Intipati Ucap Utama Pemangku Ketua DUPP Dato Ust Haji Ahmad Yakob:
22-09-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada KomenMuktamar Dewan Ulama PAS Pusat Kali ke 53 baru-baru ini berlangsung dengan tema “Pertegas Prinsip Perjuangan’. Seperti biasa, saya mengambil peluang mengutip beberapa intipati ucaptama perasmian untuk dikongsikan dengan saudara-saudara yang mahu bersama dengan kepimpinan ulama, yang mungkin tidak sempat membaca, mendengar atau mengikuti ucap utama tersebut:
Moga Allah terima amal soleh almarhum Dato Harun Taib
Adakah kita sudah tunaikan segala amanah selepas muktamar tahun.lepas?
250 ulama berkumpul pada tahun 1951, tubuh parti Islam..
Sejarah disingkap supaya hayati perkara ini. Walaupun banyak parti lain ditubuh, tetapi tidak kekal. Ketahanannya ialah kerana dasar al-Quran, Hadis, Ijmak, Qias dan kepimpinan ulama dalam PAS.
Dengan Islam kita perjuangkan, dengan Islam kita cari kawan. Kita tidak tertarik kepada ideologi lain dari Islam walapun nampak hebat