Arkib » 2014

Pencerahan Tentang Pluralisme Agama

11-11-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

Islam-dan-pluralismeSaya menukilkan di sini satu tulisan menjawab salah faham tentang pluralisme agama yang ditulis oleh beberapa orang sarjana lain. Isu ini bukan isu baharu tetapi ia segar kembali dengan sebab kes SIS yang berlaku baru-baru ini.

Moga artikel ini dapat memberi pencerahan kepada kita tentang apa-apa aliran yang menyesatkan:

Menjawab salah faham pluralisme agama Dr. Mujahid, Dr. Maza dan Dr. Chandra

Mafhum pluralisme agama yang dibawa oleh ketiga-tiga tokoh ini adalah mafhum yang salah, tersasar dan tidak membawa umum kepada memahami bala bencana pluralisme agama itu. Justeru, tulisan ini saya khususkan untuk menjawab kekeliruan pluralisme agama yang ditulis oleh Dr. Maza, Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Dr. Chandra Mudzaffar

(more…)


Miliki Buku ‘Ringkasan Berfaedah Menghuraikan Permata Tauhid’

10-11-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | 12 Comments

jauharah tauhid coverAlhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang mengizin dan mentaqdirkan akhirnya buku guru saya, almarhum Sheikh Dr Nuh Ali Salman al-Qudha: ‘Al-Mukhtasar al-Mufid fi Syarh Jauharah at-Tauhid’ dapat diterjemahkan. Ia telah diterbitkan, Alhamdulillah awal bulan Nov 2014

Buku ini perlu dimiliki atas beberapa faktor:

-Ia berkaitan aqidah tauhid yang mesti dipelajari setiap mukallaf

-Ia ditulis dalam bahasa Arab yang mudah difahami dan diterjemahkan juga-insyaAllah- dengan bahasa yang difahami.

-Buku ini dipenuhi ayat al-Quran dan hadis sahih sebagai dalil perbincangan. Hujah akal digunakan dengan sewajarnya pada tempat tertentu.

-Buku ini akan dijadikan teks pengajian dan kuliahnya akan dimuatnaik dalam portal ini-dengan izin Allah- bagi memudahkan pembeli/pembaca buku ini memahami kandungan buku.

-Buku ini boleh dibeli dari saya sendiri sebagai penerbit.

Saya mengambil masa agak lama dari yang dirancang pada awalnya untuk menerbitkan kitab terjemahan ini. Beberapa masalah dan karenah syarikat penerbit buku menyebabkan saya, akhirnya menerbitkan sendiri buku ini. Kekadang berusaha sendiri tanpa bantuan pihak lain lebih memuaskan hati, walaupun sedikit sukar.

Saya telah menceritakan latarbelakang penulisan kitab ini dalam kembara ilmu saya di portal ini (rujuk: kembara ilmu 7 )  iaitu ia asalnya keinginan saya ingin menghabiskan pengajian kitab Syarah Jauharah Tauhid yang pernah dipelajari di pondok ketika di Malaysia.

(more…)


Menangkis Label Buruk Terhadap Ulama Haraki

09-11-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

ulamaUlama pewaris Nabi. Baginda tidak meninggalkan dinar dan dirham tetapi meninggalkan ilmu. Ulama haraki bukan sahaja mencari dan mendalami ilmu tetapi juga menangani isu yang dialami oleh umat Islam. Mereka yang tidak suka kepada ulama haraki sengaja melabelkan mereka dengan pelbagai label buruk. Ia bertujuan menjauhkan umat dari ulama haraki, Saya menukilkan sebuah artikel yang baik untuk dibaca bagi menjawab dan menangkis serangan yang dibuat terhadap ulama haraki.

