sumber rujukan tertinggi bagi seorang Islam dan dalam berorganisasi. PAS juga mengambil pengalaman gerakan Islam yang lain, tetapi diolah mengikut metod PAS, dengan mengambilkira suasana setempat dan tidak mengambil secara ‘copy paste’ sahaja seperti sebahagian individu dari gerakan lain.

Perkara ini ditegaskan oleh YB Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat di hadapan lebih 500 orang hadirin dalam program Liqa’ Fikri (Pertemuan yang bermaksud menjernihkan dan mewujudkan kesatuan pemikiran dan amal) anjuran Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu melalui Unit Liqa’ Fikri pada 23 Sept 2016 bertempat di Masjid Lama Sura, Dungun dengan tajuk: Manhaj Perjuangan PAS.

(more…)


Kerana Islam, PAS Berani Bersemuka Dengan Sesiapa

18-09-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Persatuan HokkienPagi ini, Ahad 18 Sept 2016, rakan-rakan memforwardkan gambar pertemuan dan taklimat khas pimpinan PAS dengan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia. Ia diadakan susulan tindakan Persatuan Hokkien Malaysia melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan daripada rakyat bagi menentang rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah, Akta Mahkamah Syariah (bidangkuasa jenayah) 1965 (Akta 355) dan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan).

Menurut persatuan berkenaan, pindaan itu dikatakan akan merintis jalan supaya hukuman hudud dapat dilaksanakan di negara ini. Presidennya, Tan Sri Khoo Chai Kaa berkata, selepas 20 September, tandatangan yang dikumpulkan akan diserahkan kepada semua 222 anggota Parlimen. Berikutan kempen tersebut, Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (GU) atau Geng Ustaz membuat laporan polis. Mereka mendakwa tindakan tersebut adalah campur tangan melampau dan melanggar sempadan kebebasan mengamalkan aktiviti beragama yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

(more…)


« Older Entries   Newer Entries »