Arkib » 2016


Genap Setahun Pemergian Bapa

28-12-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

Nik Malek Nik MudaMasa begitu cepat berlalu.

Seakan bapa masih berada di sisi ibu.

Walaupun kesihatannya agak mengganggu.

Namun, ibu terus mengurus bapa dengan kasih tanpa ragu.

 

Setahun pemergian bapa yang dikasihi.

Doaku, agar bapa terus dirahmati.

Di alam barzakh, hanya mereka yang sudah tiba benar-benar mengerti.

Hakikat iman, amal soleh dan juga bakti.

 

“Wahai Tuhan! Ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan rahmati mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidikku semenjak kecil”  


Ijtimak Nuqaba PAS Terengganu 2016

27-12-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

Ijtimak nuqaba1Lajnah Tarbiah Badan Perhubungan PAS Terengganu menganjurkan Ijtimak Nuqaba PAS Terengganu yang mengumpulkan tenaga nuqaba dan naqibat seluruh kawasan di Terengganu.
Program diadakan di Angulia Beach Resort, Marang pada hari Ahad 25 Dis 2016.
2 kertaskerja dibentangkan oleh YB Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Dr Johari Mat. Saya catat beberapa point dari 2 kertaskerja tersebut:
Kredibiliti Naqib Sebagai Faktor Yang Menjayakan Usrah
YB Ust Idris Ahmad
Naqib sebagai fasilitator, kaunselor, iby, bapa, tmpt mengadu, sahabat dll.
Usrah lebih penting diikat dengan cara tidak formal.


19) Penyakit-Penyakit Ikhlas Dan Rawatannya (bil ke 55 kata2 Md alGhazali 23 Dis 2016)

27-12-2016 | Kategori Artikel: Koleksi Audio MP3 | 3 Comments

penyakit ikhlasKitab Penyakit-Penyakit Ikhlas Dan Rawatannya ini ditulis oleh Abdullah al-Qari bin Hj Saleh (AQHAS), diterbitkan oleh Pustaka Aman Press, cetakan ke 3 1992. Sebahagian tulisan dalam kitab ini telah dikeluarkan dalam majalah Pengasuh, lidah rasmi Majlis Agama Islam Kelantan. Saya gunakan kitab ini sebagai teks kuliah Maghrib secara bulanan di surau Feri, Kemasik.

001 pendahuluan (495)  ,  002 kandungan (461) , dis 12

003 definisi ria' (395)  ,  004 definisi ria' (374) , jan 13

005 definisi ria' (359)  , 006 definisi ria' (399) , feb 13

007 jenis ria' (326) , 008 bahagian dan jenis ria' (359) , mac 13

009 jenis2 ria' (251) , apr 13

010 tingkatan ria' (263) ,  011 hukum ria' (240) , mei 13

012 megah dlm perkara dunia (256) ,  013 ria' dlm perkara bukan ibadat (240) , jun 13

014  kupasan ikhlas dan ria' (223) ,  015 kupasan ria' (220) ogos 13

016  ria penyakit munafiq (212) ,  017 malas solat (208) nov 13

018  cara munafiq belanja harta (190) ,  019  mengelokkan solat depan org (197) dis 13

020  sum3ah (176)  ,   021  pandgn imam Ghazali ttg sum3ah (190)  jan 14

022  ujub (188) ,  023  bahaya ujub (187)  feb 14

024  hasad (145) ,  025  hasad menimbulkan penyakit lain (145)  27 jun 14

026  sombong (143) ,  027  takabbur (144)  26 Sept 14

028  kasih kpd kemegahan (137) ,  029  megah rosakkan diri (121) 24 Okt 14

030  kategori munafiq (128) ,  031   ciri nifaq (127) 27 Nov 14

032  4 tanda munafiq (142) ,  033   sifat org munafiq talam 2 muka (133)  27 Feb 15

034  ria, sum3ah syirik tersembunyi 27 Mac 15 (94)  ,  035  Umar tgk Muaz menangis tepi kubur Nabi 27 Mac 15 (81)  27 Mac 15