MENANGKIS LABEL-LABEL BURUK TERHADAP ULAMAK HARAKI DI KALANGAN PENYOKONG PAS DAN PR SENDIRI

Firman Allah, bermaksud, “Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (para ulamak).” Faathir: 28

Sabda Nabi SAW bermaksud, “Ulamak ialah pewaris para Nabi”.Riwayat Imam at-Tirmizi

MUKADDIMAH

Mutakhir ini, ulamak di dalam Pas diserang dgn pelbagai persepsi buruk drpd segenap sudut. Mereka ditohmah sebagai tidak pandai berpolitik, tidak tahu berorganisasi, eksklusif dalam mengeluarkan hukum, gila kuasa dan banyak lagi. Terbaru, mereka dianggap penghalang kepada kelicinan proses tahaluf siyasi Pas di dalam PR.

Bahkan ada pihak yg sanggup pergi lebih jauh sehingga sampai sanggup menggelarkan ulamak Pas sebagai berhala suci yang wajib dihapuskan. Ada juga yang sampai menyamakan ulamak Pas dengan instituisi paderi dlm kristian. Yang lebih menarik, serangan liar ini bukan datang daripada orang luar Pas, tetapi daripada lingkungan penyokong dalaman mereka sendiri.

(more…)


‘Sisters In Islam’ dan ‘Islam Liberal’ dalam Muktamar PAS

08-11-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

pluralismeIslam menghadapi cabaran pemikiran sepanjang zaman. Ia muncul dalam pelbagai nama, bentuk, versi dan sisi. Namun pendokong Islam sebenar yang tidak terkeliru juga sentiasa muncul sepanjang zaman, sehingga Allah memelihara syariat ini dengan sebenar sebagaimana yang dibawa oleh Nabi SAW.

PAS sebagai gerakan Islam unggul di Malaysia telah membincangkan isu ‘Sisters In Islam’ dan ‘Islam Liberal’ ini dalam muktamarnya. Justeru, apa-apa pandangan yang bercanggah dengan ketetapan dari muktamar adalah pandangan peribadi yang tidak mewakili hasrat sebenar pendokong PAS. Saya nukilkan artikelnya seperti di bawah:

DR KAMARUL YUSUF | .

BERDASARKAN kepada rekod parti, istilah-istilah “Sisters In Islam” dan “Islam Liberal” pernah muncul sebagai bahan perbincangan di dalam Muktamar-Muktamar Tahunan PAS pada tahun-tahun 2005, 2006, 2007 dan 2009.

1. Kali pertama istilah-istilah ini muncul adalah di dalam satu ketetapan yang telah diluluskan secara sebulat suara oleh para perwakilan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-51 di Dewan Besar Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 3, 4 dan 5 Jun 2005.

(more…)


Seminar Penghayatan Hududullah: Ucapan Penutup Oleh Presiden PAS

26-10-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

penutup seminar penghayatan hududullahSaya mencatat butiran ucapan penutup Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Seminar Penghayatan Hududullah pada 26 Okt 2014 (2 Muharram 1436 H) di Kuala Terengganu:

Saya mahu tarik perhatian kepada beberapa perkara sahaja kerana pembentangan kertaskerja sejak dari pagi tadi telah jelas.

Ayat al-Quran yang dibaca mengenai hukum jenayah menunjukkan Islam adalah agama lengkap dan syumul, bukan agama peribadi sahaja, bahkan Islam yang didaulatkan dalam bentuk negara dan pemerintahan.

Inilah seruan dan dakwah para Rasul, terutama Nabi Muhammad SAW.

Kejayaan Islam perintah dari Timur hingga Barat, di saat tiada alat teknologi, masyarakat yang  sangat majmuk menghasilkan tamadun yang sangat hebat.

Islam yang dikudung, dipotong, dirobek oleh penjajah bukanlah Islam yang sebenar.

(more…)


Seminar Penghayatan Hududullah: K.kerja 1: Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993

26-10-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

perasmian Seminar HududullahSaya membuat catatan selari dalam Seminar Penghayatan Hududullah yang berlangsung di Permai Inn, Kuala Terengganu pada hari Ahad 2 Muharram 1436 H (26 Okt 2014). Kertas kerja 1: Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993: Rang Undang-Undang Persendirian- Selangkah ke Arah Perlaksanaan disampaikan oleh YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj Hassan. Di bawah beberapa point yang sempat saya catat:

-Jenayah syariah terdiri dari hukum hudud, qisas, takzir

-Hukum hudud datang dalam bentuk qat’i dilalah, qat’i thubut. Tiada khilaf di kalangan ulama.

