Arkib » 2014

Salam Eid al-Adha 1435H Dan Khutbah Eid al Adha

05-10-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

EID-AL-ADHA

(kemaskini 6 Okt 2014) Puasa Hari Arafah disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar. Di antaranya hadith daripada Abi Qatadah r.a. katanya, Rasulullah SAW telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari ‘Arafah, sabdanya bermaksud: “Ia menghapuskan dosa setahun lalu dan tahun-tahun kemudiannya.” (Riwayat Muslim dan at-Tirmizi)

Hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Puasa pada hari ‘Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang.” (Diriwayat oleh Muslim)

Salam Eid al-Adha Dari Kami Sekeluarga Dan PAS Kawasan Kemaman Buat Seluruh Umat Islam

khutbah (1432H) Eid al-Adha saya (601)

khutbah eid al-adha 1433H (506)

khutbah eid al-adha 1434H (398)

khutbah eid al adha 1435H (321)


Subsidi Petrol Kurang: BN Terus Gagal Jaga Kebajikan Rakyat

02-10-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

harga minyak naikAyat al-Quran di antaranya menegaskan tentang keadilan pemerintah. Adil bererti meletakkan sesuatu di tempatnya. Hadis Nabi pula di antaranya menekankan sumber dan hasil negara yang diurus dengan baik. Sirah perjalanan Nabi SAW dan para khulafa ar-Rashidin dipenuhi dengan pemerintahan yang sangat mesra rakyat dalam pelbagai sudut. Kaedah fiqh pula menyebut: ‘Tindak-tanduk pemerintah dikaitkan dengan kepentingan rakyat’.

Namun, pemerintahan BN berlandaskan apa? Al-Quran? jauh rasanya. Hadis Nabi SAW? Tak juga. Sirah perjalanan Nabi dan khulafa ar-Rashidin? Tak nampak jalan juga.

Hakikatnya kerajaan BN terus gagal dalam sejarah pemerintahannya mengurus segala sumber asli dan lain-lain nikmat yang Allah berikan untuk kepentingan rakyat teramai. Saya bukan ahli ekonomi, namun petunjuk dari al-Quran dan Hadis yang menjadi panduan buat seorang yang mengaku Islam nampaknya tidak diikuti dalam menguruskan ekonomi negara, termasuk dalam isu subsidi petrol dan disel yang dikurangkan semalam, sekaligus menjadikan kos hidup dan pelbagai kos lain meningkat dan akan meningkat.

(more…)


Khutbah Eid al-Adha 1435H Presiden PAS

29-09-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Cadangan Teks Khutbah | Tiada Komen

eid-adha 1435HDewan Ulama PAS Terengganu membuat sebaran khutbah Eid al-Adha 1435H oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Semua khatib yang bakal berkhutbah pada hari Raya korban nanti dipersilakan mengambil manfaat dari teks khutbah yang disediakan seperti di bawah:

khutbah eid al-adha 1435H Presiden PAS (2920)


Khutbah: Allah Terima Korban Dan Pengorbanan Yg Baik

29-09-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

korban(kemaskini 29 Sept 2014) Kita berada di bulan Zulhijjah. Eid al-Adha yang merupakan hari raya ke 2 selepas eid al-fitr biasanya diserikan dengan ibadah qurban. Qurban yang diwarisi dari Nabi Ibrahim dan Ismail. juga lebih awal dari itu dari anak Nabi Adam Qabil dan Habil. Antara pengajaran:

-Allah hanya menerima qurban yang baik, dari orang yang bertaqwa.

-Mereka yang berkorban dengan sebenar mentaati Allah mendapat banyak manfat dunia dan akhirat.

-Mengorbankan sedikit masa, tenaga, wang menegakkan Islam sangat dituntut dan bakal mendapat balasan baik dari Allah.

Saya khutbahkan perkara ini di Masjid Simpang Empat, Cendering 12 Okt 2012 falsafah Qurban (660)


Khutbah: 9 Intisari Khutbah Haji Wada’ Nabi SAW

28-09-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

Arafah(kemaskini 29 Sept 2014-ulangsiar) Hari ini 13 Zulhijjah 1434H. Sebahagian umat Islam masih menunaikan ibadat haji. Sebahagian yang lain masih mengerjakan korban sempena Eid al-Adha. Sebahagian yang lain sedang menempuh hidup sukar walaupun namanya hari raya. Saya berkhutbah Jumaat hari ini di Masjid Kampung Pasir Minal, Kemaman mengupas intisari khutbah haji wada’ Nabi SAW. Ada 9 perkara:

1. darah, harta yang dihormati, tidak boleh diceroboh dengan sewenang-wenangnya

dan amanah yang mesti ditunaikan

2. riba/darah/ tradisi jahiliah yang dikuburkan oleh Nabi SAW

3. qisas adil jika menurut Islam

4. syaitan yang tidak pernah berhenti dari menyesatkan manusia walaupun dalam perkara kecil

5. Nabi perbetulkan balik ibadat dan lain-lain perkara menurut tarikh, masa dan bulannya

6. tanggungjawab dan hak suami/isteri

7. jangan keluar Islam, berpegang dengan Kitab al-Quran

8. tiada beza antara manusia melainkan taqwa

9. hak waris dalam harta

9 intisari khutbah haji wada (594)


Mini Forum: Islam Dijulang, Ummah Gemilang

25-09-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

mini forumSehari sebelum Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat di Kulaijaya, Johor tempohari, Surau Ibn Sina di sana mengadakan mini forum dengan tajuk ‘Islam Dijulang, Ummah Gemilang’ selepas solat Isyak . Ahli panel hanya saya seorang dengan dibantu oleh moderator yang juga banyak memberi taujihat. Saya kongsikan rakaman audionya di bawah:

forum1 (316) forum2 (299) forum3 (303)


