Arkib » 2016

Salam MaulidurRasul 1438H

12-12-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

Maulidurasul  1438H


Khutbah: Lahir Rasulullah, Tegak Keadilan Dan Sifat Amanah

10-12-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

Maulid(kemaskini  12 Dis 2016) Lahirnya Muhammad bin Abdullah. Di saat Semenanjung Tanah Arab dan dunia dipenuhi jahiliyyah. Manusia tidak tahu cara beribadah. Yang kuat menerkam yang lemah. Yang kaya menindas si miskin dan menghisap darah. Pelbagai berhala disembah. Ketika umur Muhammad SAW mencapai 35 tahun, dibina semula Kaabah. Qabilah Arab merasa berhak meletak Hajar al-Aswad lalu berbalah. Nabi menjadi penyelesai masalah. Seorang yang mulia penuh amanah. Keadilan ditegak, kezaliman disanggah.  ’Sesiapa bina kolam tak jaga dengan senjata, kolamnya diroboh. Sesiapa tak buat zalim, dia akan dizalimi’ ini syair jahiliah. Nabi lahir membanteras sistem jahiliah, tegakkan al-hakimiyyah lillahi wahdah. Sempena maulidnya, saya berkhutbah seperti di bawah:

lahir Rasulullah, tegak keadilan dan amanah (885)


Presiden PAS Bertanggungjawab Dengan Allah, Bukan Hanya Kepada Ahli PAS

04-12-2016 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

MursyidulAmSabtu 3 Dis-Tuan Guru Hj Hashim Jasin, Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Presiden PAS, bukan sahaja bertanggungjawab kepada ahli PAS, tetapi juga kepada Allah. Penegasan ini dibuat bagi menenangkan sebahagian ahli PAS yang mungkin terpengaruh dengan propaganda musuh bagi mengikis keyakinan terhadap kepimpinan Tok Guru. Apa yang dibuat tentulah untuk kepentingan Islam. Perkara ini diucap dalam Majlis Malam Mesra PAS Kemaman bersama Mursyidul Am PAS di Mujamma’ Imam Shafie, Taman Islam, Kemaman malam tadi.

Dalam ucapan sulungnya di Kemaman malam tadi,
beliau memetik firman Allah:

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.

At Taubah: 105

(more…)


Kuliah Lengkap Buku Ku Damba Cintamu Ya RasulAllah (30 Jan 14-27 Ogos 15)

29-11-2016 | Kategori Artikel: Koleksi Audio MP3 | 1 Komen

Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah(Ole-ole MaulidurRasul 1439H) Saya mula berkuliah dengan menghuraikan buku tulisan saya Ku Damba Cintamu Ya RasulAllah pada 30 Jan 2014 selepas buku ini diterbitkan pada tahun 2011. Kuliah ini secara mingguan. Ia selesai dikupas pada 27 Ogos 2015. Bagi mereka yang masih belum mengikutinya, silakan mendengarnya sempena kedatangan MaulidurRasul SAW 1439H.

Pendahuluan

01-pendahuluan 30 Jan 14

Bab 1: Tak Kenal Maka Tak Cinta

02-tak kenal maka tak cinta 6 Feb 14

03-Pangkat Nabi, rahmat sekalian alam 13 Feb 14

04-Muhammad sebagai saksi 20 Feb 14

05-kisah Uqbah buat jahat kpd Nabi 27 Feb 14

06-Nabi saksi dunia akhirat 6 Mac 14

07-Muhammad sebagai pemberi khabar gembira 13 Mac 14

(more…)


Majlis Kecemerlangan Akademik UPSRI Kali ke 8 2016

27-11-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

Ihtifal 2016Ucapan perasmian Dato’ Husin Awang, Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu

1. Hari ini kita meraikan anak-anak DAR dalam keadaan sederhana, walaupun kita telah mencuba meningkatkan keupayaan untuk mengadakan yang lebih baik

2. Sepatutnya pagi ini ucapan dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat tetapi beliau ada program lain.

3. Sekolah DAR sudah beroperasi lebih 30 tahun, bermula DAR Bt 6 sehingga ada 9 buah sekarang. Setiu dalam proses membuka sebuah DAR.

4.Terengganu satu-satunya negeri yang ada sekolah di bawah pengurusan parti secara menyeluruh.

(Gambar: 3 pelajar Sekolah Rendah Islam DarulTaqwa Kemaman yang mendapat 12A (seorang) dan 11 A 1B (2 orang) bersama ibubapa masing-masing)

5. Pada tahun 2016 DPPP menubuhkan SRITI (Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integriti) di negeri-negeri lain, tetapi di Terengganu, kita kekalkan DAR, cuma untuk tahun akan datang kita akan selaraskan silibus, peperiksaan, pemarkahan antara DPPP dan DUPNT. Subjek agama diambil dari DUPNT, subjek akademik diambil dari DPPP. justeru, cabaran lebih hebat.