-Hukum Allah berkait puasa, ibadat boleh diterima tetapi kenapa hukum berkait jenayah ditolak.

(more…)


Cadangan Khutbah Sempena Hari Hududullah

21-10-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Cadangan Teks Khutbah, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

seminar hududullahDewan Ulama PAS Negeri Terengganu (DUPNT) mengedarkan khutbah khas untuk dibaca oleh para khatib di masjid tertentu pada hari Jumaat ini (24 Okt 2014) yang memfokuskan kepada kepentingan melaksana dan mendaulatkan hukum Allah dalam bentuk yang syumul, termasuk aspek jenayah yang meliputi hukum hudud dan qisas.

Khutbah khas ini sempena Hari Hududullah yang akan diadakan pada minggu hadapan 26 Okt 2014 (2 Muharram 2014) peringkat negeri Terengganu anjuran DUPNT dan NGO dgn kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu:

khutbah khas Hukum Allah (957)

.

.

.

.

.


Khutbah: Jasa PAS Letak Hukum Allah Paling Tinggi Di Terengganu

19-10-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

Masjid Kg Rhu  Muda MarangSaya berkhutbah Jumaat di Masjid Kg Rhu Muda, Marang pada 17 Oktober 2014 sempena dengan Hari Hududullah yang akan disambut di peringkat BPPNT pada 1 muharam 1436H/ 25 Okt 2014 depan. Dewan Ulama PAS Terengganu menyusun jadual pengkhutbah di sekitar masjid di Terengganu.

Saat tiba di masjid, hujan baharu sahaja berhenti. Masjid dalam pembaikan. Ruang tengah masjid dan di tepinya basah. Alhamdulillah walaupun dalam keadaan masjid masih dalam pembaikan, penuh dengan besi, palang dan lain-lain, ia tidak merencatkan khutbah yang disampaikan dengan fokus kepada jasa PAS Terengganu yang memartabatkan hukum Islam dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu, sekaligus dapat menggubal, melulus dan mewartakan Enakmen yang berkait tentang hukum hudud dan qisas. Saya kongsikan khutbah tersebut di bawah:

sempena Hari Hududullah (365)


Khutbah: Yahudi Dengki Islam Agama Lengkap

10-10-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

al maidah 3Hari ini Jumaat 10 Okt 2014 (15 Zulhijjah 1435H). Saya berkhutbah Jumaat di Masjid Kg Pinang Merah, Paka.

Fokus khutbah ialah mengenai intipati khutbah haji wada’ Nabi SAW yang menjelaskan tentang konsep kesyumulan ajaran Islam, turunnya ayat kesempurnaan Islam dan betapa Yahudi yang dengki kerana allah mengiktiraf Islam, tidak agama mereka yang telah diselewengkan.

Saya kongsikan khutbah tersebut dengan anda seperti di bawah;

Yahudi dengki Islam sempurna (471)


Korban Di Sudan Dan Gaza

07-10-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | Tiada Komen

GazaTahun ini saya cari mereka yang mahu masuk bahagian korban di Sudan dan Gaza. Di Sudan melalui Yayasan Amal Malaysia dan di Gaza melalui sebuah NGO di sana.

Alhamdulillah dapat cari lebih 10 peserta untuk korban di Sudan dan 3 peserta, walaupun last minute untuk di Gaza. Semoga Allah memberkati dan memberikan balasan setimpal dari korban yang tuan-tuan lakukan.

Firman Allah: “Tidaklah sampai kepada Allah, daging dan darah binatang korban itu tetapi yang sampai ialah taqwa daripada kamu.”


« Older Entries   Newer Entries »