036  ria adalah syirik kecil 28 Ogos 15 (98) ,  037   jaga amal dari ria 28 Ogos 15 (92)  28 Ogos 15

038 hadis qudsi ttg ria (79) ,  039  jaga amalan dari ria (80)  27 Nov 15

040  Allah tempelak kpd org ria (82) ,  041  hadith ttg ria (81)  22 Jan 16

042  sentiasa muhasabah diri agar amal diterima (60) ,  043  ibadat kerana maksud lain (59)  22 Apr 16

044 jgn ria, menunjuk (49) ,  045 beramal supaya didengar org (54)  27 Mei 16

046 Allah tempelak org ria di Akhirat (49) ,  047 riwayat dari Nabi Isa ttg ria (52)  22 Jul 16

048 amal dgn ria x dpt pahala di akhirat (55) ,  049  nak pahala, ikut peraturan akhirat (57)   26 Ogos 16

050 hadis umat diberi kmngn selama x cari dunia (52) ,  051 org yg rugi (48)   23 Sept 16

052 pandangan Ibn Kathir ttg org riak (49) , 053 x diterima amalan ada riak (53)  28 Okt 16

054 bandingan org beramal x ikhlas (16) ,  055 kata2 Md Al-Ghazali (19)   23 Dis 16


20) Ad-Durruthamin (Mutiara Berharga) Pada Menyatakan Aqidah Org Beriman (Bil 125-org mati tanpa bertaubat 6 Mei 17

26-12-2016 | Kategori Artikel: Koleksi Audio MP3 | Comments Off

adDurruthaminDurruthaminSaya sempat mempelajari kitab AdDurruthamin fi Aqaid al-Mukminin, karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fattani dari beberapa orang ustaz dan tok guru sekitar tahun 1980an, terutama selepas SPM dan menunggu keputusannya.

Kitab ini dihasilkan pada tahun 1232H/1816M. Secara ringkasnya, kandungan kitab ini boleh dibahagikan kepada lima perkara pokok, iaitu: sifat wajib bagi Allah, dua puluh sifat yang mustahil bagi Allah, sifat harus bagi Allah, kewajipan percaya kepada Rasul Allah, dan mengenai ajal dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya.

Kitab ini bersumberkan tokoh-tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ a h seperti Syeikh al-Suhaymi dalam syarah al-Hudhudi, Syeikh Najmal-Din al-Nasafi, Syeikh Laqani, Abu Ishaq al-Isfiani serta maklumat-maklumat daripada tokoh-tokoh yang lain.

 

Kitab ini telah ditahkik oleh Dr Abdul Wahab bin Mohd Saleh dengan namanya Mutiara Berharga Pada Menyatakan Aqidah Orang Yang Beriman. Kitab ini dterbitkan oleh JAKIM pada tahun 2013. Saya mula mengajar kitab ini pada hari Sabtu 6 Sept 2014. Kuliah audionya in sya Allah akan diupload dari masa ke semasa:

Pendahuluan Dan Sekapur Sireh

1-pendahuluan pentahkik ,     biodata, mqdmh Sheikh Daud 6 Sept 14

2-mqdmh 2 klmh syhdh, selawat salam,     mqdmh bgtau ttg tulis kitab 13 Sept 14

(more…)


Presiden PAS Dan Isu Antarabangsa

25-12-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Tok Guru Haji HadiBerikut ini himpunan petikan ucapan dan kuliah oleh Tuan Guru Presiden PAS yang mencerna di sekitar isu umat antarabangsa. Masih banyak huraian yang seumpama tetapi yang dipilih ini adalah penerangan asas.
.
Ia boleh ditemakan sebagai “AKHIR” merujuk kepada Nabi, umat, dunia, pengganas, pembela, pertembungan dan kejadian akhir zaman. Semua ini boleh difahami sebagai satu lingkaran berputar.
.
Tajuk-tajuk kecil diberi hanyalah sekadar pembeza input dan tidak juga mengikut susunan.
.
Harapnya ia menjadi rujukan dan pemahaman untuk dikembang luas menerusi penulisan, ceramah, poster dan lain-lainnya:
.