(more…)


Khatam Hadis Qudsi Di Malam Fenomena Supermoon

14-11-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

khatam Hadis qudsiMalam ini (Isnin malam Selasa 14 Nov 2016) (insyaAllah) akan baca hadis ke 272 dari kitab Hadis Qudsi yang dikumpul oleh Sheikh Syed Ahmad Semait, Mufti Singapura. Kitab ini dijadikan teks kuliah Maghrib di Masjid Lama Bukit Kuang yang juga dikenali dengan Surau Hijau.

Kitab ini dibaca semenjak tahun 2006, ketika masjid masih dalam struktur asal kayu. Kemudian ditambah dengan binaan simen, dan batu-bata di bahagian belakang. Kuliah berpindah ke bahagian belakang. Kemudian kuliah berpindah balik ke bahagian hadapan masjid selepas bangunan baharu di bahagian hadapan siap. Kitab dibaca sebelum adanya bypass dan Jambatan Bukit Kuang yang tinggi itu. Alhamdulillah, kitab ini sudah ke penghujng. Secara kebetulan juga, malam ini dijangka fenomena supermoon, keadaan bulan yang sangat hampir dengan bumi.

Beruntunglah mereka yang Istiqamah dengan pengajian dan perjuangan.

Alhamdulillah, dan semua ini jika Allah izinkan dan mudahkan, dan segalanya dalam kekuasaan dan ketentuanNya.


Besar pahala bagi orang yang berjuang mengubah sistem

30-10-2016 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

Dato TuanMengubah sistem politik dan pemerintahan sehingga  manusia mengikut sistem Islam adalah satu bentuk jhad yang besar. Demikian ditegaskan oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dalam kuliah Maghrib di Surau Kampung Jaya, Cukai, Kemaman pada hari Khamis malam Jumaat, 27 Oktober 2016 baru-baru ini dalam siri kawatannya ke Kemaman, meliputi pelancaran jentera pilihanraya Dewan Muslimat PAS pada petangnya, kuliah Maghrib dan ceramah umum pada malamnya.

Beliau membacakan firman Allah dari surah at-Taubah yang mengingatkan orang beriman agar sedia untuk berangka ke medan perjuangan samada ketika  ringan ataupun berat. Ayat ini menjadi peringatan buat orang yang tidak ingin berjuang dan sengaja mencari alasan untuk mengelak. Jihad menegakkan agama adalah sesuatu yang besar. Allah perintah supaya berkorban dengan harta dan nyawa. Orang yang sanggup korbankan sesuatu ialah kerana sayangkan sesuatu. Orang yang tahu nilai sesuatu, dia akan pertahankannya. Maka, pengorbanan akan berlaku apabila kita tahu nilai sesuatu.

(more…)


Tafsir Surah Luqman: Bil 023-5 perkara ghaib hanya Allah tahu 10 Nov 17 tamat

30-10-2016 | Kategori Artikel: Koleksi Audio MP3 | Tiada Komen

luqmanSaya mengupas dari surah Luqman mulai hari Jumaat 11 Ogos 17, selepas selesai tafsir surah anNur sebelumnya. Program ini ialah kuliah dhuha setiap Jumaat yang diadakan di Balai Istiqamah, Kg Injin Gergaji, Chukai, Kemaman:

001-luqman-muqaddimah 11 Ogos 17 (161).

002-luqman-kandungan 11 Ogos 17 (143).

003-luqman-ayat 1-3 ttg Quran 18 Ogos 17 (159).

004-luqman-ayat 4-sifat muhsinin 18 Ogos 17 (135).

005-luqman-ayat 6-dgr yg lalai, tolak Quran 25 Ogos 17 (143).

006-luqman-dgr Quran, berpaling, sombong 25 Ogos 17 (139).

(more…)


Fardhu Ain-Taharah Dan Solat (Bil 153: dalil sunat puasa 3 hari) 16 Jul 17 tamat

30-10-2016 | Kategori Artikel: Koleksi Audio MP3 | Tiada Komen

fardhu ainKuliah di sebuah syarikat swasta di Cukai, Kemaman 2 minggu sekali mengenai ibadah dengan fokus kepada fiqh harian seperti solat dan muqaddimah solat-wudhuk, najis dan lain-lain. Kuliah berdasarkan tulisan salah seorang ustaz dalam blognya. Perbincangan dibuat dengan mengambilkira mazhab Shafie sebagai asas.

01 pengenalan fiqh ,  02- harus, mukallaf 2 jun 2013

03-cabang hukum fiqh ,  04-mqdmh bersuci 16 jun 13

05-bersuci dari najis ,  06-bahan menghakis, suci batin 30 jun 13

07-jenis air ,  08-air mutanajjis 14 jul 13

09-hadas, wudhuk ,  10-berjunub, tayammum 28 jul 13

11-tidur, hilang akal,  12-sentuh kulit lelaki perempuan 8 sept 13

(more…)



« Older Entries   Newer Entries »