Arkib » 2015

Bapa Saudaraku (Ustaz Wan Hasan) Pula Mengadap Penciptanya

30-12-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

kuburPagi Rabu 30 Dis 2015, adik-beradik bersiap mahu pulang ke destinasi masing-masing selepas selesai membantu Ma menguruskan pelbagai dokumen pasca kematian ayah. Ibu saudara telefon bapa saudara kami (adik Ma) meninggal pagi ini di Pusat Pengajian Taman Islam, Kemaman. Adik-adik yang kebetulan bersiap pulang singgah menziarahi keluarganya sebelum pulang. Anak-anak perlu diurus persekolahan mereka pula.

Pak Zali yang memandikan jenazah ayah pada pagi Isnin, hari ini sekali lagi memandikan jenazah bapa saudara, Ustaz Wan Hasan. Pak Zali sebut di hadapan ahli keluarga: ‘Saya kenal Taman Islam, antaranya yang awal ialah Ustaz Wan Hasan’ sambil mencium dahi almarhum. Solat jenazah selepas solat Zohor di Masjid Taman Islam. Anak sulungnya Ustaz Wan Zawawi mengimamkan solat jenazah. Pengkebumian di perkuburan Jabur Kubur. Batu nisannya tidak jauh dari batu nisan ayah. (gambar: kubur bapa saudara paling kiri batu nisan putih. Kubur bapa di hadapan anak lelaki sedang membaca alFatihah untuk tokkinya)

Ma kehilangan suaminya pada hari Isnin. Pagi ini kehilangan adiknya. Kain hijau bertulis ayat al-Quran yang menghiasi keranda ayah juga digunakan pada hari ini untuk menutup keranda bapa saudara saya. Moga rohnya, roh ayah saya, roh mereka yang telah meninggal di kalangan orang mukmin dirahmati Allah sentiasa.


Bapaku Menemui Penciptanya

28-12-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

talqin di kubur ayah‘Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kita kembali kepada Allah’

Bapa saya, cikgu Nik Malek bin Muda (hampir 80 tahun) disahkan meninggal dunia pada pagi Isnin 28 Dis 2015 (16 RabiulAwwal 1437 H) di rumahnya di Cukai, Kemaman.

Jenazah selamat dimandi dan dikafankan sebelum zohor, solat jenazah jam 3 petang di rumah dengan kehadiran agak ramai. Disimpan di tanah perkuburan Jabur Kubur di hadapan rumah bapa.

Alhamdulillah, hujan agak lebat pagi Isnin, jam 3 petang agak reda, memudahkan untuk solat jenazah dan pengkebumian. Petang agak lebat kembali. Jazakumullahulkhair kepada semua yang mendoakan untuk almarhum bapa, yang membantu dalam pelbagai bentuk dan yang datang menziarahi.

Saya tahu ramai anak muridnya yang pernah belajar dengannya di sekolah rendah sekitar Kemaman.

Moga Allah rahmati rohnya dan memberkati kehidupan kita juga.


Salam MaulidurRasul 1437H: Contohi RasulAllah Dlm Beristiqamah

23-12-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

Maulid 2015TINTA ULAMA ( Siri 38 ) Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (21 Disember 2015M / 9 Rabiul Awwal 1437H)

Contohi Rasulullah SAW Dalam Beristiqamah

Allah berfirman:

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang ya sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” Al-Ahzab:21)

MaulidurRasul tidak hanya meraikan sebuah kelahiran. Ia menjadi rahmat bagi sekalian alam. Muhammad SAW lahir di saat dunia dalam kegelapan segala aspek kehidupan.

Memulakan hidup sebagai kanak-kanak kecil yang sudah menampakkan kelainan. Membesar sebagai remaja yang dikenali sebagai Muhammad al-amin, satu gelaran yang tidak ditagih, tidak dibeli, tetapi sebuah pengiktirafan.

Dilantik menjadi Nabi dan Rasul membawa mesej agama akhir zaman.

(more…)


Bantuan Awal Persekolahan DUN Cukai

22-12-2015 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

bantuan sekolahCukai 21 Dis 15- YB Hj Hanafiah Mat, ADUN Cukai, Kemaman menyampaikan sumbangan RM100 seorang kepada 195 orang fakir miskin untuk persediaan awal persekolahan 2016. Majlis diadakan di Surau Kg Jaya, Cukai, Kemaman jam 2.30 petang.

YB Hj Hanafiah menyampaikan ucapan mengenai isu-isu semasa pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.

Majlis dihadiri sama oleh Ustaz Nik Muhammad Nasri, Timbalan YDP PAS Kemaman, Ustazah Fainah Mat, Ketua Dewan Muslimat PAS Kemaman dan Ustaz Osmarizal Omar, ketua Pemuda PAS DUN Cukai.

(Gambar: Seorang kanak-kanak Darjah 6 kurang upaya menerima bantuan persekolahan dari YB ADUN Cukai)


PERPADUAN UMMAH MERENTASI IDEALOGI

22-12-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

multaqaPERPADUAN UMMAH MERENTASI IDEALOGI

Oleh DATO SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG (Presiden PAS)

Allah Maha Mengetahui, dunia akhir zaman dikurniakan dengan sedikit ilmu,

kamu tidak diberi pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (surah al-Isra’: 85)

Manusia dapat mencipta alat-alat yang canggih, untuk berpindah ke penjuru dunia dengan cepat, mendapat maklumat dalam masa yang segera, (maka) cukup bagi akhir zaman ini seorang Rasul sahaja, dengan mukjizat ilmu Al-Quranul Karim, membawa ajaran yang sama, iaitulah Islam. Firman Allah Taala:

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan. (surah Ali-Imran: 83)

Islam adalah petunjuk Allah merentasi tujuh petala langit dan bumi, merentasi segala makhluk, bukan sahaja manusia, bahkan makhluk yang ghaib, makhluk yang nyata, makhluk yang tidak bergerak, alam dunia sehingga alam akhirat.

