Arkib » 2015

Anak PASTI, Ibubapa Tak Pasti

15-11-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

nadhirahAlhamdulillah, sambutan ibubapa terhadap PASTI sangat baik. Saat ini PASTI di seluruh negara sedang sibuk mengadakan majlis ihtifal masing-masing. Melihat kepada anak-anak, dengan pakaian labuh  bertudung nampak cantik dan sangat sopan.

Soalnya ibubapa yang membawa anak-anak itu. Kadang-kadang kelihatan seolah-olah si ibu itu yang akan buat persembahan di pentas. Kalau mahu dibincang isu aurat, konsep tabarruj (perhiasan) barangkali hanya beberapa orang ibu sahaja yang menepati kehendak sebenar Islam. Kalau markah penuh 10 barangkali hanya beberapa orang yang mendapat 8/10. Silap-silap yang gagal pun ramai. Kalau ada ustazah selebriti pun belum tentu lepas lagi.

Nabi SAW sebut tentang perempuan yang ‘kaasiaat aariaat’, berpakaian tetapi bertelanjang yang tidak mudah masuk syurga. Si suami pula yang dayyus juga sukar masuk syurga dengan sebab tidak menunjuk ajar isterinya, sedangkan si anak di pentas penuh bergaya bercerita tentang dosa pahala, syurga neraka.

Ini hanya dari sudut pakaian yang jelas di hari keraian PASTI, belum semak al-Quran ibubapa, ilmu agama dan amalan.

Biarlah pendidikan anak-anak itu kena juga tempiasnya kepada ibubapa. Al Qurannya, adabnya, pakaiannya, ilmunya dan amalannya. “Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka”.

(Gambar: Nik Naurah Nadhirah sedang membaca surah al-Mulk di hari Ihtifal PASTI)


Khutbah: Jadilah Umat Nabi Yang Dapat Bersama Nabi SAW

15-11-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

Nabi-Muhammad-SAWNabi SAW adalah manusia paling hebat.

Bertemu para Nabi dalam Isra Mikraj di langit setiap peringkat.

Akhlaknya dipuji Allah dalam al-Quran “Dan sesungguhnya engkau berada di atas akhlak paling mulia” itulah ayat.

Diturunkan al-Quran kepada Nabi sebagai mukjizat.

Kitab yang menjadi panduan hingga kiamat.

Umatnya pula adalah sebaik-baik umat.

‘Dikeluarkan untuk manusia, suruh yg baik, cegah mungkar, beriman dgn Allah’ itulah beberapa syarat.

Saya berkhutbah dengan isi di atas di Masjid Kg Pulau Serai, Dungun pada hari Jumaat:

khutbah-Jadilah umat Nabi yg dpt bersama Nabi 13 Nov 15 (430)

 

 


PAS Kemaman Serah Rumah Kepada Mangsa Banjir

11-11-2015 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

rumah banjir1Batu Jong, Kuala Krai 10 Nov 15-PAS Kawasan Kemaman hari ini menyerahkan sebuah rumah secara rasmi kepada mangsa banjir 2014,  Abdul Kadir bin Teh.

Rumah yang dibina dengan kos RM40,000 hasil sumbangan orangramai disiapkan dalam tempoh 2 bulan.

Rumah Abdul Kadir rosak teruk dalam bencana banjir di Kelantan tahun lepas.

Penyerahan dibuat oleh YDP PAS Kemaman, Ustaz Alias Hamid kepada tuan rumah disaksikan oleh YB Ustaz Abdul Latif Abd Rahman, ADUN Mengkebang yang juga YDP PAS Kuala Krai serta Timb YDP PAS Kemaman, Ustaz Nik Nasri Nik Malek, SU Md Hafiz Adam, YB Hj Hanafiah, ADUN Cukai, ketua Urusan Ulama Ustaz Ali Muhammad, ‘Tok Ngulu’ Batu Jong serta rombongan masing-masing.

Gambar-gambar lain:

(more…)


Umat Islam Kehilangan 2 Tokoh Gerakan Islam

05-11-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Abdul Qadir Abu FarisUmat Islam kehilangan 2 permata ummah, Sheikh Abu Faris dan Sheikh Abdullah al-Khatib yang aktif dengan gerakan Islam di tempat masing-masing. Sheikh Prof Dr Muhammad Abdul Qadir Abu Faris telah meninggal dunia semalam pada usia 77 tahun. Beliau ialah seorang tokoh ilmuan Islam dalam bidang fiqh dan siyasah syar’iyyah.

Beliau terkenal dengan kepakarannya dalam ilmu syarak dan khutbahnya yang hebat, dilahirkan di Falujah, Palestin pada 1938. Mendapat pendidikan awal di Falujah, beliau kemudian menyambung pengajian di bandar Khalil sebagai mengikut keluarga berpindah ke situ.

Setelah menamatkan pengajian rendah pada 1950, Sheikh Abu Faris kehilangan ayahnya. Ketika itu umur beliau 12 tahun. Beliau kemudian dibesarkan oleh ibunya dan bapa saudara. Meskipun hidup dalam kesusahan tanpa seorang ayah, Sheikh Abu Faris meneruskan pengajian di peringkat menengah sehingga tamat pada 1957.