Khutbah Jumaat: Sifat Nabi Di Akhir Ayat Surah atTaubah

23-12-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

akhir taubahSaya berkhutbah Jumaat hari ini (23 Dis 2016) di Masjid Kg Pasir Minal, Kemaman dengan fokus kepada bulan RabiulAwwal mengenai kelahiran Nabi dan kesinambungan perjuangan Nabi serta peringatan Nabi tentang peristiwa akhir zaman:

 

sifat Nabi di ayat akhir surah atTaubah (134)


Tugas Gerakan Islam Ialah Menyelamatkan Umat Islam

23-12-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Tok Guru Haji HadiSaya menghadiri pertemuan tertutup yang dibuat oleh pihak Badan Perhubungan PAS Terengganu dengan kepimpinan peringkat negeri hingga kawasan mengenai lawatan Presiden PAS ke Iran baru-baru ini, sehingga menimbulkan kekeliruan dari kalangan mereka yang selama inipun mahu mengelirukan, apatah lagi jika ada peluang untuk menghentam orang lain walaupun tanpa dalil dan bukti yang nyata.
.
Ini saya lihat dari ucapan muqaddimah oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri yang membuat penjelasan mengenai lawatannya ke Iran baru-baru ini, apabila beliau memulakan ucapannya malam itu dengan ayat al-Quran:
.
“Dan takutlah akan fitnah yang tidak menimpa kepada orang zalim sahaja di kalangan kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah itu Maha hebat siksaNya”
Al-Anfal:25
.
Ketika Allah menjemput Nabi dalam peristiwa Isra dan Mikraj, Nabi melihat manusia yang disangkut hidung dan anggotanya yang lain, hingga tembus ke belakang. Inilah kerja menyebar pembohongan hingga berita bohong itu sampai ke pelusuk dunia, terutama di zaman kecanggihan teknologi ICT sekarang.


Khutbah Jumaat: Halab Dan Hadis Akhir Zaman

19-12-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

Masjid Lama SuraSaya berkhutbah Jumaat (16 Dis 2016) di masjid Lama Sura, Dungun. Isunya tentang Perang yang dilancarkan oleh regim Asad bersama tentera mulhid Rusia dan sekutu mereka terhadap Halab.

Saya kupas melalui beberapa hadis akhir zaman yang ada kaitan dengan apa yang berlaku.

Silakan mendengarnya:

khutbah Halab (152)

(Gambar: Masjid Lama Sura sebelah malam)


Halab: Kepada Siapa Kami Mengharap?

14-12-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

HalabRegim Basyar Asad ditolak oleh rakyatnya sendiri. Dia memilih untuk menghapuskan rakyatnya dari berundur. Rupa-rupanya kekuasaan menjadikan manusia tidak siuman lebih dari orang yang memang tidak siuman. Negara Syria sudah musnah. Ia dimusnahkan oleh kerajaannya sendiri.

Terbaharu, Halab, khususnya Halab Timur dibom bertubi-tubi oleh Regim Asad, disertai oleh tentera zalim Rusia, bersama Iran dan militia puak. Rakyat awam menjadi mangsa. Kejadian yang sangat dahsyat ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Gambar juga hanya berbicara hanya sebahagian dari hakikat sebenar yang tidak tertanggung.

Barat segera bising kalau seorang dua rakyatnya dibunuh. Namun, bila darah itu darah orang lain, khususnya darah umat Islam, ia hanya dianggap seperti anak ayam yang mati di tepi kali. PBB diam, OIC lagi diam. Liga Juara-Juara barangkali lebih baik dari Liga Arab. Lalu siapa yang akan membantu?

Kalaulah bumi Halab itu seorang manusia, yang sedang dihujani dengan pelbagai jenis bom dari udara, serta buminya dipenuhi dengan darah, dan di celah-celah runtuhan bangunan itu masih ada manusia yang merintih meminta tolong, mungkin Halab berteriak: “Tolonglah kami! Bantulah kami! Siapa lagi yang boleh kami berharap?”

Hasbunallah wa ni’mal wakil.


« Older Entries