(more…)


Presiden PAS Di PiDR: Guna ICT Untuk Bawa Mesej Islam

15-12-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

ICT dan data rayaAmanat TGHH dlm majlis penutup Persidangan ICT & Data Raya 2015
12 Dec 2015

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” Surah Fussilat: 33-35

1. Kita umat akhir zaman dikurniakan oleh Allah sedikit ilmu & teknologi.

2. Kita menyambung tugas utk menyampaikan risalah dakwah yg dibawa oleh para rasul kpd seluruh ummah.

3. Tiga kategori ummah:
Ummah dakwah – seluruh manusia
Ummah ijabah – yg terima seruan islam
Ummah ittiba’ – penganut setia
Kita perlulah melaksanakan tanggungjawab kita utk mnyampaikan mesej Islam kpd seluruh manusia dgn menggunakan semua alat, teknologi dan pendekatan.

(more…)


PAS Kemaman Lancar Khidmat Malaysia (Kemaman) Persediaan Hadapi Banjir

11-12-2015 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

khidmat2Jumaat 11 Dis 2015- PAS Kemaman melancarkan Khidmat Malaysia (kawasan Kemaman) sebagai persediaan awal menghadapi banjir yang mungkin melanda Kemaman akhir Disember ini. (Tentulah kita bermohon dengan Allah agar Allah menjauhkan kita dari banjir yang membinasakan).

PAS Kemaman sudah bergerak sebelum ini dengan nama ERT (Emergency Response Team) PAS Kemaman. Kali ini dengan penjenamaan semula.

Program diadakan petang ini jam 3 petang di pekarangan Surau Feri, Kemasik. Dr Azman Ibrahim, Ketua Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Terengganu merasmikan program ini.

Turut hadir ialah Dr Suhazeli, wakil Yayasan Amal Malaysia, Terengganu, Hj Zulkifli Mat Yakim, Pengarah operasi bagi Pantai Timur, Ustaz Alias Hamid, YDP PAS Kemaman, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek, TYDP PAS Kemaman, Hj Nik Rahim, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kemaman yang juga Pengarah Operasi Banjir PAS Kemaman serta para hadirin di kalangan anggota PAKAT 4×4, Radio Amatur Kemaman (RAK) dan para petugas. Kehadiran dijangka lebih dari 300 orang.


Dewan Ulama PAS Pusat Anjur Tamrin Qiadi Ulamak Peringkat Kebangsaan

29-11-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

tamrin qiadi DUPPMachang, 27hb November – Dewan Ulamak PAS Pusat di bawah Lajnah Tarbiahnya menganjurkan Tamrin Qiadi Ulamak Peringkat Kebangsaan. Ianya merupakan program kedua terbesar yang dianjurkan Lajnah Tarbiah DUPP selepas Ijtimak Nuqaba sebelum itu.

Program tamrin ini yang diadakan di MADU Machang telah dihadiri oleh semua perwakilan ulamak dari semua peringkat dewan tersebut di setiap negeri.

Dalam ucapan aluan oleh Ketua Lajnah Tarbiah Dewan Ulamak PAS Pusat, al fadhil Dato Hj Husin Awang  merakamkan ucapan terima kasih kepada Dewan Ulamak PAS Kelantan yang menjadi tuan rumah kepada Program Tamrin Qiadi tersebut. Menurut beliau lagi,  objektif utama program ini ialah menghimpunkan seluruh ulamak di seluruh negara untuk menyelaraskan fikrah dan tindakan mereka .

“Ianya penting untuk melahirkan ulamak yang mampu menjadi lidah rasmi kepada jemaah untuk menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan perjuangan PAS” ujar beliau lagi di hadapan perwakilan ulamak yang memenuhi dewan MADU.

Serangan Terhadap PAS Gagal Hakis Gelombang Sokongan Yang Kian Meningkat

(more…)


Kemaman Tuanrumah Hari Kecemerlangan DAR (Sek Ren Islam)

25-11-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

majlis kecemerlangan DARChendor 25 Nov 15-Dewan Ulama PAS Terengganu melalui Lajnah Persekolahan mengadakan hari kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) peringkat negeri pada hari ini.

Sekolah Rendah Islam Darultaqwa Kemaman yang menjadi tuanrumah pada tahun ini memilih sebuah resort di Chendor bagi memberi keselesaan kepada semua.

Seramai 45 pelajar menerima anugerah kecemerlangan UPSRI, dari 12A, 11A dan seterusnya.
30 orang pelajar dari Sekolah Rendah Islam Darultaqwa Kemaman juga menerima sijil khas.

(more…)


Khutbah Jumaat: Hadapi Banjir & Solat Hajat

20-11-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

banjirHari ini Jumaat 20 Nov 2015. Saya berkhutbah Jumaat di Masjid Kg Pasir Minal, Kemaman dengan fokus kepada isu banjir, memetik ayat al-Quran berkaitan Nabi Nuh as dengan kaumnya.

Usai solat Jumaat, solat hajat didirikan memohon kepada Allah agar tidak ada banjir yang memusnahkan sebagaimana tahun-tahun lepas. Hanya kepada Allah, kita bermohon:

(gambar hiasan: Penjenamaan semula Khidmat Malaysia Negeri Terengganu)

khutbah hadapi banjir 20 Nov 15 (215)


« Older Entries