(more…)


Minhaj al-Abidin Imam Al-Ghazali Jilid 1 (bil 249: org berjaya jika dpt kuasai nafsu 9 Mei 16) tamat

03-11-2015 | Kategori Artikel: Koleksi Audio MP3 | 22 Comments

minhajulabidinAlhamdulillah, kitab MinhajulAbidin karangan Imam Al-Ghazali mula dipelajari seawal tahun 80an ketika masih di bangku sekolah menengah. Kitab dalam bahasa jawi lama dipelajari dari beberapa orang guru. Ia berterusan sehingga kitab asal dalam bahasa Arab dipelajari ketika mengaji di pondok.

Setelah pulang ke Malaysia akhir tahun 1999, kitab ini belum diajar. Selesai mengajar kitab KifayatulMuhtadi, saya ambil keputusan untuk mengajarkan kitab yang pernah dipelajari ini semenjak 30 tahun lepas. Cuma kitab yang dijadikan teks sekarang dalam tulisan rumi oleh Haji Engku Ali bin Engku Endut. Ia disertai dengan pelbagai tambahan lain seperti huraian, nota kaki, biografi tokoh tertentu dan beberapa perkara lagi.

Saya jadikan kitab ini sebagai teks kuliah saya untuk program muslimat setiap petang Isnin bermula 18 jun 2012 (28 Rejab 1433H). Kuliahnya insyaAllah akan diupload dari semasa ke semasa.

tambahan rujukan: minhaj al-abidin arab pdf (75)Kitab MinhajulAbidin: Sumbangan Pemikiran Al-Ghazali Dalam Pembentukan Akhlak Masyarakat MasakiniIktibar Dari Kesohoran Al-Ghazali pdf (75)

Sepatah Kata Daripada Penterjemah

001 pendahuluan 18 jun 12 ,  kata pengantar 18 jun 12

002 bantu faham bhs arab dan ilmu tasauf 25 jun 12, contoh aqabah aspek dunia 25 jun 12

003 kefhmn betul ttg tasauf 2 jul 12, dunia ladang akhirat 2 jul 12

(more…)



Idaman Penuntut (bil 216-bab makanan 26 Jul 16) tamat

03-11-2015 | Kategori Artikel: Koleksi Audio MP3 | 46 Comments

idaman penuntutKitab Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut tulisan Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya. Cetakan 1983. Kitab ini memfokuskan kepada masalah fiqh ibadah. Rujukan bagi kitab ini ialah MatlailBadrain, al-Iqna’ dan kitab tulisan al-Bajuri. Saya kuliahkan kitab ini secara mingguan bermula 12 Sept 2011.

001 pendahuluan pengarang (1231) , 002 basmalah dan muqaddimah bersuci (1047) , 003 bersuci (854)  ,

004 bahagian air (863) , 005 air musta'mal (868) , 006 air mutanajjis (785)  ,

007 air, najis (790)  , 008 bahagian najis (746) , 009 najis (733)  ,

010 darah, muntah, bangkai dll (765) , 011 bahagian najis (758) , 012 cara basuh najis mutawassitah (796)  ,

013 sugi (761)  , 014 Istinja' (717) , 015 adab buang air (717) ,

(more…)


Al-Muhazzab min Ihya i Ulumiddin (Jilid 1 bil. 237) Tamat

03-11-2015 | Kategori Artikel: Koleksi Audio MP3 | 30 Comments

ihya ulumiddinKitab Ihya i Ulumiddin adalah antara karya hebat Imam al-Ghazali. Pro dan kontra tentang kandungan, termasuk hadith-hadith di dalamnya melahirkan banyak kitab syarahan, ta’liq dan takhrij hadith, komentar dan ringkasan darinya.

Di antaranya ialah al-Muhazzab min Ihya i Ulumiddin (Ringkasan dari Ihya) yang diusahakan oleh Sheikh Saleh Ahmad as-Shami semenjak tahun 1911M. Beliau membuat ‘pembersihan ‘ terhadap penulisan Imam al-Ghazali itu dengan memfokuskan kepada kandungan, ayat al-Quran, hadis dan penerangan yang dipersetujui oleh para ulama teramai. Akhirnya lahirlah ringkasan itu dalam 2 buah jilid. Setiap satu jilid dengan sekitar 500 mukasurat. Saya menjadikan kitab ini sebagai teks kuliah pagi di sebuah syarikat di Cukai, Kemaman. Moga ada yang dapat dimanfaatkan bersama. (InsyaAllah kuliah audio ini akan diupdate/upload dari semasa ke semasa)

JILID PERTAMA: (9 OKT 2009-23 MEI 2012):

Kitab 1: Ilmu

1 mhzb ihya-ilmu 07 oct 09

2 mhzb ihya-ilmu 07 oct 09

(more…)



Tafsir Surah Yaasin (Bil 38: Allah keluarkan api dari pokok, Allah Maha Kuasa 8 Jan 16) tamat

03-11-2015 | Kategori Artikel: Koleksi Audio MP3 | 1 Komen

surah yaasinKuliah ini bermula pada 31 Julai 2015 di Balai Istiqamah, Kg Injin Gergaji, Chukai, Kemaman.

Surah Yaasin menjadi ‘kegemaran’ orang Melayu membacanya. Membacanya baik, ditambah dengan penghayatan terhadap pengertian dan beramal dengannya bertambah baik.

Saya kongsikan sedikit ilmu ini dengan para pelayar portal saya:

001 yaasin-pengenalan surah 31 Jul 15 (207).

002-yaasin-ayat awal 31 Jul 15 (206).

003 yaasin-nikmat Quran, Nabi, Islam 7 Ogos 15 (229).

004 yaasin-tujuan turun Quran beri peringatan 7 Ogos 15 (186).

(more…)


« Older Entries   Newer Entries »