Ucapan Penggulungan DSTG Presiden PAS di Muktamar Tahunan PAS Pusat ke 60:

22-09-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Muktamar Tahunan PAS ke 60Patah-patah ayat penggulungan Tok Guru Presiden bukanlah ayat-ayat yang kosong. Ia penuh makna dan erti. Kalau disyarahkan ia boleh menjadi satu hashiah pula dari sebuah matan. Saya catat di antara isi penggulungan ini. Fahami, taat dan laksanakanlah agar parti terus berjalan dengan penuh Istiqamah:

(Gambar: Perwakilan Kemaman di dalam khemah besar persidangan)

Mula dengan ayat al-Quran: “Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu orang Islam, Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah, jangan berpecahbelah”

Muktamar berlangsung dengan baik, walaupun ada gelombang, ombak

Saya ucap terimakasih kerana semua tegaskan untuk berdiri di belakang Presiden, tidak ada yang berdiri di hadapan, tetapi bimbang bila berpaling belakang tengok  tidak ada org.

Pergolakan yang berlaku baru-baru ini datang dari orang lain,  menjadi tarbiah untuk kita.

(more…)


Ucapan penggulungan Dato’ Dr Haron Din Dlm Muktamar Tahunan PAS ke 60:

22-09-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

haron dinCatatan ini dibuat ketika Timbalan Murshidul Am PAS, Dato Dr Harun Din membuat penggulungan di akhir Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 60. Semoga saranan dan nasihatnya dipatuhi oleh semua pihak.

Kita datang ke muktamar untuk perbetulkan keadaan, muhasabah, maka tidak boleh bertelingkah, bertelagah.  Sebab itu saya peringatkan semalam terutama isu Majlis Syura Ulama yang  tidak perlu lagi dipanjangkan

Kasihilah sebanyak mana pun PAS, PR tetapi akhirnya kena ada reserve kemungkinan kita berpisah dengan PAS, samada dipecat, kita tinggalkan perjuangan, mati. Begitu juga kena ada reserve kemungkinan PAS  terkeluar atau dikeluarkan dari PR, ibarat talaq terhadap isteri. Ada syarat dan rukun tentang tahaluf, termasuk Majlis Syura Ulama sediakan kertaskerja kaji positif negatif tahaluf.

Hukum tertinggi kita Quran, Hadis, Ijmak Ulama, Qias, bukan muktamar, Dewan Ulama atau yang lainl

Majlis Syura Ulama ada kuasa buat keputusan kesinambungan tahaluf samada terus atau tidak

Perkasakan Majlis Syura Ulama dengan cara patuhi keputusan yang telah dikeluarkan

(more…)


Intisari ucapan dasar Presiden PAS Muktamar Tahunan PAS Pusat ke 60:

22-09-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

perwakilan PAS Kemaman ke Muktamar PAS Pusat kali ke 60Saya mencatat point-point dari ucapan dasar yang disampaikan oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke 60: (ada 12 subtopik. Saya catat yang sempat)

(Gambar: Antara perwakilan PAS Kemaman ke Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 60)

Ucap takziah keluarga mangsa MH370, MH17. Minta kerajaan Malaysia bersungguh tangani isu ini.

Dalam tahun 1920 pengaruh partai sarikat Islam sampai di Johor dari Singapura

Tema terus Istiqamah sahut firman Allah: Inilah jalanku, jalan yang lurus, ikutlah

Istiqamah dalam perjuangan memahamkan kita untuk terima amanah, melalui PAS, berdasarkan Quran dan Hadis.
Kita syukur kepada Allah kerana letak kita dalam PAS.

Walaupun banyak cabaran, fitnah samada dari luar seperti Islamophobia dan lain-lain serta dari dalam dapat dihadapi.

(more…)


Ucapan Dr Abdul Mu’ti wakil HAMAS dalam Muktamar Dewan Ulama ke 53:

22-09-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

ex jordanian di muktamar ulamaWakil HAMAS, DR Abdul Mu’ti Zarqut berucap dan berkongsi pengalaman sempena Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat kali ke 53 baru-baru ini. Ucapan tersebut dalam bahasa Arab, tanpa diterjemah. Saya catat beberapa intipati ucapannya untuk perkongsian bermanfaat kita bersama:

(Gambar: Sahabat-sahabat sepengajian di Jordan suatu masa dahulu di Muktamar DUPP kali ke 53)

Allah yang beri nikmat iman, nikmat persaudaraan

Kalau tidak kerana nikmat ini, tentulah nikmat lain lebih kecil lagi

Moga Allah berkati segala usaha yang dicurahkan untuk Islam dan umat.

Saya sampaikan salam daripada umat Palestin terutama daripada Khalid Misyaal, Ismail Haniyah dan lain-lain dari Gaza.

Bumi Gaza dan sekitarnya ialah bumi Isra dan Mikraj yang mulia. Ada beberapa ayat al-Quran yang sebut tentang bumi yang berkat itu. Banyak kelebihan Masjid Al-Aqsa dalam hadis.

Inilah tempat yang kami perjuangkan, dari Sheikh Izzuddin Al-Qassam hingga sekarang,juga Amin Al-Husin, Sheikh Ahmad Yasin yang uzur dan orang kurang upaya, hanya lidah sahaja yang mampu berjihad, meninggalkan di belakangnya Kataib Al-Qassam yang dididik dengan ibadat, solat berjemaah, hidup yang payah, jihad kerana pertahankan bumi Palestin.

(more…)


« Older Entries   Newer Entries »